Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Wednesday, June 20, 2018

Sambutan Eid Fitri 2018 - satu coretan ringkas

anak aku tolong masak untuk berbuka kat rumah mak
Alhamdulillah, tahun ini seperti beberapa tahun kebelakangan ini, aku akan sambut EidulFitri di rumah mak aku. Yang pasti, perjalanan pergi dan balik kali ini, tiada 'tension' di kalangan anak-anak dan isteri aku walaupun jumlah jam perjalanan pergi dan balik sama ketika aku pulang berhari raya sebelum nya. Ini mungkin kerana kami tidak tempuh kesesakan yang menyebabkan perjalanan terasa lama, tetapi melalui jalan dalam sehingga melalui gerik dan lenggong yang agak mencabar dan memukau mata. Alhamdulillah.

Kami pulang dua hari sebelum raya. Malam tersebut kami bermalam di rumah mak. Kerana perancangan asal, hanya aku dan anak lelaki sahaja yang balik dahulu. Tetiba semua nak ikut. Tak sempat nak tempah hotel. Oh ya. Kenapa aku tidur hotel setiap kali balik kampung bersama keluarga? Senang je. Aku ada anak dara dan isteri yang kena jaga aurat. Malah abang aku ada isteri yang kena jaga aurat juga. Selain itu, ada beberapa sebab lain menyebabkan aku memilih hotel sebagai penginapan jika pulang sekeluarga.

Abang aku sediakan rencah untuk masak
Hari tu abang sulong aku masak nasi minyak berserta ayam masak merah untuk habuan berbuka dengan koay teow goreng juga. Aku beli ayam goreng kat bazar ramadhan sebab anak aku tak boleh makan pedas. Lihat anak aku tak makan sangat ayam masak merah, abang aku beli KFC pula untuk sahur. hehehe.

Aku tengah masak rendang dan kuah kacang
Esoknya, awal pagi aku ke pasar beli ayam dan daging serta bahan2 untuk buat dendeng. Ayam pula aku nak buat rendang untuk raya. Dari pagi hingga tengahari, aku bersama isteri persiapkan untuk memasak dengan isteri aku telah masak rendang berserta kuah kacang yang kosong (kacang tak proses lagi). Aku pula, setelah rebus daging, terus hiris nipis. Memang kepakaran aku la hiris nipis ni. Tak perlu nak tumbuk lagi dah. Seusai persiapan, kami berkemas untuk check-in hotel. Anak aku dah gedik tak tahan nak mandi hot shower serta anak kecilku sudah letih nak tidur tanpa diganggu.

Lepas berbuka di hotel, aku seorang bergerak balik ke rumah mak aku untuk lengkapkan memasak lauk pauk hari raya. Aku tak pernah masak dendeng, tapi hari tu aku hentam sahaja. Tapi, alhamdulillah, hentaman aku jadi pula walaupun tidak sesedap mak mertua aku buat, tapi bolehlah melepaskan keinginan mak aku untuk makan dendeng dan masakan air tangan aku yang dah lama dia tak dapat rasa.

Esoknya aku solat raya bersama anak aku di masjid taman ria. Lama juga menunggu. Ingat macam kat selangor solat pukul 8, rupanya solat dia pukul 9... nasib baik sempat sarapan kat hotel.

Rendang ayam (bini aku buat, aku tolong sikit je)
Dendeng (bini aku sediakan bahan, aku masak ikut sesedap hati)
Dendeng lepas dah siap
Solat di taman ria, sungai petani
Lepas solat, kami singgah rumah mak sebelum mulakan perjalanan raya ke rumah saudara. Singgah rumah mak sedara di pantai cicar. Dari 3 buah rumahm hanya satu sahaja kerana yang lain juga pergi beraya. Malah, boleh dikatakan satu kampung tiada kerana sepanjang perjalanan nak ke rumah mak sedara tu, hampir 90% rumah tutup berkunci.

Sebab hari itu hari jumaat, maka kami pendekkan perjalanan dan pulang kembali ke rumah mak aku. Aku pergi solat jumaat bersama anak lelaki sebelum singgah melawat kubur abah.

Sedia nak beraya
Kemudian kami pulang ke hotel kerana aku sudah agak letih. Petang tu pula layan anak aku mandi kolam dan selepas mandi, makan nasi impit berserta dendeng dan rendang, sebelum anak aku terus tidur keletihan.

