Saturday, February 11, 2012

Mesyuarat PIBG SKBTP1

Alhamdulillah, first time attend mesyuarat PIBG sekolah dan serba sedikit faham akan mesyuarat tersebut. Apa yang dikesalkan ialah beberapa ulasan dan cadangan yang disalurkan, ternyata tidak seperti diharapkan. Mungkin kerana aku berasal dari sekolah bandar yang PIBG-nya dan ibu-bapa-nya diwakili oleh pelbagai bangsa, maka banyak input yang diberi menjurus kepada sesuatu yang lebih bermanfaat pada semua serta penyertaan yang membanggakan. Tetapi, apabila aku hadiri mesyuarat ini, ramai yang mengambil sikap berdiam dan ada yang melontarkan idea yang bagi aku seakan mencerminkan betapa mereka ini masih berada jauh kebelakang dan tidak berfikir kedepan.

Selain itu, apa yang pastinya, pemilihan AJK juga banyak bergantung pada pengenalan antara ibu-bapa. Bayangkan aku yang baru hadir (sebab anak baru sekolah), hanya mengenali sebilangan kecil sahaja dan sukar untuk memberi pendapat serta menyuarakan/memilih wakil. Sepatutnya setiap tahap sekolah itu perlu ada seorang wakil, maksudnya tahap 1 patut ada ibu-bapa yang anaknya berada di tahap 1 dan seterusnya. Barulah seimbang perangkaan kerja itu.

Tapi aku bersyukur kerana dapat utarakan pendapat aku pada salah seorang AJK lama yang dilantik semula. Harap dia boleh peringatkan dan AJK terima kerana ia memudahkan komunikasi antara semua.

Friday, February 10, 2012

Almari untuk anak

Alhamdulillah... semalam masa pergi TESCO, kebetulan ada sales untuk almari anak-anak. Harga kira 50% off. Apa lagi, wife yang memang dah lama aim, terus minta beli. Sekali beli 3 berlainan warna.

Ingat hari sabtu nak pasang tapi lupa lak yang hari itu aku kena hadiri mesyuarat PIBG. Hari ahad lak aku konvoi pergi kenduri kahwin rakan (rakan KIPS). So malam tadi aku pasang bersama anak-anak. Kerjasama dan ustaz cakap, bila buat kerja ngan anak-anak dalam hal rumah, itu yang akan menambahkan ikatan kasih sayang keluarga.

Lepas siap, apa lagi, semua kemas dan masukkan pakaian masing-masing yang sebelum ini disusun dalam rak biasa. Maklumlah, 8 bulan lagi rak itu nak digunakan untuk adik dia orang yang baru. :)

Lihatlah kegembiraan dia orang berposing depan almari masing-masing. :)









Thursday, February 2, 2012

Rezeki Tahun Baru

Positive
 Alhamdulillah... dikala masih mencari rezeki bagi memastikan kelansungan hidup berkeluarga, Allah telah membuka satu pintu rezeki untukku. Satu tanggungjawab yang pastinya menguji sejauh manakah kemampuan aku sebagai khalifah didalam negara yang kecil ini dengan penambahan seorang lagi rakyatnya.

Ya Allah, rezeki ini ku terima dengan redha dan moga ia menjadi permulaan kepada rezeki yang lain.

Positively


“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” Surah at-Thalaq : ayat 3

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” Surah Thahaa : ayat 132

“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39



Monday, January 30, 2012

Promosi Mangga epal

Setelah 4 tahun menanti, akhirnya pokok mangga epal yang ditanam diluar rumah mula mengeluarkan hasil. Walaupun tidak banyak, tetapi Alhamdulillah, dapat juga nikmati hasil tanaman sendiri. Pokok yang bukan sahaja memberi manfaat dengan buahnya, tetapi juga membekalkan oksigen dan memproses CO2 dikawasan sekeliling sekali gus mengurangkan haba (dengan izin Allah S.W.T).

Ini gambar anak-anak ku posing dengan buah kali pertama.


Untuk gambar lain, lawati http://haszeli-photos.blogspot.com/2012/01/model-dan-buah.html

Bakal Khalifah Allah

Hari khamis yang lepas, anak lelaki ku pulang dari sekolah dengan menunjukkan kopiah yang baru diperolehinya dari sekolah (tadika Al-Farabi).

Terus aku suruh dia pakai untuk aku abadikan gambarnya sebagai kenangan dan sebagai titik awal kearah mengingatkan dia betapa dia cukup hebat ketika melakukan sunnah Rasul S.A.W.


Aku berharap Allah akan menjadikannya seorang insan dan anak yang soleh dan moga-moga menjadi salah seorang khalifah Allah yang disegani nanti (amiiinnnnn)

More picture at http://haszeli-photos.blogspot.com/2012/01/potrait-my-son.html

Saturday, January 28, 2012

Melawat Ladang Arnab

Pada hari isnin lepas, 23/1/2012, sempena cuti tahun baru cina, kami sekeluarga ke ladang ternakan arnab (Opah Farm). Kebetulan isteri aku perlukan stok mata arnab untuk eksperimennya dan aku perlu mengambil beberapa shot ladang tersebut untuk membantu rakan dalam promosi ladangnya, maka kami sekeluarga pergi ke sana.

Memang pantang ada cuti umum, kawasan bukit lagong sesak dengan warga kota mandi sungai yang semakin cetek. Harapnya mereka itu retilah menjaga kebersihan.

Apa pun, anak aku enjoy di ladang ternakan milik sahabat, Syawal. Ni beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama.








* Ada gambar lain yang dipaparkan di Haszeli's Photo Blog, FB Kembara Tukang Gambar, dan Imagekind.com and Pixoto

Masih Mencari

Hari ini genaplah sebulan aku berhenti kerja dari MIMOS Berhad dan genaplah juga sebulan aku mencari kerja. Masih belum berjaya dan masih mencari. Apakah ini satu dugaan padaku dan keluargaku.

Yang pasti, aku tidak sampai hati menyatakan pada kedua orang tua ku. Malah anak-anakku juga tidak aku ceritakan agar mereka tidak merasa kecewa.

Ya Allah, ku pohon agar kau bantulah hambamu merentasi permasalahan ini. Hanya padaMU, Ya Allah, ku pohon dan ku pinta. Terimalah permintaan dari hambaMU yang selalu alpa dan berdosa. Ya Allah.