Saturday, October 15, 2011

Attending Conference at Cairo – 4


Tourist day

Hari ini aku ikut serta rombongan UUM yang di susun atur oleh co-author persidangan ke Alexandria @ Iskandariah. Awal pagi aku dah sarapan di kedai FallaFillo (kedai makan stail arab).. Beli 2 roti dengan inti kentang lenyek dan kacang hijau lenyek (setiap satu) dan pekena ‘syer mi laban’ @ teh susu .. semua dlm 5 ghenith.



Perjalanan bermula


Kemudian berkumpul dengan rombongan UUM di depan hotel. Kami naik van pelancong dan disertai oleh affik dan hazmin (dua orang student kat sana yang bertindak sebagai translator.. affik anak kepada salah seorang peserta dari UUM). Perjalanan mengambil masa 3 jam dari hotel ke Iskandariah melalui pekan Cairo yang sibuk dan terus masuk ke highway. Macam dari Ipoh ke KL la jarak dia (200++km). Di sepanjang perjalanan, aku lihat beberapa ‘homeless’ yang berada di kaki lima jalan. Ada yang tidur terlalu hampir dengan jalan raya. Sikap buruk orang arab juga jelas kelihatan di sepanjang perjalanan tersebut. Yang paling menakutkan ialah cara mereka memandu. Begitu ganas dan sombong.  









Tidak ada apa yang menarik di sepanjang perjalanan tersebut kerana yang ada hanyalah bangunan yang seperti tidak lengkap, rumah atau kawasan rehat yang hanya dibuat dari pelepah kurma sebagai dinding dan atap serta sikap orang arab yang tidak pentingkan kebersihan (tandas kotor, tempat makan terbuka dengan habuk serta pasir yang jelas kelihatan dibawa angin).

Selain itu, perjalanan diselang-seli dengan gurun dan kawasan kebun sayur serta 2 kawasan elit (ada pasaraya dan rumah yang besar-besar serta kemas susunannya)




Di Iskandariah - Pantai

Kawasan pertama dilawati ialah kawasan pantai berhampiran sebuah istana milik pemerintah mesir dahulukala yang hanya boleh diperhatikan dari luar pintu pagar. Keindahan pantai iskandariah tidak dinafikan. Malangnya kami hanya dibenarkan berada diluar kerana pantai tersebut merupakan kawasan ‘private’ (nak masuk kena bayar). Jadi ambil gambar di luar pantai sahaja. Nak masuk tanda di situ dikenakan bayaran 1 ghenith (lebih kurang 50 sen).





Perpustakaan Alexandria dan Universiti Alexandria

Kemudian kami dibawa ke Alexandria University dan Perpustakaan Alexandria yang terbesar di situ. Di sepanjang perjalanan ke situ, kami dihidangkan dengan pemandangan pantai yang cukup menarik. Mungkin kerana ia merupakan kawasan elit, maka tahap kebersihannya agak tinggi. 





 Kelihatan dari jalan utama merupakan sistem pertahanan laut yang dibina oleh Pemimpin Perang ISLAM terkemuka (Salahuddin Al-Ayubi atau Iskandar Zulkarnain… tak berapa pasti).  Hendak masuk ke perpustakaan, kami dikenakan bayaran sebanyak 10 Ghenith seorang. Sementara menanti, aku sempat juga melihat beberapa keindahan makhluk Allah yang juga pelajar universiti tersebut. Cantik bangat.




Didalam universiti, kelihatan susun atur yang cukup kemas dan menarik. Ada beberapa artifak tinggalan sejarah seperti pencetak buku, manuskrip lama, etc. dipaparkan. Sempat juga aku berkenalan dengan beberapa gadis mesir yang memberikan senyuman manis ketika gambar mereka diambil. Setelah puas, kami beredar ke kubu pertahanan laut mesir.






Di kubu, yang ada hanyalah kawasan pantai yang tiba berapa menarik. Mungkin kerana ia merupakan kawasan nelayan, maka agak kurang enak baunya. Namun masih lagi boleh diterima berbanding di Kaherah. Sempat juga aku beli beberapa cenderahati buat kawan-kawan ofis.





