Showing posts with label Batrisya. Show all posts
Showing posts with label Batrisya. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

Princess Yah & Princes Syasya :)

Minggu lepas, 8hb Jun, 2013 adalah hari perkahwinan anak ibu @ pengasuh anak-anak aku. Anak-anak aku terutamanya Syasya sudah pun seperti sebahagian dari keluarga ibu. Apa tidaknya, adakalanya selamba je tidur sana. Ikut dia orang pergi berjalan termasuk ke Genting Highlands ntah berapa kali dah. Aku sendiri pun tak naik lagi.. Setakat lalu je. Itu pun sebab nak pergi Kelantan.

Di pendek kan cerita, si ibu ni belikan baju gaun ala-ala princess termasuk sekali dengan kasut. Syasya lah yang paling complete hingga ke kasut sekali. hahaha. Dari pagi lagi dia orang dah ada kat sana. Siap berpakaian. Sempat la aku ambil beberapa shots gambar dia orang buat kenangan.

Maka inilah gambar puteri-puteriku yang dua orang ni yang diapit oleh heroku .. Idlan



Macho seorang hero

Princess Yah

Princess Syasya

Disamping pengantin

Mengiringi pengantin

Princess Sofi

Band yang memang ummmph la..

Tempat bersanding

Hero & 2 princess ... belakang kiri (baju biru) ialah ibu

Wednesday, March 21, 2012

Langkah Pertama - Solat

Untuk mendapat anak yang soleh/solehah merupakan idaman setiap ibu bapa. Anak ini yang akan menyejukkan mata kedua orang tuanya dan juga memberi sinar (dengan doa) ketika ibu bapa nya di alam barzakh.

Alhamdulillah, walaupun agak nakal tetapi dicuit didalam hatinya untuk belajar solat dan membaca Al-Quran walaupun umurnya masih  mentah. Tercuit juga hatiku. Mampukah aku menunjukkan mereka jalan yang diredhai Allah? Moga-moga aku diberi kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakannya.

Dua beradik

Dipeluk abangnya kerana perubahan

Sujud pada yang MAHA ESA

Memberikan post istimewa pada abahnya
Dan semalam, ketika aku sudah mandi, terpandang dia baru selesai solat (walaupun masih belum sempurna) dan terus berdoa.. dalam doanya dia memohon "Ya Allah bagilah abah cepat kerja, bagilah abah sihat, bagilah abah banyak duit... bagi mama sihat, bagi mama banyak duit, bagi syasya sihat, bagi syasya pandai, bagi abang dan kakak sihat...." .... amiiinnnnn...

Moga perkembangan ini diteruskan...