Esoknya lepas sarapan dan mandi kolam, aku singgah sebentar jumpa mak aku. Ingat nak tunggu sebentar kerana adik2 aku minta tunggu kerana dia orang nak jumpa anak aku. Tapi kedua-dua belum pun bertolak dari rumah mereka. Maka, aku pendekkan masa dan bertolak balik ke KL.
Bersama semua juadah yang patut

Lepas penat berjalan raya








Anak aku bosan tunggu khatib lama bebenor nak naik mimbar
Tengah layan pak long yang keletihan





























Kali ini aku ikut jalan lebih jauh, melalui lenggong sebab hajat hati nak makan durian gunung. Seriau juga sebab ada beberapa laluan itu tanah runtuh. Dalam hati, mana JKR dan agensi terbabit kerana keadaan tanah runtuh itu cukup mengerikan dan membahayakan.

Sampai lenggong, aku dapat message kawan aku cakap dia tiada di rumah. Alang sudah berada di lenggong, aku singgah le restoran tasik raban yang popular tu. Memang bermacam lauk pauk. Aku makan sedikit nasi sebab nak rasa tempoyaknya berserta masak lemak lala dan daging. Ok la, sekadar untuk makan. Nak kata 'wow' tu, mungkin tidak pada lidah aku, tapi masih sedap berbanding kebanyakkan kedai nasi campur di KL. Yang paling 'wow' di sini ialah kambing grill nya. Dua pinggan famili aku makan. Tu pun nak lagi tu.

Lepas makan, kita orang bertolak balik. Sepanjang perjalanan aku lihat sebelah laluan (menuju utara) sesak. Tidak ada tempat yang nampak tiada kesesakan. Laluan aku pula, setiap kali waze kata ada polis di hadapan (walaupun tiada), terus semua kereta berhenti seperti kena tukar dari gear 5 ke gear 1 untuk pastikan tidak kena saman (apa punya uneducated punya pemandu daaa).
Dah sampai KL. Singgah solat dan makan aiskrim sebelum sampai rumah.
Apa pun. Kami selamat sampai rumah pada pukul 6.30ptg. Hampir 6 jam perjalanan tetapi satu perjalanan yang berbaloi. Walaupun lama, tapi yang pasti, anak-anak aku tidak bising seperti sebelumnya.

Hmm... tahun depan aku ajak mak aku beraya di KL pula :).











Wednesday, August 5, 2015

Raya di tempat baru

Salam semua,

Dah lama juga blog aku ni tak di update... slow sikit... tak tahu nak tulis apa. Maklumlah, di FB terus taip je, makanya blogging ni dah kurang layan.

Alhamdulillah, selepas Aidilfitri tahun ni, aku menyertai salah satu syarikat MNC yang cukup hebat dan sedang berkembang. Dan ketika ini aku masih dalam proses menyesuaikan diri. Jadi, tiada apa yang nak diceritakan sangat kecuali ini; sambutan raya antara jabatan.

Kali ini, beberapa jabatan bergabung untuk merealisasikan sambutan raya kat tempat baru ni. Setiap jabatan akan menyediakan juadah tertentu. Aku, sebagai orang baru, tolong makan je lah. Inilah beberapa gambar yang aku ambil menunjukkan suasana hari raya di sini...

Ada sate, nasi beriani dgn kari kambing, mee kari, murtabak, rojak penang, cendol, etc....

Sate.. kelas gitu.. manis beb

Ni geng jabatan ITD... kita org sediakan aiskrim ... hehehe

tempat murtabak.. jabatan lain

Ini top of it.. sekejap je selesai tutup kedai.. durian bro...

Durian yang sempat aku bedal..

kesimpulannya... ngantuk sebab over makan... hahahaha

Wednesday, August 6, 2014

Eid-Fitri 2014

Assalamualaikum dan Salam Eid-Fitri...

