Thursday, February 27, 2025

Kembara Mencari Damai - Pengembaraan Yang Mencabar - Hari ketiga

Pengembaraan aku kali ini disambung pada hari ketiga dan juga hari terakhir aku kat Sungai Petani.

Roti Canai Pak Ayob

Sebelum check-out, aku pergi sarapan dulu. Dah nama pun orang utara, dia kena cari roti canai juga. Jadi aku pun tengok kat google map, ada la satu roti canai melayu yang dapat lebih dari 4 bintang. Roti Canai Pak Ayob. Apa lagi, aku pi try la.

Susah gak nak cari kedai ni ikut waze. Berpusing kat area tu sebab waze kata dah sampai, tapi aku tak nampak. Hinggalah aku decide nak masuk satu lorong ke arah taman perumahan. Baru nampak. Nak tahu ok ke tak, boleh baca kat sini.

Makan tengahari di Padii Cafe

Seusai sarap, aku balik hotel dan sambung tidur. Ye lah, perut dah kenyang dan majlis kahwin anak sedara lambat lagi. Dalam pukul 11am lebih kurang, aku check out. Aku memang dah niat nak try kedai ni. Jadi, lepas check-out je, meluncur laju aku ke kedai ni. Risau gak takut dia tutup kedai. Al-maklumlah hari ahad. Nasib baik Kedah kerja hari ahad.

Aku sampai kedai tu dalam kul 12, just nice bak kata omputih. 
Tapi kenderaan banyak dah parking. Tak dak tempat sesuai nak park moto. Aku bantai je letak tepi tu. Panas wei. Masa sampai, owner kedai tengah buat live kat tiktok kat bahagian ikan bakaq.

Aku pekena Nasi dengan sotong gemuk dan ikan sembilang (ke keli, hmmm) bakaq. Sedap habaq hang. Boleh mai lagi. Nak tau perinci pasal ni, hang pa boleh baca kat sini.

Kenduri Kahwin

Lepas makan, aku gerak ke dewan yang terletak di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Orang pertama aku cari, mak aku la. So aku lepak dengan mak aku. Sambil pekena tapi pulut. Bukan senang nak dapat tapi pulut hitam.

My first love... mak

Cabaran bermula

Selepas pengantin sampai, aku set nak gerak dah. Dan bermulalah cabaran aku. Motor aku buat perangai tak nak start pula. Aku dah cuak sebab hari ahad, kedai repair motor tak nampak, dan aku jauh kat Kedah. Nak panggil mekanik atau towing ke mekanik kat rumah, jauh bro. Berpeluh la aku. Macam-macam aku buat, tapi apa pun tak jadi. Aku call mekanik aku, dan dia suruh tengok fius. Yeszaaa... fius aku terbakar. 
Ni la fius lebihan aku beli. Beli siap2 sebab takut terbakar lagi

Apa lagi, fenin la aku. Aku minta abang aku tolong, dia call kawan dia. Dekat setengah jam aku tengok kawan dia tak sampai-sampai. Aku dah risau. Last-last aku minta tolong kerol, adik ipar aku. Dia ni ringan tulang dan tahu sikit. So, dengan dia aku pi cari kedai spare-part. Apa lagi, aku siap2 beli sampai 4 fius 10amp punya. Sampai je aku tukar, bila start, dia terbakar. Cuak aku kembali. Mekanik aku suruh tukar ke 30 amp. Aku pi minta motor kat abang aku or pinjam kawan dia. Dia pun kata ok, lepas tu dia menghilang. Aku punya la tunggu dia, last-last nampak dia dok menyembang gelak2. Tension pun ada, geram pun ada. Betul-betul mencabar kesabaran aku. Nasib baik lah si kerol ni offer bantu lagi. So kita orang pi kedai sama dan kali ni aku beli 30amp 2 dan 20amp 2. Tukar je, Alhamdulillah, bila start dia tak mati. Masa tu jam dah tunjuk pukul 4.30 petang, 2 jam lambat dari target asal.

Wednesday, February 5, 2025

Kembara Mencari Damai - Pengembaraan Yang Mencabar - Hari kedua

Hari ke-2 aku di Kedah, aku jalan-jalan menjejak 2 masjid yang cukup terkenal ketika ini. Bergerak dari penginapan pukul 9pagi, asalnya menuju ke Madad, tetapi aku tukar haluan ketika atas motor. Aku tuju Masjid Al-Busyra terlebih dahulu. 

Masjid Al Busyra, Merbok, Kedah.

Sampai dah gais. 9.20 aku sampai. Lewat 10 minit sebab cari stesen minyak.

Tempat pertama aku tuju kat masjid ialah cafe dan mart dia. Bila aku sampai, tak banyak yang ada sebab ada beberapa rombongan bas tadi singgah. Maka, banyak yang habis termasuk sarapan pagi. Jadi aku ambil dadih, air botol, teh tarik (nak teh C kosong tak dak.. orang kedah suka minum manis wei), dan mee kari.

