Saturday, August 10, 2013

Travelife - Eid-Fitri 1434H

Alhamdulillah, selesai sudah ramadhan 1434H (bersamaan 2013M). Dan seperti biasa pada tahun-tahun sebelumnya (sejak kahwin), aku akan ke-rumah mertua di Lembah Keramat pada 30 ramadhan dan akan beraya pada hari pertama di sana.
kasi trim abis aa tambhy
Aktiviti bermula dengan mengemas dan membersihkan diri. Aku bawa anak lelaki aku pergi potong rambut di kedai berdekatan. Senang sikit kasi kemas dan bersih. hehehe.

Lepas tu, balik tolong pape yang patut... Cuma kali ni, aura dia lain sikit. Ada aura kesedihan (bukan kat aku la)...

Malam tu, aku gi surau awal sikit... dah lama nak bertakbir ni... hahaha... Dan seperti biasa, kawasan itu akan adakan takbir dari rumah ke rumah.. Aku dengan anak-anak join takbir Jalan AU5C/12 ... Kali ini mula kat rumah mertua aku dulu... Sini, menu kelaziman ialah pecal.. kasi kaw punya rasa ke'jawa'an.

aiseh.. syahdu ke bang

Tunduk je korang

Anak aku lak, macam biasa, nak ikut... ye lah... orang sini bagi duit raya malam raya masa takbir... Kali pertama dulu anak lelaki aku je ikut, maka kakak jeles teramat... Sejak dari tu, mesti dia orang nak ikut sekali. La ni bawa 3... 3 tahun lagi kena bawa 4 bila si bongsu dah besar sikit.

Aku maintain hensem

Abang ipar aku ngan 2 orang anak ye (2 ni je)

Anak aku bersama sepupu dia orang

Ni rumah nombor 2

Rumah ke 3

Rumah ke empat

Rumah ke 5 .. dah kira nampak

Rumah ke 6... ceria la tu anak pompuan aku

Dapat dalam 10 buah rumah (aku rasa)... anak semua cakap dah penat... nak balik tido.. aku pun sekali lah.. lagipun kali ni dia orang nak pergi jauh sikit.. Sampai jalan 16... hahaha sudah tak mampu ooo... waktu tu pun dah kul 11.30mlm...

Esoknya, aku bangun JIT (just in time)... elok2 lepas mandi sunat hari raya dan pakai jubah, azan subuh pun berkumandang... Aku gi solat awal dan bertakbir kejap..

Lepas tu balik dan minum pagi sambil bersembang ngan bapa mertua aku... Dalam pukul 7pagi, aku gerak anak-anak suruh dia orang mandi... Ye lah, tak nak berebut bilik air.. tapi ada kuasa veto lak.. suruh tunggu jap.. tak pe la... janji jgn lewat udah...

Lepas jamah makan dan anak aku dah siap, aku bawa dia orang gi surau... biasanya aku gi masjid, tapi sebab kali ni semua anak aku nak ikut, aku bawa gi surau je.. ada mak-mak sedara dia orang.. leh tolong tgk 2 orang anak pompuan aku tu.. Paling tak sabar ialah syasya.. hahaha... siap ada inai lagi tu...

Sampai kat surau awal... tak ramai lagi orang... aku ngan anak lelaki aku, idlan, dok kat depan dan bertakbir... pulun abis wa cakap lu... Aku pun lepas abis... sebab semalaman tension dengan aura dingin...
Ider di barisan depan bertakbir

Ider menghayati takbir

Semakin ramai orang datang

Aku la ni
 Solat raya mula lebih kurang 8.30am. Lepas tu dengar khutbah jap...

Lepas khutbah dan bersalam-salaman, pengerusi surau panggil bebudak bawah 12 tahun suruh beratur.. aisehman... dapat lagi duit raya bebudak ni... AJK pun berbaris, tapi utk bagi duit raya la...