Melawat perkuburan para ulama’ dan nabi

Setelah itu, kami menuju ke perkuburan para ulama’ dan nabi. Kubur pertama yang dilawati ialah kubur milik seorang imam yang dikatakan paling hebat dikalangan imam di Iskandariah yang juga merupakan salah seorang dari 7 wali Negara mesir. Namanya ialah Sayyid Imam Muhammad Al-Busoiri (harap ejaannya betul). Sempat juga kami tunaikan solat di masjid tersebut.

Kemudian kami tuju sebuah lagi masjid berhampiran yang juga didalamnya ditempatkan satu kubur milik wali mesir yang ke-2. Namun, atas sebab-sebab tertentu, kami hanya berada diluar sahaja. Setelah itu, kami beralih arah ke ruang niaga terletak bersebelahan masjid seperti di masjid india (Jalan TAR @ KL). Aku sempat juga membeli beberapa helai baju untuk anak-anak dan juga cenderahati untuk bos (mr. haris). Aku beli beg pakaian sebagai ganti beg aku yang telah rosak diperlakukan oleh pekerja airport. Murah juga. Dari 250 LE, aku berjaya paksa dia untuk jual pada 200 LE (kurang RM100) untuk sesuatu yang bernilai RM200 di Malaysia.

Setelah penat membeli-belah, kami tuju tempat mengisi perut J. Setelah melalui beberapa kedai, kami memilih sebuah kedai makan di tengah kawasan pekan dan sibuk dengan penjual tepi jalan yang menjual pelbagai barangan (seperti di ropewalk @ jln stadium di Penang). Dari perkakas elektrik hinggalah pada pakaian. 






 Naik sahaja kedai makan, kami di hidangkan pelbagai jenis roti bersama 3 jenis inti / bahan cicah yang semuanya berunsur sayuran sebagai pembuka selera secara percuma (tradisi peniaga arab yang menjual makanan arab akan hidangkan roti secara percuma). Aku memilih untuk mencuba sejenis nasi arab (tak tahu nama sebab si hazim yang pilih). Ada yang mencuba makarena (macaroni), burger dan hotdog stail arab. Kos makan tengahari aku ialah 20 LE tidak termasuk air.

Setelah makan, sementara menanti ‘driver’ aku jalan-jalan di sekitar. Adalah beberapa warga arab yang meminta aku ambil gambar mereka. Siap minta aku print dan hantar tu. 
 Aku mencuba jus buah arab yang seperti buah naga tetapi berkulit keras dan hitam. Airnya agak wangi dan manis (bukan manis gula). Sedap dan murah, hanya LE1.50. Aku cuba juga nikmati jusnya yang berharga LE 5.

Lokasi seterusnya ialah makam Nabi Danial dan Luqman Nur Hakim. Apa yang dapat aku katakan ialah, aku rasa teramat rendah diri dan insaf serta rindu untuk melihat 2 orang manusia yang dikasihi Allah dan seorang darinya diperihalkan dalam Al-Quran (Surah Luqman). Sungguh hebat mereka ini. Moga-moga aku akan turuti jalan mereka.

Di luar masjid, ada pelbagai peniaga jalanan lagi. Aku sempat juga belikan kurma mesir yang bersaiz XXL. Cukup berbeza dengan kurma yang datang ke Malaysia. Dan rasanya juga jauh berbeza. Silap aku hanya beli 2 kilo (1kg hitam + 1kg merah yang baru dikait). Rasanya cukup hebat dan yang merah cukup sesuai untuk orang yang ada kencing manis (rasa manis kelat). Dan aku terlupa untuk simpan dalam peti ais L bila sampai di hotel.

Hajat kami untuk melihat binaan orang Rom terpaksa ditunda ke satu tarikh lain (InsyaAllah jika diberi keizinan melawat lagi).










