Sunday, July 21, 2013

Ride to Kampung with my Kawasaki ER6F

Assalamualaikum dan moga semua dalam keadaan baik terutama pada bulan puasa ni.

Alhamdulillah, minggu lepas, aku akhirnya balik kampung untuk berpuasa bersama mak abah setelah tidak melakukannya hampir 10 tahun. Mungkin ini adalah permulaan untuk terus pulang menjengok mak abah setiap bulan seperti mana aku berniat ketika menaik taraf lesen moto dan motosikal aku.

Aku mula journey pada hari sabtu pada pukul 9:45pagi selepas sesi bertemu dengan ustazah tadika anak lelaki aku. Alhamdulillah, ustazah maklumkan satu perkembangan yang baik walaupun aku masih ada keraguan memandangkan sisi dia yang agak berbeda ketika berada dirumah. Walaubagaimanapun, aku tetap bangga dan berharap anak aku akan terus meningkatkan kemampuannya dalam menjadi khalifah Allah nanti.

Aku tak isi minyak sebab sudah isikan ketika pulang dari kerja beberapa hari sebelumnya. Aku isi RM20 di jalan duta.

Aku mulakan dengan mengawal kelajuan dan selepas Tapah, aku naikkan kelajuan ke sekitar 140km/h. Tiba di Ipoh, meter telah blink menunjukkan keadaan minyak yang berada pada bar terakhir. Papan muka diubah ke jarak yang boleh pergi menggunakan minyak yang ada dan tengok dalam 100km lagi. Hmm.. Aku teruskan mendaki terowong menora... Cuak juga bila tengok blinkingnya tak berhenti walau dalam keadaan menurun selepas itu. Tapi aku kawal kelajuan pada 100km/h sahaja.

Alhamdulillah, sampai kat RnR Sungai Perak. Aku pun isi full tank kat situ.. hmmm.. Dalam RM22 dah penuh. Ini bermakna, dalam tank minyak ada lebih kurang 4 liter lagi. Kalau aku maintain kelajuan mode eco, aku mungkin boleh lajak sampai ke Bukit Gantang yang terletak lebih kurang 40km je... tapi sebab tak berani.. ye lah nanti sorang-sorang tolak moto.. dah la berat.. bulan posa lak tu... hehehe..

Lebih kurang 10 minit lepas berehat, aku gerak semula. Dan, Alhamdulillah, Allah redha dengan kepulangan aku ke kampung. Diturunkan hujan selepas itu (ada yang lebat ada yang renyai) dari bukit gantang sampai ke juru sebelum hujan bersambung di perhentian Sungai Muda. Jadi, tak terasalah sangat panas nya. Kali ni aku kekalkan secara puratanya kelajuan aku pada 130km/h dan aku terkena 2 speed trap... hahahaha satu AES dan satu lagi dari polis trafik... amik ko.

Parking kat rumah mak abah
Jimat kalau mode eco
Alhamdulillah, aku selamat sampai kat rumah mak abah aku kat sungai petani dalam pukul 1:00tgh (lebih kurang la). Tengok bar minyak.. ada lagi 3 bar...hmmm jimatlah kalau bawa dalam mod eco.

Hari tu aku berbuka makan nasi dalca (atau famus di kalangan keluarga aku dengan nama nasi ganja sebab rasa dia yang sedap buat orang nak makan lagi... cuma la ni taste dia dah kureng). Nasi ni, adik pertama aku belikan di Penang (balik pulau)... so thank you my dear sister. Nanti aku nak makan kat tempat ori dia.. kut kut taste ok lagi. Happy gak berbuka bersama mak abah... Kali pertama dia orang cakap berbuka dengan nasi. hehehe...

Aku sahur pun nasi gak. makan masak lemak cili api ikan keli dengan sambal petai ikan bilis.. fuuuh.. kaw gilos.. power la.. ye lah dah lama tak pekena masakan abah aku... sekali sekala kalau dia tengah gembira, masak memang kaw-kaw sedap... tak pernah aku makan sahur bertambah... hehehehe.

