Sunday, April 22, 2012

Kecerian dari perspektif seorang anak

Antara kesemua anak aku (tidak termasuk yang didalam kandungan isteri yang aku sayangi ketika ini), anak sulong aku mewarisi kesukaan aku iaitu seni lukis (walaupun yang lain minat juga). Dari kecil lagi, bakat terpendamnya dalam melukis dapat dilihat pada dinding-dinding didalam rumah aku. Sengaja aku biarkan mereka menconteng di dinding untuk lihat kemampuan mereka berfikir secara kreatif. Ini merupakan lukisan terbaru anak sulong aku... ... mengambarkan akan dirinya seorang 'princess' bersama bapanya yang kurus (walaupun hakikatnya berlawanan) dan mamanya yang tengah pregnant... hehehe...

Sunday, April 15, 2012

Three busy week

Since I start my work as manager, I never anticipate that the work are this heavy. Leading a group of people for project based and reports to a manager is far different compare to leading a team of people doing project and reports to higher management. You need to manage your team, higher management, client, vendor, and collaborators and you need to plan many things related to this five groups of people.

Compare to lead a team which you reports only project related and only focus on your team, this really requires many other skills which I'm still developing it.

Really hope that Allah may guide my towards this so that I can be a good khalifah within my scope of work.

Saturday, April 7, 2012

Jamuan Kesyukuran Ofis

Kat bilik aku (idlan fitri dan isteri)
Alhamdulillah, semalam aku hadiri jamuan kesyukuran sebagai sebahagian dari keluarga besar syarikat tempat aku bekerja. Keseluruhan anggota keluarga aku hadir. Aku balik dalam pukul 12 tengahari dan solat jumaat di rumah. Selepas solat, aku ambil anak-anak dari rumah pengasuh. Dalam pukul 4petang, keluar bersama anak-anak dan ambil isteri di UKM. Sampai di opis pada pukul 7.10mlm.

Syasya kat meja aku
Walaupun baru 2 minggu bekerja di syarikat ini, penerimaan dari rakan-rakan sekerja, alhamdulillah cukup baik. Begitu juga dengan pihak majikan. Dan ini pertama kali aku hadiri satu majlis kesyukuran dimana pihak atasan datang secara ala-kadar. Malahan MD syarikat hadir dengan hanya berkain pelikat dan berbaju melayu. Cukup berbeza dengan senario di syarikat lain yang aku pernah bekerja.

Kakak test jadi bos
Inilah pertama kali solat aku disesebuah syarikat, orang paling atas didalam syarikat bukan setakat menjadi khalifah didalam syarikat, malah menjadi imam dalam solat maghrib dan isya' serta mampu membawa majlis bacaan yassin.

MD (berbaju putih) bersama Finance Director membaca yassin
Majlis yang dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, kemudian di sertakan dengan bacaan Yassin dan disambung dengan Selawat dan Qasidah yang juga dipimpin oleh salah seorang staf opis bersama beberapa rakan selawatnya. Kemudian, solat isya berjemaah sebelum majlis makan bersama.

Selepas makan, syarikat mengadakan satu forum bertajul 'Apa ertinya saya menjadi hamba yang bersyukur' dimana ahli panelnya ialah Ybhg Ustaz Dr Zulkifli Mohammad AlBakri (Penulis buku Hadis Modal Insan dan seorang ustaz yang selalu ke udara di Radio IKIM.fm) bersama MD syarikat dan di selia oleh moderator yang juga staf syarikat. Pelbagai ilmu dikongsi bersama berkenaan menjadi hamba yang bersyukur. Yang pastinya, selepas itu isteri aku sound ... katanya 'sesuai lah masuk ofis ni.. belajar jadi bersyukur sikit'..  hehehehe.. InsyaAllah, satu langkah besar dalam diari kehidupan aku.


Sebahagian ahli keluarga sembang lepas makan

Forum Perdana

Anak-anak main sementara tunggu masa makan

Main belon.. suka teramat dia orang
Kakak tengah cari belon

Qasidah sebelum isya'
Yang pasti, aku sampai rumah kul 12.30 mlm... dan pagi ni anak aku tanya bila nak pergi ofis lagi... seronok main belon la tu



Wednesday, April 4, 2012

Luahan hati isteriku

Ntah kenapa, pagi ini isteriku tersayang menghantar email. Hanya sebaris ayat mengatakan akan isi hatinya bersama dengan link pada satu video nyanyian Yuna.


Very touching...

Kepada Sayangku,

Cintaku pada mu tidak akan luput ditelan zaman walau ada masanya nakal ku kembali...
Sayangku pada mu hanya Allah sahaja yang tahu
Kasihku pada mu walau selepas ibuku tetapi sentiasa disitu tidak berubah
Moga dirimu kekal menjadi teman hidupku di dunia dan di akhirat menikmati bersama syurga Allah.

