Wednesday, August 6, 2014

Eid-Fitri 2014

Assalamualaikum dan Salam Eid-Fitri...

Tahun ni korang raya mana? Aku.. seperti tahun sebelumnya (sejak ada anak dan pengalaman > 6 jam dalam kereta), aku beraya di KL dulu... raya kedua or ketiga baru balik kampung. Tahun ni, aku sempat ambil gambar famili sebelah mertua aku... among all, this is the almost full :)


More pictures here

Monday, August 4, 2014

Sofi belajar solat

Anak bongsu aku dah mula meniru abang dan kakak dia solat... siap suruh mak dia pakaikan telekong lagi tu... lepas tu dia buat apa yang dia rasa nak buat... hehehe

Moga akan jadi anak yang solehah dan bantu abah dan mama kat akhirat nanti ye :)



Pertukaran tali pinggang Taekwando @ Belt Grading

AsSalam semua,

Dah lama aku tak menulis dalam blog ni. Jadi, kali ini aku nak berkongsi satu aktiviti anak-anak baru-baru ini. Dua orang anak aku, kakak dan ider telah diberi peluang untuk menunjukkan skil mereka dalam taekwando. Anak ketiga aku belum layak ... lagipun dia banyak main-main. Tunggu tahun depan grading ngan abah ye :)

Alang-alang tu, aku nak share sikit video dia orang ni :)

Have fun watching.. and.. haiyyyah.. masuklah kalah berani.. :)



Sunday, March 16, 2014

Blogging with blogger on android

I was looking for better way to blog on the fly.. sometimes wishes to share something at the time I had the thought... Now... With blogger on android phone.. should be easier..

Monday, March 10, 2014

Kakak masuk english contest

Sabtu bebaru ni, anak aku dipilih sekolah untuk pertandingan menyanyi sempena english carnival. Apa lagi.. excited sampai tak boleh tidur. Pukul 5.30pg dah bangun. hahaha...

Aku pun excited juga nak tengok. Maklum lah.. dulu kecik-kecik pemalu.

Bertempat di SK Taman Prima, Selayang... acara tersebut bermula. Ini merupakan video yg aku ambil guna handphone. Gambar dan video guna kamera akan diupload lambat sedikit.

:)

Tuesday, February 4, 2014

Nikmati Nasi Dalca @ Ganja di Kassim Mustafa, Penang

3 bulan lepas, aku sekali lagi pulang ke kampung. Dan seperti biasa, aku singgah di penang jap untuk melepaskan gian yang sekian lama dok 'menghantui' aku.

Bertolak dari rawang dalam pukul 9 pagi selepas breakfast dengan keluarga. Kali ini, aku pecut je... purata dalam 150km/jam.... hehehe gian punya pasal.

Singgah di tapah untuk isi minyak... Berjumpa dengan rakan2 bikers. Ada dua beradik (naik er6n dan f) dalam perjalanan ke Kedah juga... dan sekumpulan er6 dan versys konvoi ke utara juga. Semua tengah isi minyak dan amik nafas :).

Lepas berehat dalam 15 minit, aku sambung meninggalkan mereka berehat lagi. Sampai di Jambatan Pulau Pinang dalam pukul 11.00.

Kali ini aku ikut jalan dalam ke jeti untuk singgah pekena nasi dalca @ ganja (diberi gelaran ganja sebab lepas pekena sekali mesti nak kena lagi.. sebenarnya tak de kena mengena dengan benda haram ganja tu..). Aku sampai kat depan gerai dalam kul 11.20pagi... terus minta nasi dalca dan salah satu lauk kegemaran aku, iaitu kari ayam (selalunya aku amik kambing, tapi kambing dah habis la pulak)... sambal nyok @ kelapa pun dah habih.. kecewa betul... tapi tak pe.. nasi dia ada lagi...

Bersama minuman teh tarik (kelas punya.. tak macam kat KL.. sama ada rasa pahit atau manis sangat atau tak rasa apa pun... Yang ni, rasa teh dan manis yang cukup.. just nice).

Lepas makan, belikan lauk kari ayam dan kari itik untuk mak abah.. aku meneruskan perjalanan ke kampung :)... terubat juga rindu aku kat nasi dalca ni... :)

Pada yang tak pernah rasa.. mai la penang dan rasa.

Nak tahu lebih lanjut pasal Nasi Dalca Kassim Mustafa, boleh tengok kat sini.

Monday, October 28, 2013

Cerita seorang insan

Sekadar perkongsian

【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang :

【ツ】 Pada suatu ari, dia telah berkata, ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻛﺒﺮ 

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, 

ﻻ ﺇﻟـﮧ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠـَّـﮧ ﻣُـכـﻤَّــﺪْ ﺭَﺳُــﻮﻝُ ﺍﻟﻠـَّـﮧ



【ツ】 Selepas itu dia berkata,

ﻻ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺳُﺒْﺤﺎﻧَﻚَ ﺇِﻧّﻰ


ﻛُﻨْﺖُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻈَّﺎﻟِﻤﻴﻦَ 



【ツ】 Dia menambah sikit lagi,

ﺳُﺒْﺤﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻩِ 


ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ 



【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yg sangat besar 


dari ALLAH SWT 


【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?



【ツ】 Orang itu adalah KAMU