Monday, June 18, 2018

Sukan Sekolah Sri Aqil Amsyar 2018

Tiada penceritaan melainkan perkongsian beberapa keping gambar sukan tahunan SRI Aqil Amsyar yang juga melibatkan anak-anak aku.












Untuk gambar2 lain, boleh tengok di sini.

(c) Haszeli 2018.

Friday, May 11, 2018

Be Strong and Continue Strong

These few weeks, I saw many of my friends who lost their faith or demotivated. It is either due to latest Malaysian GE result, or due to their work, or even like me whom currently at low motivation in my study. Then I found few of these videos which I felt energetic again and thought I should share with you guys.

If you felt vulnerable, demotivated or lost... take time, be with Allah and listen to these videos.

BTW, it took me 20+ years to be at where I am right now and still more to go.







Friday, February 16, 2018

Alhamdulillah.. beat two critical stumbing block in 2 days

It has been tough.. very tough days for me as I'm really busy with many things to handle and at the same time need to do my study and programming too.

But, things that don't kill you actually make you stronger and Alhamdulillah, for that, I have conquer two things within 2 days.

1. I've successfully convinced and explained my two co-supervisor of the approach I'm taking and what I want to do. I was almost 4 hours of talking, sharing, arguing etc and finally, they understand and share few things for me to improve on work.

2. It took me 3 days to work on just displaying list. Normally, it would took me 1 day to do a simple display. However, as I know the user very well, I had to think out-of-the-box and do differently. The way I display and play around with the grid, row and column had to be from another perspective. And finally, I succeed. Alhamdulillah.










How I do the display? Will explain on my programming blog :) Check it out at https://malaysiandeveloper.blogspot.com

Thursday, January 11, 2018

Number one for us

I'm dedicated this song to my eldest daughter whom currently on her own with the doa from her parent ... May she survive and excel in everything she did and May Allah guide her to be the best ummah, InsyaAllah

 

Monday, January 1, 2018

Bercuti di Grand Lexis, PD

Setelah berangan-angan beberapa kali untuk bawa keluarga pergi bercuti di salah satu percutian mewah di Malaysia, akhirnya, dapat juga menjejak kaki di Grand Lexis Port Dickson.

Sebelum pergi, banyak juga tempat yang aku survey bagi mendapatkan tempat yang sesuai untuk keluarga aku. Maklumlah, range umur anak berbeda. Jadi kena cari tempat yang ada aktiviti yang boleh disertai oleh kesemuanya. Dan akhirnya aku pilih Grand Lexis PD. Hampir 2 bulan sebelum pergi aku dah book untuk memastikan aku dapat bilik yang sesuai, iaitu sea-view dan hampir dengan kolam (nak ambil yang ada kolam di dalam dan besar mahal sangat).

Sebelum pergi, aku review perkongsian ramai orang yang pernah pergi dan cari tempat makan yang berhampiran. Almaklumlah, nak makan 3 kali di hotel memang tak mampu la dan juga membazir kerana bayaran buffet bukan murah dan anak aku pula bukan jenis melantak. Pergi hotel sarapan yang dicari ialah coco-crunch & honey-star. Setelah research akhirnya aku buat keputusan, beli biskut, meggi & roti sebagai bekal 3 hari 2 malam di sana memandangkan tempat makan yang dikatakan sedap paling dekat ialah 30 minit perjalanan; menyamai hampir 1/3 perjalanan aku dari rumah ke PD. Sungguh tidak berbaloi. Restoran sekitar termasuk restoran tomyam yang pekerja hotel kata sedap hanya sesuai untuk aku seorang.

Hari pertama sampai, aku ambil masa hampir 2 jam kerana tersalah ambil simpang di lebuhraya ELITE. Terlajak terus kerana terlalu rely pada navigator kereta yang kurang cerdik berbanding applikasi waze. Sampai je, aku dipaksa tunggu dalam 15 minit kerana ada masalah pula pada pendaftaran. Rekod booking aku tiada dalam senarai. Apa lagi, aku sound terus la sebab dah tempah awal dan datang ikut masa yang dicadangkan, iaitu pukul 3pm. Anak-anak dah tak sabar nak terjun kolam.

Alhamdulillah, kerana kesilapan itu, aku dapat bilik yang lebih baik dan besar. Siap ada tingkap tengok laut dibawah lagi serta kolam dalam bilik yang besar dan terus mengadap laut. Ikut kos bilik, mahal lebih kurang RM400 dari harga bilik yang aku tempah. Tapi aku dapat free upgrade. Blessing in disguise kata omputih, rezeki kata orang islam :).. Syukur bro. Penat hilang.

Sampai je bilik, anak-anak terus tak sabar nak terjun kolam dalam bilik. Lepas solat jamak, terus terjun termasuklah aku sebab kena jaga si kecil sambil mak nya pula masak air dan rendam maggi cup. Puas lah dia orang main air sampai dekat maghrib.


Lepas maghrib, aku jalan-jalan keliling bersama si kecil. Siap main game lagi. Lepas tu balik untuk tidur.

Hari ke-2, lepas sarapan, anak-anak nak mandi di kolam besar. Seronok la sebab tak ramai orang. Aku pula ambil hari bekerja, jadi kurang la sesak sikit walaupun cuti sekolah. Tapi, ku sangka panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari... Dalam 30 minit, penuh kolam (cuma tak sesak je). Anak aku seronok main, tetapi terbantut apabila ada anak seseorang pergi berak di tepi kolam pula. Memang @&#@* betul la. Terus aku panggil anak-anak balik bilik sebab dah hilang selera nak mandi bila tengok taik ada kat tepi kolam.

Walaupun pekerja bersihkan, tak mau anak-anak mandi air yang mungkin dah campur ngan taik. huh.

















Malam tu kita orang makan order dari restoran hotel. Dari segi harga dengan kuantiti, memang berbaloi untuk taraf hotel. Tapi dari segi rasa, memang out la. Nasi aku je panas, manakala keluarga aku dapat dah agak cold. Lapar punya pasal, bedal je lah sebab dah lama tunggu. Nak makan restoran jepun, terbakar pula dapur masa nak order. huhuhu. * Pihak hotel call aku lepas aku bagi rating rendah pada servis bilik dan restoran dan meminta maaf atas perkara itu. Ok.. appology is accepted.



Ok lah. Esoknya mcm biasa.. Mandi kolam dalam bilik puas-puas sampai nak check out..
Baliknya aku ikut jalan sepang dan dalam masa sejam lebih dah sampai Rawang.. sempat untuk solat jumaat :)





Kesimpulannya:

1. Grand Lexis memang berbaloi untuk keluarga besar. View bilik aku memang cantik waktu sunset.
2. Jangan pergi antara Jumaat ke Isnin - ramai orang dan sesak. Jalan pun sesak
3. Bawa roti, maggi, beras untuk masak, rendang, etc. Kalau keluarga besar la. Nak keluar makan, jauh sangat dan confirm penat berendam dalam kolam.

itu je. 😄






Going home










Monday, December 11, 2017

Ihtifal SRI Aqil Amsyar 2017

Baru ada masa nak upload daa :)






Sunday, December 10, 2017

Persembahan istimewa pada hari graduasi sekolah

Persembahan istimewa pada hari graduasi anak