A place to share moment of life with people that I love, know, forgotten, and people whom may hate me. This is my journey of life
Thursday, February 27, 2025
Kembara Mencari Damai - Pengembaraan Yang Mencabar - Hari ketiga
Wednesday, February 5, 2025
Kembara Mencari Damai - Pengembaraan Yang Mencabar - Hari kedua
Hari ke-2 aku di Kedah, aku jalan-jalan menjejak 2 masjid yang cukup terkenal ketika ini. Bergerak dari penginapan pukul 9pagi, asalnya menuju ke Madad, tetapi aku tukar haluan ketika atas motor. Aku tuju Masjid Al-Busyra terlebih dahulu.
Masjid Al Busyra, Merbok, Kedah.
Tempat pertama aku tuju kat masjid ialah cafe dan mart dia. Bila aku sampai, tak banyak yang ada sebab ada beberapa rombongan bas tadi singgah. Maka, banyak yang habis termasuk sarapan pagi. Jadi aku ambil dadih, air botol, teh tarik (nak teh C kosong tak dak.. orang kedah suka minum manis wei), dan mee kari.
Dadih dia sedap gak. Aku memang suka dari dulu. Teh tarik dia aku minum separuh je. Manis tak tahan. Mee kari dia ok. Cuma mungkin sebab nak habis dah, jadi rasa rempah tu kuat sikit.Tanjung Dawai, Merbok, Kedah
Ke MADAD pula
Orait, misi mencari awek purdah.. hehehe
Pusing punya pusing, aku tengok makanan yang ada semua tak sesuai untuk aku dan tak ada yang unik dan menarik (benda biasa aku jumpa kat KL). Dan ada beberapa gerai tu sesuai untuk orang yang tak de risiko kencing manis. Aku tengok je lah walau teringin nak try. Last-last, aku beli Nasi Khabsah Kambing Firdaus Farabib punya. Yang beza dengan nasi arab aku biasa makan ialah yang ni Nasi, cili sebiji, dan kambing sahaja. Tak ada jelatah dan sambal biasa ada kat kedai arab tu. Dari segi rasa, ok lah, boleh makan.
Ke Taman Rehat Abah
Burger No. 2 Paling Sedap
Lepas tu, aku lajak ke tempat makan ni. Lokasinya kalau di waktu petang melihat sunset, memang menarik sebab di kawasan sawah padi.Ni aku order. Kalau ikut harga, bagi aku tak berbaloi la. Kecuali hari orang ramai, mungkin ok sebab dia orang masak tak berhenti, jadi sentiasa panas kut. Ntah la. But, kalau nak try, jangan letak harapan tinggi sangat. Lagi pun dia dah cakap, dia no. 2 paling sedap... tapi kalau aku, bukan no. 2 la.. aku panggil burger biasa biasa sedap je.
Balik dari tu, aku nak rehat, tapi terdengar pula bunyi kat bilik sebelah. So aku keluar ke bahagian belakang, nampak bulan, bintang utara dan masjid ni tersusun cantik je.
Tapi tempat sekitar macam biasa kat pekan-pekan la. Mungkin nanti bulan puasa dia meriah sikit kut sebab kat depan tu nanti akan bersusun warung peniaga.
Monday, February 3, 2025
Kembari Mencari Damai - Pengembaraan yang mencabar - Hari Pertama
Beberapa hari lepas aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Satu keputusan drastik juga kerana last minute memandangkan dapat cuti percuma pada hari Jumaat tu.
Makanya, lepas solat subuh je, aku terus bergerak. Solo ride dari Rawang ke Penang. Hentian pertama aku ialah di Shell Tanjung Malim untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan tanpa henti. Target nak sampai Penang dalam pukul 10 pagi. Dek kerana menderum sepanjang perjalanan, aku terpaksa berhenti kali ke-2 di Caltex Bukit Gantang untuk mengisi minyak, berehat dan minum air merawat dahaga dan mengelak dari hidrasi.
Tempat akad pun sempoi habaq hang... alahai. Tapi tok kadi pun sempoi, tak dak dok berletaq panjang. Mungkin dia tak nak panjang cita sebab dia pun mai lambat (kekeke).
Malam tu aku pi solat maghrib kat Masjid Sultan Muzaffar Shah. Amik gambar masa sunset, kemah wei.