Tahun ni korang raya mana? Aku.. seperti tahun sebelumnya (sejak ada anak dan pengalaman > 6 jam dalam kereta), aku beraya di KL dulu... raya kedua or ketiga baru balik kampung. Tahun ni, aku sempat ambil gambar famili sebelah mertua aku... among all, this is the almost full :)


More pictures here

Saturday, August 10, 2013

Travelife - Eid-Fitri 1434H

Alhamdulillah, selesai sudah ramadhan 1434H (bersamaan 2013M). Dan seperti biasa pada tahun-tahun sebelumnya (sejak kahwin), aku akan ke-rumah mertua di Lembah Keramat pada 30 ramadhan dan akan beraya pada hari pertama di sana.
kasi trim abis aa tambhy
Aktiviti bermula dengan mengemas dan membersihkan diri. Aku bawa anak lelaki aku pergi potong rambut di kedai berdekatan. Senang sikit kasi kemas dan bersih. hehehe.

Lepas tu, balik tolong pape yang patut... Cuma kali ni, aura dia lain sikit. Ada aura kesedihan (bukan kat aku la)...

Malam tu, aku gi surau awal sikit... dah lama nak bertakbir ni... hahaha... Dan seperti biasa, kawasan itu akan adakan takbir dari rumah ke rumah.. Aku dengan anak-anak join takbir Jalan AU5C/12 ... Kali ini mula kat rumah mertua aku dulu... Sini, menu kelaziman ialah pecal.. kasi kaw punya rasa ke'jawa'an.

aiseh.. syahdu ke bang

Tunduk je korang

Anak aku lak, macam biasa, nak ikut... ye lah... orang sini bagi duit raya malam raya masa takbir... Kali pertama dulu anak lelaki aku je ikut, maka kakak jeles teramat... Sejak dari tu, mesti dia orang nak ikut sekali. La ni bawa 3... 3 tahun lagi kena bawa 4 bila si bongsu dah besar sikit.

Aku maintain hensem

Abang ipar aku ngan 2 orang anak ye (2 ni je)

Anak aku bersama sepupu dia orang

Ni rumah nombor 2

Rumah ke 3

Rumah ke empat

Rumah ke 5 .. dah kira nampak

Rumah ke 6... ceria la tu anak pompuan aku

Dapat dalam 10 buah rumah (aku rasa)... anak semua cakap dah penat... nak balik tido.. aku pun sekali lah.. lagipun kali ni dia orang nak pergi jauh sikit.. Sampai jalan 16... hahaha sudah tak mampu ooo... waktu tu pun dah kul 11.30mlm...

Esoknya, aku bangun JIT (just in time)... elok2 lepas mandi sunat hari raya dan pakai jubah, azan subuh pun berkumandang... Aku gi solat awal dan bertakbir kejap..

Lepas tu balik dan minum pagi sambil bersembang ngan bapa mertua aku... Dalam pukul 7pagi, aku gerak anak-anak suruh dia orang mandi... Ye lah, tak nak berebut bilik air.. tapi ada kuasa veto lak.. suruh tunggu jap.. tak pe la... janji jgn lewat udah...

Lepas jamah makan dan anak aku dah siap, aku bawa dia orang gi surau... biasanya aku gi masjid, tapi sebab kali ni semua anak aku nak ikut, aku bawa gi surau je.. ada mak-mak sedara dia orang.. leh tolong tgk 2 orang anak pompuan aku tu.. Paling tak sabar ialah syasya.. hahaha... siap ada inai lagi tu...

Sampai kat surau awal... tak ramai lagi orang... aku ngan anak lelaki aku, idlan, dok kat depan dan bertakbir... pulun abis wa cakap lu... Aku pun lepas abis... sebab semalaman tension dengan aura dingin...
Ider di barisan depan bertakbir

Ider menghayati takbir

Semakin ramai orang datang

Aku la ni
 Solat raya mula lebih kurang 8.30am. Lepas tu dengar khutbah jap...

Lepas khutbah dan bersalam-salaman, pengerusi surau panggil bebudak bawah 12 tahun suruh beratur.. aisehman... dapat lagi duit raya bebudak ni... AJK pun berbaris, tapi utk bagi duit raya la...

Anak aku pun turut sama walaupun tak bermastautin disitu.. janji datang rumah famili gak kan.. hehehe

Syasya maintain kiut

Ider serius beratur

Si kiut dan si masam di belakangnya

Aku dan si bongsu... hehehe

Ape lah malu si bongsu ni...

Si masam control lawa la tu... 