Anak aku pun turut sama walaupun tak bermastautin disitu.. janji datang rumah famili gak kan.. hehehe

Syasya maintain kiut

Ider serius beratur

Si kiut dan si masam di belakangnya

Aku dan si bongsu... hehehe

Ape lah malu si bongsu ni...

Si masam control lawa la tu... 

Lepas beraya... aku tak sempat kasik duit raya kat anak-anak sedara.. ye lah.. tak sempat masukkan duit dalam pek lagi... kesian gak dia orang.. tapi terimalah suratan ye... nanti wak/paman kasik masa paman acap bertunang eeek...

Plan asal gi puchong satu keluarga ziarah keluarga sebelah mak mertua dan lepas tu gi meru ziarah keluarga besan abah mertua (mak isteri pada abang ipar)...

Tapi, elok je masuk kereta dan gerak sikit, wife ajak gi sabak bernam (parit baru).. nak melawat wak sal (kakak mak mertua) yang tengah jalani rawatan kemo sebab barah payu-dara. hmm... tanya dia apesal tukar plan... dia cakap tak nak gi puchong sebab kurang rapat... tapi aku yakin sebab aura dingin punya hal... ape-ape je lah .. asalkan tak tempias kat aku udah le...

So kita orang pergi la ke sabak bernam.. ikut latar... jalan clear sampai le selepas latar highway.. lepas tu sosak... sepatutnya 2 jam je perjalanan (tak lebih)... jadi 3 jam...

Sampai kat parit baru dalam pukul 2.30 petang... Solat jap kat masjid dia.. yang masih kekalkan kayu sebahagian utamanya.. kelas gitu.. tak panas ooo...

Lepas solat... kita orang ziarah rumah wak mah (kakak gak tu).. lepas tu wak sal... lepas tu wak.. ntah dah lupa... paling best makan kat rumah pertama sebelah masjid je... siap ada masak lomak cili api kulit lembu.. sedap... aku balun dekat satu mangkuk ratah kulit lembu je.. hehehe.

Balik dari parit baru dalam pukul 4 petang dan sampai kat BTP pada pukul 6.00 petang.. jalan clear la balik... Singgah jap kat rumah ibu @ pengasuh anak2... makan ketupat nasi ... hehehe..

Kita orang sampai rumah dalam pukul 7.30mlm... kasi clear semua.. naik bilik, mandi, solat dan terus tidur.. penat oooo... lagi pun, esok nak jalan jauh sik...

Ok la... esok nyer cerita sambung lain page..

Salam Eid-Fitri untuk semua kenalan

2 Syawal 1434 H.

Monday, August 5, 2013

Majlis Berbuka Puasa MPN @ Pondok Moden Ad-Darrain

Pertam tiba :)
Pada hari jumaat, tanggal 26 Julai, 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434H, company tempat aku kerja (Matrix Power Network) telah mengadakan satu lawatan ke Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain yang ditadbir oleh ustaz Mohd Fadzil Ismail. Ia merupakan satu inisiatif syarikat untuk mengadakan satu aktiviti setiap quarter bagi memastikan pekerjanya dilengkapi pembinaan dari segi fizikal dan rohani serta merapatkan diri pada Allah.

Seronok nampak
Kunjungan kali ini adalah bertujuan merapatkan diri pada tempat-tempat ilmu, menyerahkan sumbangan dan seterusnya berbuka puasa bersama pelajar tahfiz.








Suka laman luas
Untuk yang berminat, Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain ini terletak di Lot 2849, Jalan Cempaka, Batu 10,Telok Panglima Garang, 42500 Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Untuk ke lokasi boleh rujuk di website mereka atau google-maps.

Pondok Moden
Hajat di hati nak bawa tiga orang anak aku, tetapi yang no. 3 kena chicken-pox pula. Maka, terpaksalah pergi bertiga (dengan kakak dan idlan). Kita orang bertolak pada pukul 4 petang (senyap-senyap keluar masa syasya tidur.. kalau tak dia nak ikut.. kesian pula, tapi tak nak le ada orang terkena jangkitan lak). Sengaja aku tolak awal sebab tak tau jalan.