Dan jawapan suamimu sayang..



Monday, April 2, 2012

Sukaneka Tadika Al-Farabi

Hari ahad (semalam), 2 April 2012, Tadika Al-Farabi (tadika anak aku bersekolah), telah mengadakan sukaneka. Sebenarnya konpius juga sebab sukanekanya agak awal berbanding tadika lain. Tapi tak kisahlah asalkan dapat lihat anak lelaki aku 'compete' dan bagi 'full support' kat dia.

Sampai tu dia senyap je, tapi bila dah jumpa kawan, lupa pasal mama ngan abah dia. Aku lak, lepak menanti saat bermula. Anak aku masuk 2 acara (semua budak yang hadir masuk 2 acara) dan mungkin juga kurang bernasib baik sebab ramai bebudak ni pantang ada mak bapak, terus jadi lembik, tak semangat, nangis la... maka team anak aku (rumah hijau untuk 5 tahun) hanya dapat tempat ke-4 (acara pertama) dan ke-3 (acara kedua.. sedikit penambah-baikan). Geram pun ada tengok bebudak lain nyer perangai. Huh.. tak pe lah anak abah... next time kita cari team yang boleh bagi komitmen tinggi dan ada semangat nak menang.

Pulun anak abah pulun... pulun sampai berjaya dunia dan akhirat.

Sempat le aku amik beberapa gambar untuk kenangan....
Idlan fitri bersama kawan baiknya

Ustazah anak aku sedang uruskan pendaftaran

Tengoklah dua kawan baik ni...

Penyokong setia .. kakak, adik, dan mama (mama tu dah bosan la tu)

Beratur untuk mulakan aktiviti peratama

Selepas persembahan.. bersama rakan sekelas...

Pease (stail anak aku cakap)

Bergerak untuk aktiviti pertama
Membaca ikrar... hebatlah budak ni.. moga diteruskan semangatmu

Senaman pagi sambil menyanyikan lagu arab lah (abah dia tak paham.. keh keh keh)

Membawa apa ntah atas kepala (acara kedua) sambil diberi semangat oleh kakaknya

syasya sibuk nak tunjuk skil berlari.. tension la tu tengok kakak-kakak yang masuk acara lembik je.

Acara pertama ni.. lari dalam guni pastu lari bawa bola pingpong dengan sudu

Senaman ringkas sebelum acara sebenar

Menahan panas pancaran matahari pagi sambil membaca ikrar
Rehat sebentar menanti acara berikutnya

Acara untuk budak umur 6 tahun

Pandangan jauh melalui kon untuk acara budak umur 6 tahun

Masa menjamu selera

Gembira dapat hadiah... cayalah anak abah... teruskan tapi lebih cemerlang kay...


Tuesday, March 27, 2012

New Place New Environment New Experience

Yesterday, 26 March 2012, I reported for duty for the first day at new company called Matrix Power Network Sdn Bhd (located at Seksyen 13, Bangi, Selangor). It is the first job after 3 months of jobless at home and dozen of interview (and had to reject ones due to already accepted this and had to pull-out my application from Quintix which called me for interview yesterday). Sorry Quintix and Digital Five.. I've make-up my mind and choose this local company. May Allah give me barakah.

Why am I choosing a company that has nothing to do with my previous experience? Before that, the salary is equivalent to previous salary and not because I'm jobless and not because the offer the best. The reason was this is the opportunity for me to start new phases in my life. I'm giving the opportunity to lead a team of engineer. This is something I'm looking for after being in the programming field for more than 10 years and lead few project. On top of that, I'm gaining new knowledge which definitely give me an advantage to move forward and its prove that I'm a versatile person :)

Anyway.... wish me luck friends...

Cinta Monyet @ Poyo

Beberapa hari lepas aku nampak satu kertas yang dilipat kecil dan diletakkan sebelah meja aku. Masa nak buang aku buka sekejap dan lihat... lalu terpandanglah lakaran anak aku akan dirinya bersama 'kekasih'nya yang dikenali tahun lepas ketika sama-sama menuntut di tadika. Huh... begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru sangat aku dukung anak sulong aku ini. Kini sudah matang dan mula ber'cinta'. Sungguh hebat perasaan yang Allah bagi pada setiap insan. Perasaan ingin disayangi yang dikenali dengan nama C.I.N.T.A ...
Tengoklah lakarannya dibawah ini....
keh keh keh... apakan daya... like father like daughter... keh keh keh... kalau jadi macam ni kat korang, apa korang cakap kat anak korang yang tengah 'asyik' melayan perasaan tu?