Lepas beraya... aku tak sempat kasik duit raya kat anak-anak sedara.. ye lah.. tak sempat masukkan duit dalam pek lagi... kesian gak dia orang.. tapi terimalah suratan ye... nanti wak/paman kasik masa paman acap bertunang eeek...

Plan asal gi puchong satu keluarga ziarah keluarga sebelah mak mertua dan lepas tu gi meru ziarah keluarga besan abah mertua (mak isteri pada abang ipar)...

Tapi, elok je masuk kereta dan gerak sikit, wife ajak gi sabak bernam (parit baru).. nak melawat wak sal (kakak mak mertua) yang tengah jalani rawatan kemo sebab barah payu-dara. hmm... tanya dia apesal tukar plan... dia cakap tak nak gi puchong sebab kurang rapat... tapi aku yakin sebab aura dingin punya hal... ape-ape je lah .. asalkan tak tempias kat aku udah le...

So kita orang pergi la ke sabak bernam.. ikut latar... jalan clear sampai le selepas latar highway.. lepas tu sosak... sepatutnya 2 jam je perjalanan (tak lebih)... jadi 3 jam...

Sampai kat parit baru dalam pukul 2.30 petang... Solat jap kat masjid dia.. yang masih kekalkan kayu sebahagian utamanya.. kelas gitu.. tak panas ooo...

Lepas solat... kita orang ziarah rumah wak mah (kakak gak tu).. lepas tu wak sal... lepas tu wak.. ntah dah lupa... paling best makan kat rumah pertama sebelah masjid je... siap ada masak lomak cili api kulit lembu.. sedap... aku balun dekat satu mangkuk ratah kulit lembu je.. hehehe.

Balik dari parit baru dalam pukul 4 petang dan sampai kat BTP pada pukul 6.00 petang.. jalan clear la balik... Singgah jap kat rumah ibu @ pengasuh anak2... makan ketupat nasi ... hehehe..

Kita orang sampai rumah dalam pukul 7.30mlm... kasi clear semua.. naik bilik, mandi, solat dan terus tidur.. penat oooo... lagi pun, esok nak jalan jauh sik...

Ok la... esok nyer cerita sambung lain page..

Salam Eid-Fitri untuk semua kenalan

2 Syawal 1434 H.

Sunday, August 26, 2012

Travelog AidilFitri 2012

Pagi 30 Ramadhan

Lepas sahur dan solat di surau, rilek di rumah dan rasa malas nak bergerak. Isteri dan anak aku yang bongsu masih bermalas-malasan. Dua orang lagi anak sudah pun berada di rumah mertua sejak hari khamis lagi. Maklumlah, dah tak sabar nak raya. Pukul 12tgh, kami bergerak ke sana, Lembah Keramat.

Malam 1 Syawal

Anak-anak dah tak sabar dan asyik tanya bila nak pergi takbir raya. Maklumlah, tahun lepas anak lelaki aku je mengikut. Bila balik, poket penuh dengan duit raya. Maka, tahun ini, semua anak aku nak ikut.
Selepas berbuka dengan nasi minyak.. fuuhh power.. aku solat maghrib dan kemudian ke surau bersama anak lelaki untuk bertakbir raya. Selepas isyak, kembali kerumah untuk mengambil anak perempuan ikut bersama bertakbir.

Takbir kali ini disertai oleh ramai anak muda. Orang tua agak berkurangan sedikit. Bermula dari rumah pertama di hujung jalan, kami bergerak satu persatu rumah hingga kerumah mertua aku yang terakhir untuk kali ini. Bermacam-macam makanan dihidangkan dan anak aku seperti biasa, layan takbir, lepas tu minum dan makan tak ingat... paling best, anak ketiga aku, tanpa segan silu (selepas trend 2 - 3 rumah bagi duit raya) dia terus tanya 'tak de duit raya ke abah' selepas doa dibaca selepas takbir... huhuhu malu sebentar aku. Tapi yang pasti, tiga poket baju aku penuh dengan sampul raya... termasuklah untuk aku juga walaupun dah bawa 3 orang anak... orang bagi aku amik je... hehehehe.

Ketika bertakbir, anak aku juga ikut bertakbir walaupun yang dengar cuma la, ila, akbar... sahaja.. Ok la tu buat permulaan.. Moga semangat takbir akan meresapi hidup mereka seterusnya.