Lepas solat subuh dan lepas mengaji, aku tidur jap.. hehehe nak simpan tenaga untuk balik rawang... hehehe..

Dalam kul 8.30, aku bawa mak dan mak teh (bersama abah) ke sungai petani untuk urusan keluarga. Lepas selesai, abah ajak singgah rumah mak wa (mak long).. ziarah katanya sebab dengar khabar mak wa tak sihat. Hmm.. memang kurang sihat lah.. tak dapat berdiri katanya.. mengesot je.. Moga disembuhkan Allah.

RnR Sungai Perak

Lepas tu, aku pun bertolak balik.. Dalam pukul 10 pagi. Aku isi minyak kat Petronas Sungai Petani (kat rumah mak abah aku).. Dalam RM11 je sebab dah ada 3 bar sebelumnya... Kali ini, aku pecut habis-habis (setakat yang aku berani la).. Dengan purata kelajuan 145km/h dan maksimum 175km/h, aku sampai kat RnR Sungai Perak pada pukul 11.30. Isi minyak dan rehat kejap.. Lepas tu aku sambung ride sampai Rawang. Aku masuk ikut tol rawang dan seperti sedia maklum, jam tak kira masa. Lepas isi minyak, aku gerak ke rumah dan tiba pada pukul 1:00tgh. hehehe

Rehat lepas isi minyak
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya gak ride seorang diri ke kampung. Moga-moga lepas ni diberi kekuatan untuk buat setiap bulan.

Antara pengalaman dan pemerhatian aku sepanjang ride:

  1. Laluan motosikal di Tol Juru dan Sungai Petani memang teruk. Cukup-cukup luas untuk moto aku. Kalau besar sikit, sure tak selesa nak lalu. Selain itu, kawasan laluan yang tidak rata dan teruk juga. 
  2. Aku rasa boleh laju lagi.. meter tak cecah merah... sekitar 8000rpm je.. pada kelajuan 175km/h
  3. Jimat sikit ... lagi jimat kalau dalam mode eco. Perjalanan pergi balik ini hanya RM80 secara total and tak de tol.



Itu je catatan kembara aku hari tu. Adios!!!!

Wednesday, July 10, 2013

Travelog Kembara Sahabat I (Aktiviti Syarikat Jun 2013)

Pada 29 Jun, 2013, hari sabtu, syarikat tempat aku kerja sekarang (Matrix Power Network) telah menganjurkan satu aktiviti CSR iaitu Kembara Sahabat I. Aktiviti yang merangkumi lawatan ke salah satu tapak projek jabatan TM dan lawatan ke rumah anak yatim di adakan sebagai salah satu aktiviti bulanan syarikat dalam menghasilkan satu bentuk kerjasama rohani dan jasmani serta semangat kekitaan.

Kali ini, aku hanya bawa Idlan Fitri sahaja memandangkan isteri aku bersama-sama anak yang lain mengikuti mertua aku menghadiri kenduri saudara di Perak. Aku sengaja bawa anak lelaki aku bagi memastikan aku dapat meluangkan masa dengannya secara man-to-man. Kalau tidak, kebanyakkan masa dipenuhi oleh perempuan je (mak, kakak dan adik-adik).

Aku gerak dari rumah dalam pukul 7.30pg dan tiba di pejabat pukul 8.30pg. Lepas daftar, terus 'sappeded' @ sarapan dulu. Nasi lemak tu.. fuuhhh..


Big boss sampai dalam pukul 9pg dan kembara bermula dalam pukul 9:15pg. Aku hanya mengekor dari belakang je.. manakala peserta utama (yang ada stiker kereta) kena jawab soalan teka-teki... hahaha..

Dalam perjalanan, terlihat satu rombongan berbasikal.. dari sekecil budak, sampai lah sebesar badan aku.. 'larat ke bang' .. hehehe.. kalau aku mau semput dah...