Menggunakan peta dalam aplikasi Sygic (tak banyak lokasi dia dapat cari), aku terpaksa ikut jalan jauh. Cuak juga sebab masuk jauh ke dalam kampung. Tapi alhamdulillah, aku sekeluarga tiba pada pukul 5 petang. Paling awal tu.... Sampai je dengar dia orang tengah membaca Quran. Ada juga yang sedang kemas meja.

Sengih je ko
apa yang ko fikirkan
Dalam pukul 5.30pm, barulah ada seorang demi seorang staff MPN yang telah memberi kata putus untuk hadir, tiba di lokasi.
Memilih pewangi... 

Aku la ni
Lead (yang kecik) singer and backup singer
Majlis bermula dengan persembahan Qasidah dari pelajar tahfiz sementara menanti ketibaan mudir @ Al-fadhil Ustaz Fadzil dan MD MPN. Lebih kurang pukul 6.15, MD MPN tiba bersama mudir dan majlis bermula dengan kata aluan dari pengerusi majlis yang dikhabarkan akan kahwin tak lama lagi. Kemudian, giliran mudir memberi sepatah dua kata dan diteruskan dengan MD MPN.

Pelajar Tahfiz


Chalet untuk yang datang hari minggu
Selepas itu, majlis penyerahan sumbangan. Kemudian, para pelawat (kita orang la) dibawa oleh mudir melihat disekeliling pondok moden. Fuuh.. hebat dan cukup lengkap serta sempurna. Memang bestlah. Pada orang dewasa yang berminat mendalami ilmu agama pada hari sabtu dan ahad, juga disediakan 'chalet' untuk tidur disana. Masa melalui tempat masa, kelihatan pelajar tahfiz sedang memasak juadah. Hebat.. sambil masak, sambil mengalunkan ayat-ayat suci Allah (patutlah makanan yang dia orang masak walaupun bukan taraf Cef, tapi sedap dimakan)

Sembang sambil tunggu waktu berbuka
Tour tamat pada pukul 7.15mlm dan semua bersedia untuk berbuka puasa. Aku duduk bersama anak lelaki aku manakala si kakak nya aku suruh join staf perempuan MPN. Selepas berbuka puasa (yang ringan tapi berat juga aku lantak.. kuih sedap ooo), kita orang tunaikan solat Maghrib bersama imam tahfiz. Sedap suara walaupun orang nya senyap je.

Lepas solat maghrib, lantak lagi.. sedap gak.. aku tambah ooo... Masak simple iaitu dalca daging dan sambal ayam serta acar timun... Paling best ialah air jus manga yang dibuat sendiri dan juga manisan yang turut dibuat sendiri... sedap dan menyelerakan.

Selepas itu, ada beberapa orang staf bergerak pulang kerana ada yang ambil kesempatan cuti tiga hari untuk pulang ke kampung dan ada yang ada urusan lain.

Aku lak.. tunggu solat isyak.. :).. Lepas solat isyak, aku pun angkat kaki balik.. sebab fikirkan perjalanan yang jauh serta agak kepenatan.

Al-fadhil Ustaz Mohd Fadzil Ismail @ Mudir
Hmm.. apa yang aku dapat untuk aktiviti kali ini?
1. Memasak sambil mengalunkan ayat-ayat suci lagi baik dari menyanyi.. Confirm makanan sedap (dah dua kali lihat perkara ni.
2. Bila ada masa lapang, datanglah dalami ilmu agama disini. Suasana yang cukup baik
3. Bila kerja dengan ikhlas kerana Allah, semua perkara dipermudahkan.

Gambar lain boleh dilihat di sini.