Hari Raya 1 Syawal

tiga bersaudara bersama sepupu
Aku seperti biasa, bangun awal dan terus mandi sunat dan pergi ke surau untuk bertakbir. Sudah hampir 7 tahun aku berbuat begitu. Hari pertama aku akan beraya di rumah mertua. Teringin juga nak balik ke kampung dan beraya di kampung pada raya pertama, tetapi memikirkan jarak perjalanan yang sepatutnya dalam masa 5 jam boleh sampai akan bertukar menjadi 10 jam, aku terpaksa pendamkan sahaja niat tersebut. Kalau bujang, aku sanggup lagi. Tapi sejak berkeluarga ni, aku kena fikir pasal keselesaan anak-anak dan isteri juga kerana aku nak perjalanan aku dalam keadaan gembira dari awal hingga akhir. Kalau anak-anak mula bising, mau nyer seronok tukar jadi tension.
sengih melampau lak anak pompuan aku ni

Selepas solat subuh dan bertakbir, aku balik ke rumah mertua untuk siapkan anak-anak. Kali ini, solat raya diikuti oleh anak lelaki aku. Anak perempuan ikut mbah-nya (tok) ke surau. Aku lak lebih selesa ke masjid sebab masjid habis awal :). Selepas selesai solat, semua dah fikir mana nak pergi. Aku tak kisah sebab masih rasa penat dan mengantuk sebab jarang boleh tidur di tempat yang diluar kelaziman aku .. hehehe...
Bersama mbah one and mbah two

Dalam pukul 11 pagi, perjalanan melawat saudara sebelah isteri bermula dengan rumah pertama dilawati ialah rumah ibu kepada bibik paman nasir (isteri kepada adik mak mertua aku) di kinrara. Kemudian disusuli dengan rumah sebuah lagi rumah saudara isteri di puchong. Yang terakhir kerana selepas itu aku terus pulang ke rumah sebab esok nak berjalan jauh.

Balik rumah, lepas mandi, semua tidur awal termasuklah aku..

Hari Raya 2 Syawal

Bangun semua... kita nak bertolak... Perancangan awal ialah bertolak pada pukul 7am sebab nak gerak tanpa rasa risau dengan kenderaan yang banyak dan panas terik. Tapi akhirnya pukul 10am baru bertolak. Dari Rawang, agak selesa tetapi panas agak terasa. Hajat dihati nak berhenti di hentian tapah, tapi tengok kenderaan punyalah banyak. Perhentian pertama ialah simpang pulai kalau tak silap di mana terletaknya RTC. Nasi lemak memang power la walaupun ringkas sebagai sarapan dan juga makan tengahari.

Aku isi minyak dan terus sambung perjalanan tanpa henti. Tiba di Sungai Petani pada pukul 2.15 petang. Ada beberapa kawasan tu agak perlahan kenderaan. Bukan kerana kemalangan teruk atau kenderaan banyak, tetapi kerana sikap pemandu malaysia yang prihatin tidak bertempat serta tetiba jadi penakut bila melihat kenderaan peronda polis sedang memeriksa kenderaan dilaluan kecemasan. Habis di perlahankan kenderaan tahap melampau. Dan paling best, perjalanan kali ini, Alhamdulillah, tidak sepanas biasa cuacanya.

Sampai je, kita orang cari lemang... tetapi lemang kali ini tidak menjadi. Keras.. mungkin tempat yang adik aku beli lemang tu bukan yang biasa aku beli kut. Anak aku pula dah penat berjalan, dok harap abah dia check-in hotel je sebab badan sudah rimas dan berpeluh. Paling best, mak aku terus keluar dari tempat duduk nya sambil berjalan perlahan (bertongkat) untuk menyambut cucunya balik. Mak.. Mak memang best.

Sejuk di pagi 3 syawal
Petang dalam pukul 3.30petang, aku check-in hotel dan lepaskan penat memandu. Selepas solat, aku bawa anak-anak aku mandi kolam sekejap. Dalam pukul 6 balik ke bilik sebab hujan. Lepas tu, dalam pukul 6.30petang, aku bawa anak aku pergi beli kasut kat shopping mall berdekatan dan kemudian beli nasi kandar makbul.. restoran kegemaran aku :) (salah satu lah). Lepas makan, semua masuk tidur kecuali aku layan TV sekejap. Aku memang susah nak tidur tempat lain selain dari rumah aku sendiri.