Susah juga nak cari tempat pit-stop pertama yakni tapak projek jabatan TM. Sudah la tu, tak de peta. Aku hanya mengekori mana-mana kereta peserta ... last-last, ikut gerak hati sampai jumpa balik ngan kereta big boss... hahaha...

Tiba di tapak projek dalam pukul 10.30pg. Paling best ialah melintasi dua tempat yang nampak tidak sesuai yakni sungai raba dan sungai arak... hmm terlintas dalam kepala, 'mula tiba di sungai arak, bila mabuk, pergi sungai raba.. dah puas meraba, batang berjuntai keluar... lepas tu... hahahaha'.. nasib baik tempat 'Batang Berjuntai' sudah ditukar nama ke 'Bestari Jaya'... hmmm dua sungai lagi tu tak nak tukar ke?

Jln Sg. Arak
Menanti peserta lain
Agak lama juga menanti peserta terakhir.. sempat la perabih nasi lemak yang masih berbaki, dimulakan oleh big boss...

Anak aku
Kat tapak projek





Marshall belakang lak tiba dulu. Rupa-rupanya, peserta yang lewat terlajak ke morib. Hmm.. pengalaman pertama.. marshall depan tak tunggu dan laju sangat.


















Lepas bergambar kat tapak projek dan diberi taklimat oleh jabatan TM, kita orang bertolak ke rumah anak yatim pada pukul 11am dan tiba di Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin (RAYAS), Kanchong Darat, Banting, Selangor.

RAYAS
Menang ke?
Bila sampai je, tengok ada pelawat dari MOF satu bas dan dari mana ntah tak berapa ingat. Hmmm.. ok la tu.. Lepas sejam menanti sambil dipenuhi dengan aktiviti pengumuman akan peserta yang menang jawab teka-teki, giliran kita orang pula untuk berkenal-kenalan dengan adik-adik rumah RAYAS ini.
Anak RAYAS
Pengetua RAYAS
Pengetua memperkenalkan diri (aku tak ingat nama) dan slang jawa nya masih kuat. Rupa-rupanya dia generasi kedua orang jawa... hehehe teringat kat wife aku.... Lepas dia berucap, big boss pula berucap.. lepas tu kita orang bagi derma.. dan kemudian anak-anak RAYAS persembahkan zikir dan qasidah... fuhhh hebat...
Lead Vokalis... Suara memang ada kelas
Adik ni nyanyi lagu Hijjaz - Sumaiyyah

Penuh semangat berqasidah
Saje je amik gambar.. comel gitu
Lepas habis semua, kita orang di jamu pula... rancangan asal ialah gotong royong masak.. tapi pengetua RAYAS cakap tidak sopan untuk tuan rumah suruh tetamu memasak.. alahai... baru nak tunjuk skill .. hahahaha... Masaknya simple sahaja; sup kambing, cendawan dan fishball masak kicap, dan telur dadar.. air lak ada tiga; milo ais, teh 'o panas, dan sirap... buah lak buah tembikai.. memang kelas gitu. Simple tapi cukup enak dan menyelerakan, hasil dari keikhlasan mereka... Lepas, makan, kami pun bersurai. Sempat juga bertanya mengenai kambing.. Rupanya dia orang bela sendiri dan ada untuk dijual.. Maka, kalau ada sahabat yang berkeinginan, boleh datang dan beli.. murah je.. dalam RM500 seekor. Kalau nak dibuat aqiqah pun boleh dan kalau nak masak disitu, hanya tambah RM50 sahaja untuk bahan-bahannya.. Apa lagi, 2 dalam satu.. Aqiqah dan dalam masa yang sama bagi anak-anak yatim makan :)... Hmm.. my next plan...

Anak RAYAS
Ok lah.. setakat ini je catatan pengembaraan kami.
Rumah kampung

Pulang ke rumah
Gambar lain boleh dilihat di sini.

