Saturday, June 16, 2012

Selamat Hari Bapa - Dari Athirah

Pagi tadi anak aku cakap ada surprise.. aku cakap apa dia... dia kata semalam nak bagi tapi aku balik lambat.. so dia bagi hari ini.

Rupa-rupanya a note of love from her to me...


Abah sayang athirah juga :)

Sunday, June 10, 2012

Cuti-cuti sekolah - Pulang ke kampung

Athirah berehat kat hotel
Setelah hampir berbulan tidak pulang ke kampung, pada cuti sekolah kali ini, aku ambil kesempatan untuk pulang ke kampung menjenguk mak abah di kampung. Selain itu, aku ambil kesempatan kerana projek yang dilaksanakan baru sahaja melangkah ke bahagian terakhir.


Makan kuih raya pemberian ibu (pengasuh) di hotel
Hari pertama kami bertolak seawal jamp 7.30 pagi dan tiba di rumah mak abah pada pukul 12.30 tgh. Alhamdulillah, ketibaan kami disambut dengan mak yang baru selesai mandi dan abah yang baru selesai memasak. OK.. terus makan tengahari bersama keluarga. Kami berehat dan bersembang. Tepat jam 3 petang, kami sekeluarga beransur ke hotel El-Zahraa In (milik HPA) yang terletak di tengah bandar sungai petani. Hotel ini amat sesuai pada yang ingin bermalam dalam keadaan selesa dan budget yang sederhana. Cuma masalah parking dan ketiadaan sarapan sahaja yang mungkin menjejaskan sedikit tetapi cukup sempurna bagi keluarga aku.



Esoknya, dalam pukul 10 pagi aku ke rumah mak abah lagi. Abah baru selesai memasak makan tengahari ketika aku tiba. Seperti dirancang, dalam pukul 11.30, aku bersama isteri dan anak-anak aku (kecuali athirah yang tak mahu masuk hutan) dan abah dan seorang pekerja balak indon bertolak ke dusun milik abah aku. Musim buah lah katakan. Durian tak berapa menjadi tapi rambutan dan manggis cukup banyak. Rambai dan langsat juga masih belum masak.
ada daun kat atas manggis (di panggil pucuk stong) sesuai untuk ubat kencing manis (kata abah aku)

Abah tengah membuang daun yang dah tua

Abah @ tok wan memetik rambutan sambil diperhatikan anak lelaki aku

Idlan, isteri, dan syasya dalam dusun tengah kutip manggis

Hasil kutipan pada hari itu

Rambutan seguni


Apa lagi, mengait dan mengutiplah kerjanya. Hasilnya, 2 guni manggis, 1 guni rambutan, dan 4 tandan pisang diturunkan. Hmm... sebahagiannya aku bawa pulang dan berikan pada jiran.

Manggis untuk dimakan dan dijual


Kolam renang kat Swiss-In Sungai Petani
Lepas tengahari, aku check-in kat swiss-in sungai petani. Hotel yang selalu menjadi pilihan keluarga ku untuk bermalam kerana harga yang ditawarkan berbaloi selain dari pandangan yang ok (mengadap kolam renang) dan sarapan yang memang sedaplah. Makan malam dia pun ok.

Esoknya, aku pergi ke rumah mak abah... lepak sekejap.. lepas tu solat jumaat. Dalam pukul tiga, aku bawa anak-anak ke Sunway Carnival Mall, tempat abang aku bekerja. Kami tengok Madagaskar 3... Anak aku enjoy sampai salah sorang terkentut dan terbuang air besar (nasib baik sikit je) kerana tergelak tengok aksi binatang. Lepas itu kita orang makan malam kat situ juga. Dalam pukul 8.30 mlm, aku balik ke hotel.
Kolam renang kanak-kanak ada gelonsor lagi tu..











ari sabtu, sebelum pulang, aku singgah rumah mak abah... dok kejap dan makan tengahari bersama. Lepas sembang, dalam pukul 2ptg, aku bertolak balik. Dan Alhamdulillah, abah aku masih ada barannya tetapi sudah berkurangan sedikit. Kena control bila balik bercakap... :) Mak aku pula seperti biasa, penuh bersemangat walaupun hakikatnya kurang sihat.