Pulang ke Cairo
Kami berangkat pulang ke Cairo @ Kaherah dalam pukul 5 petang dan dijangka tiba dalam pukul 9.30 malam. Ramai yang tidur sebab dah gelap waktu tu (5.30pm). Seperti biasa, aku tidak boleh tidur atas kerusi. Dan aku melihat aksi orang arab yang memandu tanpa menyalakan lampu kereta serta corak pemanduan yang sombong dan ganas.

Menjelajah sungai Nil
Kami tiba awal dari jangkaan (8.30pm). Lalu masing-masing bercadang melawat sungai nil. Aku beredar dan tak nak join kerana keletihan dan perlu berkemas untuk pulang keesokkannya. Lepas naik, mandi, dan solat, aku turun nak cari makan.. tapi bertemu dengan si hazim. Setelah duduk lepak bersembang, warga UUM (Kak min dan Kak Ila bersama keluarga masing-masing) turun, dan aku turut serta dalam aktiviti mereka.







Setelah berbincang dengan pengusaha bot, kami bersetuju untuk ambil set 30 minit jelajah sungai nil. Kos perjalanan lebih kurang LE 60. Kami dibawa naiki satu bot yang agak besar dan dihiasi dengan lampu yang agak menarik serta dihidangkan dengan halwa telinga lagu arab yang rancak (sedap juga dengar).
Menarik juga sungai nil di waktu malam. Tak de la Nampak debu dan kotoran. J

Kemudian, kami masuk ke ‘shopping complex’ @ Ramses Center yang masih belum ditutup (pukul 10 malam). Kak min dan Kak Ila membeli-belah manakala aku hanya memerhatikan sahaja. Aku hanya belikan satu jubah untuk anak perempuan ku.

Lepas penat, kami tuju kedai makan di luar hotel. Aku beli bungkus kerana berhasrat makan di bilik akibat kepenatan. Aku cuba nasi planta + udang goreng dan sebiji kebab yang di isi dengan 3 gulungan daging yang disaluti lemak dan dibakar kering. Boleh lah dengan kos yang lebih kurang 40 LE. Untuk minuman, aku beli Jus Oren dan Air mineral (kos ialah LE 10). Semasa menanti, si hazim dan affik belikan kami sejenis makanan arab yang sejuk; nasi yang di campur susu dan seakan-akan yogurt tetapi manis dan enak.
Dapat je makanan, aku naik ke atas dan berehat sambil nikmati makanan tersebut.

Setelah kenyang, aku mandi dan terus menuju ke katil kepenatan. Baring je, aku terus terlelap… sesuatu yang aku tak dapat lakukan setelah berada disana selama 3 hari.

Ok … esok pulang ke Malaysia…

Thursday, October 13, 2011

Attending Conference at Cairo - 3


Pagi hari ke-3

6am waktu Cairo
Aku tak boleh tidur pada hari pertama kerana badan masih lagi ikut waktu di Malaysia. Setiap sejam aku terjaga hinggalah jam menunjukkan pukul 4 pagi waktu mesir. Terus bangun dan tengok slide untuk presentation.
Pukul 5.30 masuk subuh. Lepas solat, aku bersiap mencari sarapan kerana sudah terang (pukul 6 pagi di mesir seperti pukul 8 pagi di Malaysia).

Selepas berjumpa pelbagai orang dari bangsa arab yang degil, angkuh, sombong, dan berlagak, aku akhirnya bertemu juga dengan beberapa orang arab yang mesra dan membantu. Orang pertama yang aku rasa ok ialah Reda (bellboy hotel) yang aku jumpa pada waktu pagi masa nak cari breakfast. Seorang yang agak besar badannya, dia menunjukkan aku tempat makan stail orang mesir yang berada didepan hotel.

Sarapan stail mesir

Roti Arab bersama inti sayur jeruk dan kentang goreng
Aku menuju ke satu kedai yang dinamakan FallaFillo (yang bermaksud lebih kurang kedai makan stail mesir). Payah juga nak bercakap dengan orang tak faham english dan aku pula tak faham arab. Terpaksa buat bahasa isyarat untuk makan. Lalu dia tunjuk beberapa jenis roti dan intinya yang kesemuanya dibuat dari sayur-sayuran. Aku minta dia tunjukkan mana yang sedap. Dia tunjuk 2 jenis dan aku cuba kedua-duanya. Beli kat situ, dapatlah dalam 3 Ghenith.