Sunday, July 7, 2013

Aktiviti Keluarga - Menonton Wayang dan Teater

2 minggu lepas, pada hari sabtu, 21hb Jun 2013, aku tunaikan janjiku pada anak-anak. Membawa mereka untuk menonton wayang 'Monster University' dan Teater "Penunggu Laut".

Beberapa hari sebelumnya, aku booking ticket wayang secara online. Senang dan siap boleh pilih seat lagi. Kos pun lagi murah. Dalam RM40 je. Cuma tiket teater je aku tak booked. The plan is simple.. Keluar gi breakfast dalam kul 9pagi, pastu gi ke TGV Cinema kat AEON Rawang... :)

Sampai je situ, fullamak, ramai juga ibu-bapa yang bawa anak-anak mereka. Hmmm.. cuti sekolah kut. Aku terus pergi ke bahagian booking dan ambil tiket. Isteri lak, awal-awal lagi dah cakap nak beli Family Combo bertih jagung.

Ok lah cerita ni. Menyeronokkan dan banyak unsur moral yang dipelajari oleh anak-anak aku seperti:

  1. Matlamat tidak menghalalkan cara - Jangan menipu walaupun nak menang
  2. Orang yang jujur tidak akan terima kemenangan hasil dari penipuan
  3. Berusaha bersungguh dan berterusan tangga kejayaan
  4. Tidak putus asa - Sentiasa memulakan langkah baru andai langkah sebelumnya tersekat. Setiap pintu ditutup, ada 99 pintu lagi dibuka.
  5. dan banyak lagi.


Lepas habis tengok movie, kita orang pergi ke Tesco untuk beli barang rumah dan pulang ke rumah dalam pukul 4 petang. huh... satu hari berjalan.

Malam pula, aktiviti keluarga diteruskan dengan menonton teater 'Penunggu Laut' yang dilakon-layarkan oleh pelajar tahap 2 SKBTP1. Hmmm... Is it fun? Yup.. aktiviti tu memang mengembirakan... tetapi teater kali ini agak membosankan berbanding teater 'Air Mata Ibu' yang pernah dipersembahkan awal tahun ini. Sebelumnya, anak-anak aku kaku melihat dan ada yang menangis... tetapi, untuk teater kali ini, unsur seram dan unsur pengajaran/moral yang dinantikan tidak wujud. Terlalu banyak unsur bollywood (sekejap-sekejap nyanyi... bosan tul). Malah, agak keliru serta kesudahan yang seperti tergantung. Namun begitu, sekalung tahniah kerana mempersembahkan satu cabang seni yang semakin mendapat tempat di Malaysia. Cuma, kena improve dari segi jalan cerita dan skrip yang ummph.

Sunday, June 16, 2013

Princess Yah & Princes Syasya :)

Minggu lepas, 8hb Jun, 2013 adalah hari perkahwinan anak ibu @ pengasuh anak-anak aku. Anak-anak aku terutamanya Syasya sudah pun seperti sebahagian dari keluarga ibu. Apa tidaknya, adakalanya selamba je tidur sana. Ikut dia orang pergi berjalan termasuk ke Genting Highlands ntah berapa kali dah. Aku sendiri pun tak naik lagi.. Setakat lalu je. Itu pun sebab nak pergi Kelantan.

Di pendek kan cerita, si ibu ni belikan baju gaun ala-ala princess termasuk sekali dengan kasut. Syasya lah yang paling complete hingga ke kasut sekali. hahaha. Dari pagi lagi dia orang dah ada kat sana. Siap berpakaian. Sempat la aku ambil beberapa shots gambar dia orang buat kenangan.

Maka inilah gambar puteri-puteriku yang dua orang ni yang diapit oleh heroku .. Idlan



Macho seorang hero

Princess Yah

Princess Syasya

Disamping pengantin

Mengiringi pengantin

Princess Sofi

Band yang memang ummmph la..

