Tuesday, November 9, 2010

Abah.. nak main kat luar

Hari cuti, aku akan bawa anak2 jalan2 di luar rumah... tgk lah gelagat mereka ini...

 Baru setahun... tp nakalnya kalah abang dan kakak...
 Buka je gate rumah... terus berlari keluar dia...
 Berjalan keliling rumah... cari apa ntah batrisya ni...
 Dah tak larat... so suruh abah dukung la tu... hahahaha
 Anak lelaki aku ... asal suruh senyum je.. mesti tutp mulut... control la tu... buat senyum macho...
 Ni anak sulong aku... asal tengok aku pegang camera atau telefon je.. mesti suruh amik gambar dia.. lepas tu posting over lak tu... hehehe
 Ha... naik lagi... lepas tu tak tau nak pergi mana...
 Buat posting la tu... sampai lupa adik di belakang
Duduk fitri... duduk.. abah nak amik la ni...

Sunday, November 7, 2010

Senarai nombor telefon penting


Bahagian
Talian
Balai Polis BTP
(03)   6034 3578
Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak (Q)
(03)   6131 2222
Bomba Rawang
(03)   6091 6564
Bomba Batu Arang
(03)   6035 2444
Bomba Selayang Baru
(03)   6136 5944 / 7944
Hospital Sungai Buluh
(03)   6145 4333
Hospital Selayang
(03)   6120 3233
Pej. Pengawal BTP
(03)   6035 5166
Bahagian Aduan MPS
(03)   6138 9898
Ambulans (Pj)
(03)   77859132
TNB (Aduan Kerosakan)
(03)   6092 7000 atau 15454 (Umum)
PUSPEL
1800 88 5252
Surau Nur Sobirin
(012) 2309 132







http://impak3btp.blogspot.com/2010/11/talian-kecemasan-utk-warga-impak-3.html

Friday, November 5, 2010

Memohon Derma Ikhlas bagi Pembinaan Modal Insan @ Demi ISLAM

Memohon derma dari pihak yang berkemampuan serta ikhlas dalam memperjuangkan ISLAM untuk sebuah madrasah (Madrasah Nur Hidaya) di Kampung Tembak, Baling, Kedah.
Maklumat Lanjut di
http://lepakdikampung.blogspot.com/2010/11/memohon-derma-untuk-perkembangan-islam.html
atau laman madrasah sendiri di http://pondok-tembak.blogspot.com/

Friday, October 29, 2010

zaharuddin.net: Panduan Ringkas Bacaan Doa Kesembuhan

zaharuddin.net: Panduan Ringkas Bacaan Doa Kesembuhan: "Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, mental dan iman. Doanya berwarna merah :"

Tuesday, October 26, 2010

Happy birthday Anak Abah

Hari ini... Ulang tahun ke 3 anak lelaki aku yang sulong... tp nombor 2 dalam keluarga la... Hmm apa yang akan aku hadiahkan padanya? 2 bulan lagi anak perempuan @ anak sulong aku lak... kalau bagi kat dia ni, sure yg pompuan pun mintak... penin penin....

Wednesday, September 22, 2010

Aidilfitri 2010 @ Felda Hot Spring, Sungai Klah, Perak

7 Syawal, aku sekeluarga bersama dengan keluarga mertua aku, termasuklah abg ipar dan kak ipar dan anak2 dia org pergi bercuti raya di Felda Hot Spring, Sungai Klah, Perak. Satu percutian yang aku gambarkan dan kemudian direalisasikan oleh abg ipar aku, Fattah. Agak sedih sikit sebab Abg Fattah dan Kak Min tak boleh join last minute sebab kena pulang ke kampung kerana masalah kesihatan bapa mertuanya. Walau bagaimanapun, terima kasih bebanyak brother for making this happen. :)

Salah satu villa di Felda Hot Spring
Percutian ini agak menyeronokkan... anak aku suka teramat... mandi kolam panas la, kolam jakuzi la.. kolam air gunung la... aku, abg ipar (helmi) & adik ipar (acap & azel) siap main ATV lagi.. first time naik... susah juga ye nak kawal. Anyway... this is a fun and enjoyable trip... Kurang dia satu je.. makanannya kureng enak. Yang lain, memang kelas lah...

Ini ada sebahagian gambar yg aku ambil ketika disana...
Di depan villa cafe (Sayang dan 3 org anakku)
Di depan tasik air gunung

Di salah satu punca air panas... :)

Aidilfitri 2010 @ Sungai Petani

Tahun ni beraya di sungai petani. Agak kurang menyeronokkan. Bukan kerana aku tidak gembira pulang berjumpa mak abah... tetapi kerana tahun ini, bonus tiada, maka perayaan kali ini agak suram memandangkan aku terpaksa berjimat cermat. Malah pakaian raya isteri dan anakku pun tidak dibeli. Dan tiada sumbangan aku berikan pada kedua orang tuaku... Sedih sangat.

Ini juga kali pertama aku menetap di hotel kepunyaan HPA... El-Zahra Inn dan juga Cinta Sayang Resort. Komen terhadap hotel ini telah aku berikan pada blog aku mengutuk (baca disini)

Sini ada beberapa gambar aku ambil bersama kaum kerabat ku ketika raya

mak kat belakang tgh duduk atas kerusi.. didepan ni adik ipar aku dengan anak menakan dia..



sebelah kanan ialah bapa aku... dan yg pakai baju biru tu, pak tam aku... lokasi ialah di atas pangkin depan rumah pak tam






Ni lak isteri tersayang dengan anakku yg ketiga.. Batrisya...




Ni anak sulong dan anak lelaki aku bersama tok usu dia org...