3 Syawal

Dah siap
Bikers @ marshall of the raya day @ Bro G
Seperti dirancang, aku bersiap dalam pukul 10 pagi bersama anak-anak untuk mengunjungi sanak saudara ku di kedah. Aku harap dapat round satu negeri, tetapi ramai (adik beradik aku) yang tak nak pergi sebab tak larat. Bermula pukul 11.30, kami pergi rumah member abah aku kat mana ntah aku dah tak ingat. Adalah dalam 30 minit kut kat situ. Pastu kita orang pergi rumah adik abah aku, yakni mak teh saadiah. Tok bah dah tak larat kerana sakit tuanya manakala sepupu aku lain berjalan kerumah sedara mereka. Kami dihidangkan dengan nasi (makan tengahari la apa lagi).. Aku balun 3 kali tambah... walaupun lauknya biasa je; masak lemak cili api, ikan tenggiri goreng, ulam petai dan timun, sambal belacan... tapi sebab makan ramai-ramai dan nasi tengah panas.. fuuuhhhh... kelas gitu.



Sedih nampak.. rilek la bro..
Perjalanan disambung ke destinasi terakhir iaitu rumah mak su aku. Sampai je mak su aku tak de sebab makan kenduri. Lepak le kita orang kat rumah pak cik aku (sebelah je). Makan kuih biasa... lebih kepada nak jumpa sedara mara je.. Pastu mak su balik.. dah tersedia laksa katanya. Apa lagi, aku bedal sampai tambah 2 kali walaupun tak minat laksa... tapi sebab ramai ada dan seronok bersama makan.. hehehe anak aku tengok je.. bini aku lagi le tak sentuh pun. Lepas tu ada lak kopi kampung yang memang kelas gitu.. Starbuck pun tak leh lawan... paling tak best, hanya ada kat area baling dan sungai petani je.. huhuhu...


Makanan luar biasa bagi orang kl... hehehe

The boss and anak-anak

My queen... macam biasa, suka tuang air

Rumah tok aku.. tinggal kenangan..

Pokok yang aku ingat sampai la ni.. kenangan kena ikat pada raya pertama sebab berebut beskat ngan sepupu

Malam tu aku dah tak larat. Lepak dan order makan dari hotel je.

4 Syawal - Balik ke Rawang

Lepas breakfast, anak aku layan mandi kolam dalam sejam lebih sebelum naik untuk bersiap pulang. Dalam pukul 11am, aku check-out tapi singgah rumah orang tua aku dulu. Lepak dalam 2 jam sambil makan nasi hasil tangan abang aku.. kelas gak abang aku masak... aku makan banyak gak le. lapar pun satu hal. Siap tapau lagi tu. hehehe..

Dalam pukul 1.30, kita orang bertolak balik. Perjalanan balik kali ini agak tension sikit kerana sikap pemandu malaysia yang seperti biasa, prihatin tidak bertempat hingga menyakitkan hati orang lain. Ada yang menggunakan lorang kecemasan ikut suka.. Aku ingat lagi 2 nombor kereta WTV5915 (waja hitam yang memandu macam orang gila dan memotong ikut suka hingga hampir sebabkan eksiden) dan CAY8668 (alphard putih yang dah kena saman pun dok ulang guna laluan kecemasan.. dah tu kat R&R parking blok laluan pejalan kaki dan kawasan OKU. dasar kurang ajar punya pemandu)..

Kali ini aku ambil masa 8 jam untuk tiba di rumah ku kerana sikap pemandu-pemandu jahat ini. Walaupun begitu, ia tidak seteruk 5 tahun dulu bila aku ambil masa 10 jam untuk tiba dan perjalanan kali ini juga diceriakan dengan telatah anak bongsu ku yang tak berhenti bercakap.

Alhamdulillah, walaupun tak berkesempatan melawat semua saudara mara, tapi, aku rasa perjalanan raya kali ini agak sempurna dan ok..

Untuk gambar lain dan paparan lebih cantik.. cek kat FB aku