Kemudian aku pergi ke satu lorong untuk cari minuman, terjumpa beberapa kereta-sorong yang turut menjual makanan orang mesir. Orang mesir ni memang suka makan roti. Ambil satu roti di kedai, bayar dalam 1 ghenith ke 3 ghenith, dan terus menuju ketempat kerja sambil mengunyah rotinya. Aku beli sejenis lagi roti yang berinti sayur jeruk dan kentang goreng serta cili goreng.  Bergantung pada jenis inti, harga akan bertukar dari 1 ghenith ke 3 ghenith

Lepas tu aku cari minuman pula. Kat tepi jalan memang tak jual minuman dan kedai makan juga tiada minuman (kedai makan stail warung kecik la). Aku masuk satu tempat sebelah kedai roti pertama aku singgah. Tempat tu rupanya tempat warga mesir melepak (terutamanya yang tak de kerja) sambil hisap shisha. Asyik sungguh. Nak ambil gambar tapi tengok pada ketidak-mesraan dia orang, aku batalkan hasrat sebab kawan sekerja dari mesir pesan jangan memandai-mandai, kang ada yang pelangkung karang. Aku pun masuk minta air dan seperti biasa macam ayam dan itik bercakap. Akhirnya aku tunjuk teh susu, tapi yang sampai kemudian ialah teh 'o' sahaja. Jadilah. 2 Ghenith harganya. Oklah. Lepas minum sambil makan 2 roti pertama, aku naik atas. Siap dalam masa 30 minit sahaja.

Persidangan bermula

Di lokasi persidangan
Dalam pukul 8pagi, lepas layan satu filem, aku makan roti yang baru beli bersama jus yang juga dibeli (8 Ghenith). Lepas tu bersiap dan hadiri persidangan.


 





Aku merupakan orang pertama sampai. Dan mengejutkan aku lihat persidangan yang hanya diadakan dalam sebuah bilik bersaiz 7 X 7 meter persegi (lebih kuranglah) dan susunan kerusinya seperti menghadiri satu pembentangan kecil atau talk (5 round table with 5 chairs). Untuk hilangkan boring menanti, aku amik beberapa gambar.
Aku akhirnya jumpa orang Malaysia, Dr Razamin (dari UUM), yang merupakan salah seorang co-author untuk persidangan tersebut. Beliau juga terkejut dengan susunan tersebut. Tapi chair-person untuk persidangan tersebut, Dr Safaa (Egypt), memaklumkan akan penarikan diri ramai peserta kerana revolusi baru-baru ini, maka kerana itu, persidangan tersebut diubah ke bilik mesyuarat biasa sahaja. Ok lah...
Dapat juga berkenalan dengan beberapa orang UUM, Kak Maznah dan Kak Ila bersama anaknya Siti dan peserta dari Indonesia, UPM, China, dan Mesir.

Persidangan Bermula

Welcome speech by organizer
Agak kecewa sedikit kerana persidangan bermula lewat 30 minit dari jadual dan menjadi sifat orang arab yang memang lambat, lembab, dan biarkan orang tertunggu-tunggu. Dr Safaa sendiri menjadi MC dan juga merasmikan persidangan. APA?? Macam buat ala kadar je. Sudah la satu hari sahaja lunch disediakan. Perasmian pun ala kadar je? Conference fee punyalah mahal. Tak pe.. sabar je lah. Anyway, keynot speaker pertama ialah Dr Razamin yang membincangkan satu masalah yang membawa kepada beberapa research possibility. Kemudian dituruti oleh keynote speaker dari Puerto Rico dan China (kalau tak silap).
Skype-ing dengan kakak dan abang... manja tak de
Lepas tu bahagian rehat dan lunch. Ok lah makan ala-ala barat. Sebab dah janji dengan anak-anak untuk bercakap, maka aku tak sempat rasa kek coklat yang ramai orang cakap sedap. Naik atas, aku layan skype dengan anak-anak aku (kecuali syasya je tak de lagi).