Sunday, July 21, 2013

Ride to Kampung with my Kawasaki ER6F

Assalamualaikum dan moga semua dalam keadaan baik terutama pada bulan puasa ni.

Alhamdulillah, minggu lepas, aku akhirnya balik kampung untuk berpuasa bersama mak abah setelah tidak melakukannya hampir 10 tahun. Mungkin ini adalah permulaan untuk terus pulang menjengok mak abah setiap bulan seperti mana aku berniat ketika menaik taraf lesen moto dan motosikal aku.

Aku mula journey pada hari sabtu pada pukul 9:45pagi selepas sesi bertemu dengan ustazah tadika anak lelaki aku. Alhamdulillah, ustazah maklumkan satu perkembangan yang baik walaupun aku masih ada keraguan memandangkan sisi dia yang agak berbeda ketika berada dirumah. Walaubagaimanapun, aku tetap bangga dan berharap anak aku akan terus meningkatkan kemampuannya dalam menjadi khalifah Allah nanti.

Aku tak isi minyak sebab sudah isikan ketika pulang dari kerja beberapa hari sebelumnya. Aku isi RM20 di jalan duta.

Aku mulakan dengan mengawal kelajuan dan selepas Tapah, aku naikkan kelajuan ke sekitar 140km/h. Tiba di Ipoh, meter telah blink menunjukkan keadaan minyak yang berada pada bar terakhir. Papan muka diubah ke jarak yang boleh pergi menggunakan minyak yang ada dan tengok dalam 100km lagi. Hmm.. Aku teruskan mendaki terowong menora... Cuak juga bila tengok blinkingnya tak berhenti walau dalam keadaan menurun selepas itu. Tapi aku kawal kelajuan pada 100km/h sahaja.

Alhamdulillah, sampai kat RnR Sungai Perak. Aku pun isi full tank kat situ.. hmmm.. Dalam RM22 dah penuh. Ini bermakna, dalam tank minyak ada lebih kurang 4 liter lagi. Kalau aku maintain kelajuan mode eco, aku mungkin boleh lajak sampai ke Bukit Gantang yang terletak lebih kurang 40km je... tapi sebab tak berani.. ye lah nanti sorang-sorang tolak moto.. dah la berat.. bulan posa lak tu... hehehe..

Lebih kurang 10 minit lepas berehat, aku gerak semula. Dan, Alhamdulillah, Allah redha dengan kepulangan aku ke kampung. Diturunkan hujan selepas itu (ada yang lebat ada yang renyai) dari bukit gantang sampai ke juru sebelum hujan bersambung di perhentian Sungai Muda. Jadi, tak terasalah sangat panas nya. Kali ni aku kekalkan secara puratanya kelajuan aku pada 130km/h dan aku terkena 2 speed trap... hahahaha satu AES dan satu lagi dari polis trafik... amik ko.

Parking kat rumah mak abah
Jimat kalau mode eco
Alhamdulillah, aku selamat sampai kat rumah mak abah aku kat sungai petani dalam pukul 1:00tgh (lebih kurang la). Tengok bar minyak.. ada lagi 3 bar...hmmm jimatlah kalau bawa dalam mod eco.

Hari tu aku berbuka makan nasi dalca (atau famus di kalangan keluarga aku dengan nama nasi ganja sebab rasa dia yang sedap buat orang nak makan lagi... cuma la ni taste dia dah kureng). Nasi ni, adik pertama aku belikan di Penang (balik pulau)... so thank you my dear sister. Nanti aku nak makan kat tempat ori dia.. kut kut taste ok lagi. Happy gak berbuka bersama mak abah... Kali pertama dia orang cakap berbuka dengan nasi. hehehe...

Aku sahur pun nasi gak. makan masak lemak cili api ikan keli dengan sambal petai ikan bilis.. fuuuh.. kaw gilos.. power la.. ye lah dah lama tak pekena masakan abah aku... sekali sekala kalau dia tengah gembira, masak memang kaw-kaw sedap... tak pernah aku makan sahur bertambah... hehehehe.