Tempat bersanding

Hero & 2 princess ... belakang kiri (baju biru) ialah ibu

Sunday, June 2, 2013

Kembara Dunia Petrosains

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 31 Mei 2013, aku akhirnya dapat merealisasikan impian anak-anak untuk mengunjungi Petrosains di KLCC. Pada yang belum pernah pergi, boleh rujuk peta lokasi di sini.

Dan kebetulan kali ini ada pameran Sultan of Sciences. Maka, aku ambil kesempatan cuti sekolah dan dengan perancangan yang tidak teratur (last minute ambil cuti ... nasib baik bos benarkan) untuk melawat Petrosains.

Mula nak booking online, tapi malangnya tidak wujud. Sesuatu yang amat dikesali didalam era teknologi tanpa batas ini, Petrosains masih ketinggalan dari aplikasikan sistem ticket online. Begitu juga dengan sistem talian suara (telephone) yang gagal sama sekali. Dari pagi sampai ke petang aku talifon. Dapat masuk beberapa kali.. tetapi selepas dimaklumkan bahawa tempahan diterima (sedangkan aku belum buat tempahan), sistem menyambungkan aku pada jurucakap yang sehingga sudah tidak berangkat talifonnya. Hmmmm... Satu lagi masalah ketara Petrosains. Masa disana, bila ditanya, jawapan lazim yang diberi ialah talian agak sibuk. hmmm... sibuk tetapi aku dapat masuk.. cuma tidak dijawap... hmmm...

Apa pun, ia tidak melemahkan semangat aku untuk bawa anak-anak menghayati apa itu sains dan Petrosains.

Menanti depat pintu
Depan Petrosains
Kami sekeluarga gerak seawal jam 7.30pg sebab aku nak tiba sebelum pukul 9.30 pagi (waktu beroperasi) bagi membolehkan aku membeli tiket dengan kadar segera. Sampai kat KLCC dalam pukul 9:00am. Dapat parking baik punya.

Naik je, terus cari tempat nak breakfast. Ala kadar je. Lepas tu terus kita orang pergi ke Petrosains. Menunggu masuk. Dah ada orang menunggu dah. hmmm...

Aku pun menanti gak... awal sangat
Tepat pukul 9.30am, pintu dibuka dan aku meluru masuk untuk beli tiket. Kena dalam RM57 (2 dewasa dan 3 kanak-kanak.. bayi hingga umur 2 tahun tak kira).

Sebelum naik sfera melalui dunia purba
Mulanya kami masuk Petrosains. Bermula dengan naik bebola bulat tu melalui terowong masa katanya (kembali ke dunia purba kata orang tu). Hmm.. sudah le gelap. Apa yang dicakap pun aku tak berapa dengar. Paparan yang dipaparkan pun sekadar boleh la. Tidak mampu untuk menarik perhatian anak aku melainkan kecantikan dan grafik yang cantik sahaja.

Cuba angin taufan peringkat angin kuat
Sampai je kat destinasi (ambil masa lama gak.. sampai bosan aku dan anak-anak). Kami bermula dengan melihat beberapa bahan pameran. Yang menarik ialah merasai angin taufan dalam pintu gelas.

Kemudian aku melihat anak aku buat pelbagai aktiviti. Siap menikmati gegaran gempa bumi lagi tu. Cuma paparannya agak kurang menarik bagi anak aku. Sebab dia orang dah rasa bosan lepas beberapa aktiviti. Hinggalah kita orang sampai ke tempat math magic yang menempatkan sesorang anak muda untuk ajar mengenai sains. Athirah mengambil bahagian dan kali ini, diajar untuk membuat air berkarbonat menggunakan ais kering :).

