Roti Canai Pak Ayob
Sebelum check-out, aku pergi sarapan dulu. Dah nama pun orang utara, dia kena cari roti canai juga. Jadi aku pun tengok kat google map, ada la satu roti canai melayu yang dapat lebih dari 4 bintang. Roti Canai Pak Ayob. Apa lagi, aku pi try la.
Susah gak nak cari kedai ni ikut waze. Berpusing kat area tu sebab waze kata dah sampai, tapi aku tak nampak. Hinggalah aku decide nak masuk satu lorong ke arah taman perumahan. Baru nampak. Nak tahu ok ke tak, boleh baca kat sini.
Makan tengahari di Padii Cafe
Seusai sarap, aku balik hotel dan sambung tidur. Ye lah, perut dah kenyang dan majlis kahwin anak sedara lambat lagi. Dalam pukul 11am lebih kurang, aku check out. Aku memang dah niat nak try kedai ni. Jadi, lepas check-out je, meluncur laju aku ke kedai ni. Risau gak takut dia tutup kedai. Al-maklumlah hari ahad. Nasib baik Kedah kerja hari ahad.
Aku sampai kedai tu dalam kul 12, just nice bak kata omputih.
Tapi kenderaan banyak dah parking. Tak dak tempat sesuai nak park moto. Aku bantai je letak tepi tu. Panas wei. Masa sampai, owner kedai tengah buat live kat tiktok kat bahagian ikan bakaq.
Aku pekena Nasi dengan sotong gemuk dan ikan sembilang (ke keli, hmmm) bakaq. Sedap habaq hang. Boleh mai lagi. Nak tau perinci pasal ni, hang pa boleh baca kat sini.
Kenduri Kahwin
Lepas makan, aku gerak ke dewan yang terletak di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Orang pertama aku cari, mak aku la. So aku lepak dengan mak aku. Sambil pekena tapi pulut. Bukan senang nak dapat tapi pulut hitam.
My first love... mak
Cabaran bermula
Selepas pengantin sampai, aku set nak gerak dah. Dan bermulalah cabaran aku. Motor aku buat perangai tak nak start pula. Aku dah cuak sebab hari ahad, kedai repair motor tak nampak, dan aku jauh kat Kedah. Nak panggil mekanik atau towing ke mekanik kat rumah, jauh bro. Berpeluh la aku. Macam-macam aku buat, tapi apa pun tak jadi. Aku call mekanik aku, dan dia suruh tengok fius. Yeszaaa... fius aku terbakar.
Ni la fius lebihan aku beli. Beli siap2 sebab takut terbakar lagi
Apa lagi, fenin la aku. Aku minta abang aku tolong, dia call kawan dia. Dekat setengah jam aku tengok kawan dia tak sampai-sampai. Aku dah risau. Last-last aku minta tolong kerol, adik ipar aku. Dia ni ringan tulang dan tahu sikit. So, dengan dia aku pi cari kedai spare-part. Apa lagi, aku siap2 beli sampai 4 fius 10amp punya. Sampai je aku tukar, bila start, dia terbakar. Cuak aku kembali. Mekanik aku suruh tukar ke 30 amp. Aku pi minta motor kat abang aku or pinjam kawan dia. Dia pun kata ok, lepas tu dia menghilang. Aku punya la tunggu dia, last-last nampak dia dok menyembang gelak2. Tension pun ada, geram pun ada. Betul-betul mencabar kesabaran aku. Nasib baik lah si kerol ni offer bantu lagi. So kita orang pi kedai sama dan kali ni aku beli 30amp 2 dan 20amp 2. Tukar je, Alhamdulillah, bila start dia tak mati. Masa tu jam dah tunjuk pukul 4.30 petang, 2 jam lambat dari target asal.
Lepas salam mak aku, aku dah tak tengok yang lain. Abang aku dok sibuk berboria sampai lupa adik dia ni nak balik dalam keadaan berpeluh-peluh. Nak ofer door gift untuk anak sedara dia yang jauh tu pun tak dak. Tak pa la. Anak sedara yang baru kawin dok sibuk berseronok. Tak dak nak tanya ok ke tak sebab pak ngah dia tak balik-balik lagi. Tak pa la. Lepas ni, aku balik untuk tengok mak aku je lah.
Jalan berliku
Aku gerak terus dan target akan sampai rumah dalam pukul 8 malam. Aku tengok waze kata aku akan sampai dalam 9 malam. Tapi sebab aku ride, aku budget aku boleh pecut la. Confirm aku akan maintain dlm 140 ke 160 km/j je ni.