Lepas solat subuh dan lepas mengaji, aku tidur jap.. hehehe nak simpan tenaga untuk balik rawang... hehehe..

Dalam kul 8.30, aku bawa mak dan mak teh (bersama abah) ke sungai petani untuk urusan keluarga. Lepas selesai, abah ajak singgah rumah mak wa (mak long).. ziarah katanya sebab dengar khabar mak wa tak sihat. Hmm.. memang kurang sihat lah.. tak dapat berdiri katanya.. mengesot je.. Moga disembuhkan Allah.

RnR Sungai Perak

Lepas tu, aku pun bertolak balik.. Dalam pukul 10 pagi. Aku isi minyak kat Petronas Sungai Petani (kat rumah mak abah aku).. Dalam RM11 je sebab dah ada 3 bar sebelumnya... Kali ini, aku pecut habis-habis (setakat yang aku berani la).. Dengan purata kelajuan 145km/h dan maksimum 175km/h, aku sampai kat RnR Sungai Perak pada pukul 11.30. Isi minyak dan rehat kejap.. Lepas tu aku sambung ride sampai Rawang. Aku masuk ikut tol rawang dan seperti sedia maklum, jam tak kira masa. Lepas isi minyak, aku gerak ke rumah dan tiba pada pukul 1:00tgh. hehehe

Rehat lepas isi minyak
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya gak ride seorang diri ke kampung. Moga-moga lepas ni diberi kekuatan untuk buat setiap bulan.

Antara pengalaman dan pemerhatian aku sepanjang ride:

  1. Laluan motosikal di Tol Juru dan Sungai Petani memang teruk. Cukup-cukup luas untuk moto aku. Kalau besar sikit, sure tak selesa nak lalu. Selain itu, kawasan laluan yang tidak rata dan teruk juga. 
  2. Aku rasa boleh laju lagi.. meter tak cecah merah... sekitar 8000rpm je.. pada kelajuan 175km/h
  3. Jimat sikit ... lagi jimat kalau dalam mode eco. Perjalanan pergi balik ini hanya RM80 secara total and tak de tol.



Itu je catatan kembara aku hari tu. Adios!!!!

Wednesday, July 10, 2013

Travelog Kembara Sahabat I (Aktiviti Syarikat Jun 2013)

Pada 29 Jun, 2013, hari sabtu, syarikat tempat aku kerja sekarang (Matrix Power Network) telah menganjurkan satu aktiviti CSR iaitu Kembara Sahabat I. Aktiviti yang merangkumi lawatan ke salah satu tapak projek jabatan TM dan lawatan ke rumah anak yatim di adakan sebagai salah satu aktiviti bulanan syarikat dalam menghasilkan satu bentuk kerjasama rohani dan jasmani serta semangat kekitaan.

Kali ini, aku hanya bawa Idlan Fitri sahaja memandangkan isteri aku bersama-sama anak yang lain mengikuti mertua aku menghadiri kenduri saudara di Perak. Aku sengaja bawa anak lelaki aku bagi memastikan aku dapat meluangkan masa dengannya secara man-to-man. Kalau tidak, kebanyakkan masa dipenuhi oleh perempuan je (mak, kakak dan adik-adik).

Aku gerak dari rumah dalam pukul 7.30pg dan tiba di pejabat pukul 8.30pg. Lepas daftar, terus 'sappeded' @ sarapan dulu. Nasi lemak tu.. fuuhhh..


Big boss sampai dalam pukul 9pg dan kembara bermula dalam pukul 9:15pg. Aku hanya mengekor dari belakang je.. manakala peserta utama (yang ada stiker kereta) kena jawab soalan teka-teki... hahaha..

Dalam perjalanan, terlihat satu rombongan berbasikal.. dari sekecil budak, sampai lah sebesar badan aku.. 'larat ke bang' .. hehehe.. kalau aku mau semput dah...