Tekan aje lah...
Cubaan menangkap bola.. aktiviti yang ok...
Lepas tu, mereka mencuba beberapa acara. Kami tiba disatu bahagian yang agak menarik berbanding sebelumnya. Ada lebih banyak aktiviti. Apa yang aku kesalkan ialah beberapa alat aktiviti seperti membina kereta lumba dari lego sudah hilang. Nak buat satu kereta pun tak cukup. Selain dari itu, aktiviti kali ini di kuasai oleh satu kumpulan yang lihat dari bajunya ialah dari Permata Negara. Tetapi, paling teruk ialah pemuda-pemudi yang mengiringi mereka. Pengiring ini yang sepatutnya menyusun dan memastikan budak-budak ini mengikut giliran dan pergerakan mereka tersusun tetapi mereka pula yang lebih-lebih dalam mencuba pelbagai benda seperti membaling bola (test kelajuan), meluncur ais, dan memandu kereta F1. Tension aku dengan anak-anak. Sudah la sebahagian dari perkakasan sudah rosak. Ditambah pula dengan gelagat bebudak dan pengiring yang tidak teratur. Menjadikan ia satu aktiviti yang aku tidak puas hati dan terasa tidak berbaloi membayar. Aku harap Petrosains lepas ini akan memastikan pameran yang lebih menarik, perkakasan berfungsi dengan baik, serta menghadkan jumlah orang bagi satu-satu masa. Online ticket booking dan cara kawal jumlah orang patut ada dan efisien.

Athirah memerah otak... ha alih cepat tiang tu..
Kami keluar dari Petrosains lepas melalui beberapa aktiviti yang anak aku tak boleh buat sebab tak cukup tinggi (sorang je tak cukup tapi tak kan nak tinggalkan.. jadi tak buat la semuanya). Kami tiba dipintu keluar pada pukul 12tgh.

Korek.. jgn tak korek biji besi tu..
Syasya pun bolehla abah... hehehe
Idlan mencuba.. kakak tumpang sekaki.
Abah nak baring la idlan... 
Soffiya konpius.. eeehhh banyak nya muka aku...
Dinasor yang sambut kita orang dan bagi tau dia antara penyumbang pada terjadinya petroleum.. hahaha
Ntah game apa anak aku try ni pun aku dah tak ingat...
Cuba rasai gegaran gempa bumi... hmmm..
Aktiviti magnet
Aktiviti magnet juga
Kakak cuba membuat air berkarbonat
Inilah hasilnya bila ais kering campur air... eeee sejuknya 
Kakak cuba hasil air yang dia buat dengan brader  sains.
Idlan cuba game maya
Aktiviti bola luncur...
Mari belajar silap mata...
Aktiviti yang budak suka.. tapi berebut dengan anak orang lain yang tak reti ikut giliran... 
Dahaga la abah.. minum jap aaa..
Di atas pentas pameran Sultan of Sciences
Lepas itu, kami terus menerokai pula pameran Sultan of Sciences. Hmmm.. Pamerannya agak menarik tetapi, malangnya agak suram dari segi presentation dan juga daya tarikan. Agak merugikan juga kerana kami terlepas akan satu aktiviti di pameran ini. Sesi berikutnya ialah pukul 4.30 petang. Hmmm...

Lepas je dari situ, semua terus pergi melepak di taman KLCC sementara aku solat Jumaat di Masjid KLCC. Itu merupakan penutup pada kembara keluarga kali ini.
Belajar teori lubang air

Belajar taktik memotong yang mengelirukan
Kesimpulannya... Kembara kali ini agak membosankan kerana anak aku tidak berminat kepada sains yang berkaitan dengan petroleum serta sains secara amnya. Hmm.. lepas ni nak bawa dia orang melawat balai seni pula dan lihat sama ada jiwa mereka lebih kepada seni atau sains :).

Kagum dengan kebijaksanaan saintis ISLAM.. lupa lak aku sapa yang buat ni.
Gambar kenangan...
Tiket masuk :)
Balik dari tu, aku singgah jumpa bro An (tempat aku hantar motor untuk servis) .. tanya pasal harga moto er6-f .. kut la dapat special harga ke.. hmmm hancus.. anak aku lak sibuk dengan moto kecik :)...

Amacam abah... ada berani :)