Aku present
Dalam pukul 2 petang, aku turun dengan semangatnya (tapi letih dan pening.. rasa bergoyang je sebab tidur tak cukup). Berulang-kali aku menguap kerana pembentangan yang membosankan, presenter yang kurang cekap, serta topik yang tidak ada kaitan. Selepas break, aku menjadi orang kedua untuk bentangkan paper. Aku habis dalam masa 10 minit sahaja. Tak ada soalan melainkan dari Dr Razamin yang ingin melihat sistem tersebut tapi terpaksa dikecewakan kerana dalam proses copyright filing :)... sori ye Dr Razamin.. Tapi bila dah copyright, MIMOS akan share. Ramai juga yang bertanya untuk jalinkan perhubungan dengan MIMOS dalam bidang R&D.



Dr Razamin @ kak min from UUM

Kak Ela from UUM

Kak Nah from UUM

Jalan-jalan bersama team UUM ke Mall.




Lepas habis persidangan, peserta dari Malaysia diketuai oleh Dr Razamin (kak min) mengajak aku berjalan-jalan. Memandangkan aku tak tahu nak buat apa, aku ok sahajalah walaupun badan dah tak mampu dah. Anak kak min yang mengaji di mesir jadi translator. Itupun kena kelentong juga dengan pak arab ni. Cakap MPV, tapi yang datang wagon yang sempit. Sudahlah tu janji 50LE tapi bila sampai ke mall (dalam 15 minit perjalanan.. tapi sampai dlm 30minit sebab sesak teruk) dia minta lebih.. Memang dasar kaki kelentong dan tak ada maruah. Yang paling best, perangan pak arab ni termasuk driver malam tu bawa kereta macam setan. Sudahlah pukul 8 malam, lampu tak pakai, jalan 2 lane boleh jadi 3 atau 4 lane, laluan sehala dijadikan dua hala, signal tak reti, tapi hon tak berhenti bunyi. Gila dan kurang ajar. Lantak le.. Janji selamat sampai sudah le. Satu wagon naik 9 orang.. hahaha

Anak sulong Kak Ela
On the way nak sampai mall, aku saksikan beberapa insan yang menginsafi diriku. Daif, miskin, dan tiada rumah. Ada satu makcik tu siap tidur tepi jalan (di atas kaki lima yang kalau silap boleh kena langgar). Kesiannya.. tapi apakan daya, bangsa mereka sendiri membiarkan perkara itu berlaku. Yang paling best, bau hancing di mana-mana terutamanya di tembok bawah fly-over. Si Affik (nama anak kak min kalau tak silap) cakap memang perangai pak arab ni kencing dan berak kat mana sempat. Tak malu tapi akan marahkan orang yang melihat kerana dikatakan melihat keaiban mereka. Sungguh bangang. Sampai kat mall, jalan-jalan tengok mall yang lebih kurang KLCC sahaja. Paling best, mall tutup pukul 12 malam dan pukul 9 malam ketika itu masih ramai orang. Dalam hati terdetik, dia orang ni tak kerja ke esoknya??
Pilih tudung di sebuah gerai dalam mall

Kami makan di mall.. Aku ambil nasi kicap (warna mcm kicap) dengan ayam. Tak sedap, nasi keras dan kering, serta ayam yang terlebih panggang. Tapi sebab lapar, balun jelah. Lepas makan, semua jalan untuk balik. Mula ingat dapat teksi pakai meter, tapi lepas tu kena tipu. Masuk je dalam teksi, mangkuk hayun arab ni cakap tak nak pakai meter. Jam katanya. Bergaduh lah si affik dengan pemandu arab setan. Tension ooo...



Akhirnya satu hari yang memenatkan

Itu sahaja untuk hari ini... Balik, aku mandi, dan terus tidur.. penat...








Yang pasti, esok hari untuk lihat perangai buruk orang arab lagi...

Ke Alexandria @ Iskandariah ...