Dari dalam bilik (lepas ni kena amik 2 bilik la)





Moga aku masih berkesempatan untuk bersama mereka hingga anak aku membesar dan kahwin :)

Sunday, June 3, 2012

Bilik Idaman Athirah

Isteri aku dok suruh aku rancang dan mula sediakan bilik anak-anak. Buat masa sekarang, semuanya tidur sekali dalam master-bed room.. maklumlah, bilik tu pun besor. Tapi, kerana nak ada sorang lagi anak dan juga kena start train dia orang untuk ada bilik sendiri, maka kena start rancang lah.

Aku pun plan tapi tak leh nak execute lagi sebab kewangan tidak izinkan lagi. Nak renovate bukan sikit ooo...  Tapi anak aku yang sulong ni memang excited teramat. Siap dah berikan aku pelan bilik serta apa yang dia nak.... hehehe... advance sungguh..

Tengoklah pelan dia ni.. (klik kat gambar tu kalau nak tau apa dia nak)


Wednesday, May 16, 2012

Tinggal Kenangan

Hari ahad lepas aku tengok cerita Jidin Sengal kat rumah... setelah mencari-cari dan ada orang promote... Pada 1/3 dari cerita itu, adalah lagu Tinggal Kenangan dari Saleem. Dengan suara serak basah Saleem dan kena pula dengan jalan cerita ketika itu, memang tangkap lentoq la... tapi dalam masa sama aku terdengar suara latar disebelah komputer aku. Tengok-tengok, anak perempuan aku (yang baru umur 7 tahun... anak sulong aku).. menyanyikan sama lagu ni... kononya bersedihlah tu sebab berpisah ngan 'boyfriend cinta monyet' nya masa di tadika tahun lepas... Anyway.. lagu ni memang best... teringat aku kisah lama... hehehehe

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Chorus
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Ulang Chorus 2X

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan




Tuesday, May 1, 2012

What does not kill you will make you stronger

Last friday is the complete cycle of 1 month as manager. Within this short time period, I've actually learn a lot more than being a team leader for the past few years. When you are a team leader, your circle of information, task delegation, etc is only within the team and project. You hardly involves in management type of work such as negotiation (there is but very minor), contract discussion, planning, middle-man between the team, supplier, and customer, and many mores.

It is a tough job and I'd never expected this tough although it is a small company. It get even tougher when it is really new environment. Added with managing and leadership skill that I need to learn is also new things related to this works which absolutely different world than I had before. I almost felt quitting the job when think of the burden that I carried at the moment. Luckily when I when back home, my lovely wife (whom always listen to my complaint) mention to me that this will make me stronger if I can survived ... hmmm..



"What does not kill you will make you stronger" - Friedrich Nietzsche 


"To live is to suffer, to survive is to find some meaning in the suffering" - Friedrich Nietzsche 

Sunday, April 22, 2012

Kecerian dari perspektif seorang anak

Antara kesemua anak aku (tidak termasuk yang didalam kandungan isteri yang aku sayangi ketika ini), anak sulong aku mewarisi kesukaan aku iaitu seni lukis (walaupun yang lain minat juga). Dari kecil lagi, bakat terpendamnya dalam melukis dapat dilihat pada dinding-dinding didalam rumah aku. Sengaja aku biarkan mereka menconteng di dinding untuk lihat kemampuan mereka berfikir secara kreatif. Ini merupakan lukisan terbaru anak sulong aku... ... mengambarkan akan dirinya seorang 'princess' bersama bapanya yang kurus (walaupun hakikatnya berlawanan) dan mamanya yang tengah pregnant... hehehe...

Sunday, April 15, 2012

Three busy week

Since I start my work as manager, I never anticipate that the work are this heavy. Leading a group of people for project based and reports to a manager is far different compare to leading a team of people doing project and reports to higher management. You need to manage your team, higher management, client, vendor, and collaborators and you need to plan many things related to this five groups of people.

Compare to lead a team which you reports only project related and only focus on your team, this really requires many other skills which I'm still developing it.

Really hope that Allah may guide my towards this so that I can be a good khalifah within my scope of work.