Hari ke-2 aku di Kedah, aku jalan-jalan menjejak 2 masjid yang cukup terkenal ketika ini. Bergerak dari penginapan pukul 9pagi, asalnya menuju ke Madad, tetapi aku tukar haluan ketika atas motor. Aku tuju Masjid Al-Busyra terlebih dahulu.
Masjid Al Busyra, Merbok, Kedah.
Sampai dah gais. 9.20 aku sampai. Lewat 10 minit sebab cari stesen minyak.
Tempat pertama aku tuju kat masjid ialah cafe dan mart dia. Bila aku sampai, tak banyak yang ada sebab ada beberapa rombongan bas tadi singgah. Maka, banyak yang habis termasuk sarapan pagi. Jadi aku ambil dadih, air botol, teh tarik (nak teh C kosong tak dak.. orang kedah suka minum manis wei), dan mee kari.
Dadih dia sedap gak. Aku memang suka dari dulu. Teh tarik dia aku minum separuh je. Manis tak tahan. Mee kari dia ok. Cuma mungkin sebab nak habis dah, jadi rasa rempah tu kuat sikit.Lepas tu aku singgah jap dalam masjid. Solat sunat dan sempat dengar tazkirah dari sorang ustaz. Aku tak cam sangat, tapi selalu juga ceramah dia FYP kat tiktok aku.
Tanjung Dawai, Merbok, Kedah
Seusai aku di Masjid Al-Busyra, aku tuju pula ke Tanjung Dawai. Pesanan sang isteri yang perlu dipenuhi. Ketika ini aku dah risau sebab motosikal aku macam ada masalah nak start. Tapi aku tawakal aje. Banyak rupanya kedai yang jual hasil laut ni. Dari sebesar-besar bangunan, hingga ke ala-ala runcit macam kat pasar payang di terengganu, pasar seksyen 6 shah alam, dan market chowrasta kat penang.
Orait, misi mencari awek purdah.. hehehe
Pusing punya pusing, aku tengok makanan yang ada semua tak sesuai untuk aku dan tak ada yang unik dan menarik (benda biasa aku jumpa kat KL). Dan ada beberapa gerai tu sesuai untuk orang yang tak de risiko kencing manis. Aku tengok je lah walau teringin nak try. Last-last, aku beli Nasi Khabsah Kambing Firdaus Farabib punya. Yang beza dengan nasi arab aku biasa makan ialah yang ni Nasi, cili sebiji, dan kambing sahaja. Tak ada jelatah dan sambal biasa ada kat kedai arab tu. Dari segi rasa, ok lah, boleh makan.
Selesai ambil gambar, aku meronda sekitar pasar tu mencari apa yang patut. Nak beli banyak tak leh sebab bawa motor je. Sokena pilih yang sesuai lah. Yang boleh masuk ke kotak tepi tu.
Aku beli udang kering (RM80/kg), ikan bilis mata biru (RM66/kg) dan satu lagi (dalam RM80/kg), belacan tumbuk udang geragau, belacan giling udang geragau, ikan talang masam, dan ikan kering (ni aku tak reti nama, tapi kalau goreng, rangup wei). Total aku habis dekat RM300 lepas pujuk rayu minta kurang harga. Aku rasa kalau masuk dalam lagi pi kat jeti dia mungkin dapat lagi murah. Tapi aku dah malas.
Makcik tu bagi extra udang kering (dalam segenggam lebih) dan limau (manis gak) dalam 3 biji.
Ke MADAD pula
Lepas shopping, aku ke MADAD pula. Nak cari awek berpurdah lak.. oppss, nak mencari kedamaian sebenarnya. Aku sampai MADAD dalam pukul 11pagi. Ramai orang wei. Sampai je dengan Ustaz Yaaqub Yusra tengah bagi tazkirah.
Orait, misi mencari awek purdah.. hehehe
Pusing punya pusing, aku tengok makanan yang ada semua tak sesuai untuk aku dan tak ada yang unik dan menarik (benda biasa aku jumpa kat KL). Dan ada beberapa gerai tu sesuai untuk orang yang tak de risiko kencing manis. Aku tengok je lah walau teringin nak try. Last-last, aku beli Nasi Khabsah Kambing Firdaus Farabib punya. Yang beza dengan nasi arab aku biasa makan ialah yang ni Nasi, cili sebiji, dan kambing sahaja. Tak ada jelatah dan sambal biasa ada kat kedai arab tu. Dari segi rasa, ok lah, boleh makan.
Ke Taman Rehat Abah
Lepas tu aku balik bilik penginapan dan berehat sambil makan nasi arab tu dan lelapkan mata sekejap. Semalam aku tak boleh tidur. Macam-macam bunyi dok ada. Gangguan betul makhluk tak nampak ni. Padahal aku dok tingkat 4. Atas tu bumbung kosong je. Kuarters polis zaman dulu punya stail bro.
Bangun tu, aku solat jamak qasar dan lepas tu aku gerak ke Bandar Perdana, rumah abang aku. Hajat di hati nak jumpa mak aku, tapi mak aku tak dak pula. Tak sampai lagi. Sebelum sampai, aku singgah restoran Najmuddin nak pekena Mee Goreng Mamak, tapi kecewa sebab sudah jadi mee goreng mamel (mamak melayu.. ada cili potong dan rasa pelik). Tension ooo. Susah nak cari mee goreng mamak pior.
Since mak aku tak dak, aku ke Taman Sidam Kiri, melawat arwah abah di Taman persinggahan a.k.a. alam barzakh a.k.a. kubur. Alhamdulillah, kemas rapi tamannya. Semoga yang menjaganya dirahmati Allah.
Burger No. 2 Paling Sedap
Lepas tu, aku lajak ke tempat makan ni. Lokasinya kalau di waktu petang melihat sunset, memang menarik sebab di kawasan sawah padi.Aku order Burger Tuah (tak dak set la bro), french fries spicy, dan air asam boi. Aku tak rekemen korang pergi sebab burger dia tak panas. Macam dah lama masak. Fries dia lagi lah. Sejuk wei. Air asam boi aku minta no sugar, jadi manis gak (aku dah cakap, orang kedah ni suka minum manis).
Suasana malam tak berapa menarik. Gelap keliling. Hangpa tengok la.
Ni aku order. Kalau ikut harga, bagi aku tak berbaloi la. Kecuali hari orang ramai, mungkin ok sebab dia orang masak tak berhenti, jadi sentiasa panas kut. Ntah la. But, kalau nak try, jangan letak harapan tinggi sangat. Lagi pun dia dah cakap, dia no. 2 paling sedap... tapi kalau aku, bukan no. 2 la.. aku panggil burger biasa biasa sedap je.
Balik dari tu, aku nak rehat, tapi terdengar pula bunyi kat bilik sebelah. So aku keluar ke bahagian belakang, nampak bulan, bintang utara dan masjid ni tersusun cantik je.
Tapi tempat sekitar macam biasa kat pekan-pekan la. Mungkin nanti bulan puasa dia meriah sikit kut sebab kat depan tu nanti akan bersusun warung peniaga.
That's end of hari ke-2 aku mencari damai di bumi kedah.
No comments:
Post a Comment