Tapi, rupanya hari ketiga ni memang Allah nak uji kesabaran aku. Masuk je highway, sudah tempoh kesesakan. Bersusun kereta bro. Ada la area aku boleh perah habis. Tapi dari exit sungai petani utara sampai first pit stop aku kat R&R Gunung Semanggol untuk isi minyak dan solat, memang tak boleh bawah laju lebih dari 110km/j.
Aku sampai kat bukit gantang dalam pukul 5.30pm. Aku berhenti solat dan isi minyak. Buka je waze, dia suruh aku exit Changkat Jering dan ikut WCE. Aku dijangka akan sampai rumah dalam pukul 8 malam. Ok lah. Lagipun aku memang nak try WCE sejak dia umum dah buka. Katanya akan kurangkan masa travel dari Lembah Klang ke Taiping dalam 1 - 2 jam jimat. Aku budget, dengan speed aku, boleh la aku sampai waktu maghrib.
Ni lah laluan balik aku
Tapi harapan hanya tinggal harapan. Waze menjanjikan capati sepertimana waibee yang nak minta undi. Masuk je Changkat Jering, sebelum masuk WCE, merangkak juga. Banyak lampu isyarat lak tu. Dan kesabaran aku memang diuji bila semua lampu isyarat jadi merah bila aku sampai. hahaha..
Masuk WCE, aku memang pulas habis la. Tak ada kesempatan nak tengok kecantikan hutan dan padi yang menguning di laluan WCE. Aku memang fokus nak sampai sebelum maghrib. Tapi ini semua impian sahaja. WCE ni, dia macam dalam game, dia ada kawasan kau boleh pecut sebab ada booster, lepas tu ko sampai kat kawasan yang berliku dan banyak halangan. Aku berhenti untuk isi minyak di Shell Sabak bernam. Masa tu dah pukul 7.15. Tapi dah gelap semacam dah.
Lepas isi minyak, aku gerak. Memang pantang ada ruang untuk pecut, aku akan pecut. Tapi, ye lah, jalan dari Sabak Bernam sampai Kuala Selangor tak rata dan beralun serta banyak laluan kampung. Jadi, terpaksa la bawa sopan sikit.
Kemudian Waze suruh aku masuk kat laluan Tali Air Empat, Lima dan Enam. Aku tengok laluan ni mengerikan sebab laluan yang sempit, laluan kampung, gelap dan kiri kanan bendang. Ni kalau aku terlajak, mau masuk bendang. Jadi aku tawakal dan tidak berpaksi pada Waze, aku decide teruskan perjalanan aku. Aku berhenti di Masjid Ma'muniah untuk solat. Aku ingat dah lambat, sebab handphone aku dah laungkan azan lama dah. Tapi Alhamdulillah, aku berkesempatan solat berjemaah.
Seusai solat, aku risau sebab motor aku macam dah buat perangai balik. Aku nekad, kalau boleh start je, aku akan jalan tak berhenti hatta nak isi minyak pun. Aku tengok jarak nak sampai rumah dalam 50km lebih kurang dan tangki minyak aku ada 5 bar.
Start je motor, aku jalan ikut waze. Dah cabaran ride malam di kawasan yang tiada lampu bermula pula. Rupa-rupanya Waze bawa aku ikut laluan Rantau Panjang, Unisel, Fruit Valley, dan Rawang - Batu Arang. Jalan beralun, berbukit, dan banyak corner baring especially dari Fruit Valley sampai ke laluan Rawang - Batu Arang. Dengan lampu standard aku (kena pasang juga lampu HD ni), dan helmet yang visornya gelap (waktu siang memang cantik la), memang mencabar ke'handalan' aku navigate laluan. Aku tak sangka aku terlebih yakin pula walau pun berapa kali motor aku seperti terbang selepas lalui jalan yang ada alun yang tak sekata. Memang letih la nak kawal motor.
Aku sampai BTP dalam pukul 9.30 malam. Lapaq punya pasal, aku singgat kat Kedai Makan sebelah SBPI Rawang. Nasib dia buka.
Perjalanan aku hari ni tamat bila aku jejak kaki di rumah pada pukul 10.30mlm, 6 jam atas jalan yang kalau diberi peluang, memang aku fikir 2 - 3 kali la nak ikut WCE ke idak.
Apa pun, Alhamdulillah, banyak benda aku belajar dari 3 hari perjalanan aku kali ini. Nanti aku nak solo ride lagi.
No comments:
Post a Comment