Wednesday, September 22, 2010

Aidilfitri 2010 @ Felda Hot Spring, Sungai Klah, Perak

7 Syawal, aku sekeluarga bersama dengan keluarga mertua aku, termasuklah abg ipar dan kak ipar dan anak2 dia org pergi bercuti raya di Felda Hot Spring, Sungai Klah, Perak. Satu percutian yang aku gambarkan dan kemudian direalisasikan oleh abg ipar aku, Fattah. Agak sedih sikit sebab Abg Fattah dan Kak Min tak boleh join last minute sebab kena pulang ke kampung kerana masalah kesihatan bapa mertuanya. Walau bagaimanapun, terima kasih bebanyak brother for making this happen. :)

Salah satu villa di Felda Hot Spring
Percutian ini agak menyeronokkan... anak aku suka teramat... mandi kolam panas la, kolam jakuzi la.. kolam air gunung la... aku, abg ipar (helmi) & adik ipar (acap & azel) siap main ATV lagi.. first time naik... susah juga ye nak kawal. Anyway... this is a fun and enjoyable trip... Kurang dia satu je.. makanannya kureng enak. Yang lain, memang kelas lah...

Ini ada sebahagian gambar yg aku ambil ketika disana...
Di depan villa cafe (Sayang dan 3 org anakku)
Di depan tasik air gunung

Di salah satu punca air panas... :)

Aidilfitri 2010 @ Sungai Petani

Tahun ni beraya di sungai petani. Agak kurang menyeronokkan. Bukan kerana aku tidak gembira pulang berjumpa mak abah... tetapi kerana tahun ini, bonus tiada, maka perayaan kali ini agak suram memandangkan aku terpaksa berjimat cermat. Malah pakaian raya isteri dan anakku pun tidak dibeli. Dan tiada sumbangan aku berikan pada kedua orang tuaku... Sedih sangat.

Ini juga kali pertama aku menetap di hotel kepunyaan HPA... El-Zahra Inn dan juga Cinta Sayang Resort. Komen terhadap hotel ini telah aku berikan pada blog aku mengutuk (baca disini)

Sini ada beberapa gambar aku ambil bersama kaum kerabat ku ketika raya

mak kat belakang tgh duduk atas kerusi.. didepan ni adik ipar aku dengan anak menakan dia..



sebelah kanan ialah bapa aku... dan yg pakai baju biru tu, pak tam aku... lokasi ialah di atas pangkin depan rumah pak tam






Ni lak isteri tersayang dengan anakku yg ketiga.. Batrisya...




Ni anak sulong dan anak lelaki aku bersama tok usu dia org...

Thursday, June 3, 2010

she can stand and walk

Looking at my latest baby... how fast she developed... She can now stand on her own although it was only for few seconds and try to walk. Even she can go up to our second floor on her own. Wow... that was too fast my dear... :)
Compare to her elder brother and sister, she is way too fast.

Tuesday, September 15, 2009

Batrisya nama anak ku

Satu hari mencari nama... banyak juga yang aku list kan utk dipilih... aku ingat nak namakan anakku Nur Zahirah yang bermaksud cahaya kecemerlangan. tetapi bini aku tak suka... sebab katanya tak moden... ok lah... kali ini aku serahkan padanya untuk memilih nama setelah 2 anak pertama aku berikan.
Dia pilih Batrisya.. cari maknanya... tak jumpa... melainkan satu sahaja laman sesawang yang memberi makna yang cerdik atau pandai... Harapnya betullah tu...
Apa pun, aku dah daftar dah... so kalau nak tukar pun dah tak leh dah... hmmm.... Batrisya nampaknya disayangi oleh kedua abang dan kakaknya.. Berebut mereka untuk bermain dan mencium adik mereka ini... Harapnya kasih sayang ini hingga ke akhir hayat...

Sunday, September 13, 2009

My new baby....




Thursday.. 10th September 2009 at 5.05 pm (Malaysian GMT)... Alhamdulillah, my wife delivered our new baby.. a girl.
I'm very happy person when received call from the nurse at the hospital. Although I really want to spent time with my wife at the delivery room, but due to h1n1, I can only wait outside.
This is my new baby face...




hmmmm like me aaa

Monday, August 3, 2009

2 + 1 ... :)

Tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran anakku yang ketiga. Tinggal lebih kurang sebulan lagi untuk aku lihat anak ketiga aku dilahirkan ke dunia oleh isteriku yang tersayang... hmm kebetulan lak tu.. insyaAllah aku dpt bonus... boleh le bagi dia org selesa sikit.

Anak sulong aku sekarang makin petah bercakap.. kesian mbah-mbah dia tu... dah tak makan saman pun ye gak.. cuma ngan mak bapak dia, dia masih dgr cakap la.. tak berani nak lebih lebih ckp... kelakar pun iye gak tgk dia menjawap bila mbah dia soalkan tindakan dia tu... siap pandai memerintah lagi tu... tersenyum.. tp dlm masa sama sebagai peringatan agar aku tidak sia-siakan kebijaksanaan dia dan juga tidak melampau memberikan kebebasan dia sehingga langgar segala adab sopan serta tingkah laku seorang muslim..

Anak lelaki aku lak.. bijak juga.. dan sudah pandai meminta dan memahami... malah lebih rajin dibandingkan dengan kakaknya.. cuma agak slow sikit dalam hal-hal bercakap ni... mungkin sebab dia ikut aku kut... :)

Apa pun... Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan aku rezeki serta berkat yang tidak terkira ini...

Thursday, May 21, 2009

Anak-Anak...

Seronok nyer tgh telatah anak-anak... gembira rasanya... walaupun kadang tu tension gak...
Semalam aku belikan anak-anak aku kasut baru... kesian tengok adik nyer ada satu kasut je.. kalau basah atau kotor abis tak leh pakai... Jadi beli la satu... nak beli kena beli 2 sebab kakaknya kuat cemburu...
Dapat je kasut tu... ala-ala orang tak pernah pakai kasut... time tu gak nak pakai.... bagi je pakai... apa lagi... berlari le dua beradik tu keliling rumah... adik tu berapa kali jatuh tapi tetap bangun and happy je... hmmm tak tau le kalau yang ketiga ni keluar macam mana...

semalam baru aku realize... anak aku dah mula ikut aku solat... walaupun tak betul dan selalu ganggu aku sebab dia solat depan kaki aku... tp seronok gak sebab dah cuba solat walaupun tak tau pape.. si kakak dah leh ikut semua cuma tak reti baca je... si adik baru reti angkat takbir dan sujud... tp sujud cara budak le... pastu dengar le dia cakap Allah... ... hmmm moga mereka akan terus diberi hidayah Allah S.W.T dan menjadi anak yang solehah dan soleh...