Susah juga nak cari tempat pit-stop pertama yakni tapak projek jabatan TM. Sudah la tu, tak de peta. Aku hanya mengekori mana-mana kereta peserta ... last-last, ikut gerak hati sampai jumpa balik ngan kereta big boss... hahaha...

Tiba di tapak projek dalam pukul 10.30pg. Paling best ialah melintasi dua tempat yang nampak tidak sesuai yakni sungai raba dan sungai arak... hmm terlintas dalam kepala, 'mula tiba di sungai arak, bila mabuk, pergi sungai raba.. dah puas meraba, batang berjuntai keluar... lepas tu... hahahaha'.. nasib baik tempat 'Batang Berjuntai' sudah ditukar nama ke 'Bestari Jaya'... hmmm dua sungai lagi tu tak nak tukar ke?

Jln Sg. Arak
Menanti peserta lain
Agak lama juga menanti peserta terakhir.. sempat la perabih nasi lemak yang masih berbaki, dimulakan oleh big boss...

Anak aku
Kat tapak projek





Marshall belakang lak tiba dulu. Rupa-rupanya, peserta yang lewat terlajak ke morib. Hmm.. pengalaman pertama.. marshall depan tak tunggu dan laju sangat.


















Lepas bergambar kat tapak projek dan diberi taklimat oleh jabatan TM, kita orang bertolak ke rumah anak yatim pada pukul 11am dan tiba di Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin (RAYAS), Kanchong Darat, Banting, Selangor.

RAYAS
Menang ke?
Bila sampai je, tengok ada pelawat dari MOF satu bas dan dari mana ntah tak berapa ingat. Hmmm.. ok la tu.. Lepas sejam menanti sambil dipenuhi dengan aktiviti pengumuman akan peserta yang menang jawab teka-teki, giliran kita orang pula untuk berkenal-kenalan dengan adik-adik rumah RAYAS ini.
Anak RAYAS
Pengetua RAYAS
Pengetua memperkenalkan diri (aku tak ingat nama) dan slang jawa nya masih kuat. Rupa-rupanya dia generasi kedua orang jawa... hehehe teringat kat wife aku.... Lepas dia berucap, big boss pula berucap.. lepas tu kita orang bagi derma.. dan kemudian anak-anak RAYAS persembahkan zikir dan qasidah... fuhhh hebat...
Lead Vokalis... Suara memang ada kelas
Adik ni nyanyi lagu Hijjaz - Sumaiyyah

Penuh semangat berqasidah
Saje je amik gambar.. comel gitu
Lepas habis semua, kita orang di jamu pula... rancangan asal ialah gotong royong masak.. tapi pengetua RAYAS cakap tidak sopan untuk tuan rumah suruh tetamu memasak.. alahai... baru nak tunjuk skill .. hahahaha... Masaknya simple sahaja; sup kambing, cendawan dan fishball masak kicap, dan telur dadar.. air lak ada tiga; milo ais, teh 'o panas, dan sirap... buah lak buah tembikai.. memang kelas gitu. Simple tapi cukup enak dan menyelerakan, hasil dari keikhlasan mereka... Lepas, makan, kami pun bersurai. Sempat juga bertanya mengenai kambing.. Rupanya dia orang bela sendiri dan ada untuk dijual.. Maka, kalau ada sahabat yang berkeinginan, boleh datang dan beli.. murah je.. dalam RM500 seekor. Kalau nak dibuat aqiqah pun boleh dan kalau nak masak disitu, hanya tambah RM50 sahaja untuk bahan-bahannya.. Apa lagi, 2 dalam satu.. Aqiqah dan dalam masa yang sama bagi anak-anak yatim makan :)... Hmm.. my next plan...

Anak RAYAS
Ok lah.. setakat ini je catatan pengembaraan kami.
Rumah kampung

Pulang ke rumah
Gambar lain boleh dilihat di sini.