Dadih dia sedap gak. Aku memang suka dari dulu. Teh tarik dia aku minum separuh je. Manis tak tahan. Mee kari dia ok. Cuma mungkin sebab nak habis dah, jadi rasa rempah tu kuat sikit.

Lepas tu aku singgah jap dalam masjid. Solat sunat dan sempat dengar tazkirah dari sorang ustaz. Aku tak cam sangat, tapi selalu juga ceramah dia FYP kat tiktok aku.

Tanjung Dawai, Merbok, Kedah


Seusai aku di Masjid Al-Busyra, aku tuju pula ke Tanjung Dawai. Pesanan sang isteri yang perlu dipenuhi. Ketika ini aku dah risau sebab motosikal aku macam ada masalah nak start. Tapi aku tawakal aje. Banyak rupanya kedai yang jual hasil laut ni. Dari sebesar-besar bangunan, hingga ke ala-ala runcit macam kat pasar payang di terengganu, pasar seksyen 6 shah alam, dan market chowrasta kat penang.

Ada beberapa gambar aku ambil sekitar tu. Ni kalau sunset atau sunrise cantik ni.



Selesai ambil gambar, aku meronda sekitar pasar tu mencari apa yang patut. Nak beli banyak tak leh sebab bawa motor je. Sokena pilih yang sesuai lah. Yang boleh masuk ke kotak tepi tu.






Aku beli udang kering (RM80/kg), ikan bilis mata biru (RM66/kg) dan satu lagi (dalam RM80/kg), belacan tumbuk udang geragau, belacan giling udang geragau, ikan talang masam, dan ikan kering (ni aku tak reti nama, tapi kalau goreng, rangup wei). Total aku habis dekat RM300 lepas pujuk rayu minta kurang harga. Aku rasa kalau masuk dalam lagi pi kat jeti dia mungkin dapat lagi murah. Tapi aku dah malas.
Makcik tu bagi extra udang kering (dalam segenggam lebih) dan limau (manis gak) dalam 3 biji.

Ke MADAD pula


Lepas shopping, aku ke MADAD pula. Nak cari awek berpurdah lak.. oppss, nak mencari kedamaian sebenarnya. Aku sampai MADAD dalam pukul 11pagi. Ramai orang wei. Sampai je dengan Ustaz Yaaqub Yusra tengah bagi tazkirah.

Orait, misi mencari awek purdah.. hehehe



Pusing punya pusing, aku tengok makanan yang ada semua tak sesuai untuk aku dan tak ada yang unik dan menarik (benda biasa aku jumpa kat KL). Dan ada beberapa gerai tu sesuai untuk orang yang tak de risiko kencing manis. Aku tengok je lah walau teringin nak try. Last-last, aku beli Nasi Khabsah Kambing Firdaus Farabib punya. Yang beza dengan nasi arab aku biasa makan ialah yang ni Nasi, cili sebiji, dan kambing sahaja. Tak ada jelatah dan sambal biasa ada kat kedai arab tu. Dari segi rasa, ok lah, boleh makan.


Ke Taman Rehat Abah

Lepas tu aku balik bilik penginapan dan berehat sambil makan nasi arab tu dan lelapkan mata sekejap. Semalam aku tak boleh tidur. Macam-macam bunyi dok ada. Gangguan betul makhluk tak nampak ni. Padahal aku dok tingkat 4. Atas tu bumbung kosong je. Kuarters polis zaman dulu punya stail bro.

Bangun tu, aku solat jamak qasar dan lepas tu aku gerak ke Bandar Perdana, rumah abang aku. Hajat di hati nak jumpa mak aku, tapi mak aku tak dak pula. Tak sampai lagi. Sebelum sampai, aku singgah restoran Najmuddin nak pekena Mee Goreng Mamak, tapi kecewa sebab sudah jadi mee goreng mamel (mamak melayu.. ada cili potong dan rasa pelik). Tension ooo. Susah nak cari mee goreng mamak pior.

Since mak aku tak dak, aku ke Taman Sidam Kiri, melawat arwah abah di Taman persinggahan a.k.a. alam barzakh a.k.a. kubur. Alhamdulillah, kemas rapi tamannya. Semoga yang menjaganya dirahmati Allah.


Burger No. 2 Paling Sedap

Lepas tu, aku lajak ke tempat makan ni. Lokasinya kalau di waktu petang melihat sunset, memang menarik sebab di kawasan sawah padi.



Aku order Burger Tuah (tak dak set la bro), french fries spicy, dan air asam boi. Aku tak rekemen korang pergi sebab burger dia tak panas. Macam dah lama masak. Fries dia lagi lah. Sejuk wei. Air asam boi aku minta no sugar, jadi manis gak (aku dah cakap, orang kedah ni suka minum manis).

Suasana malam tak berapa menarik. Gelap keliling. Hangpa tengok la.

Ni aku order. Kalau ikut harga, bagi aku tak berbaloi la. Kecuali hari orang ramai, mungkin ok sebab dia orang masak tak berhenti, jadi sentiasa panas kut. Ntah la. But, kalau nak try, jangan letak harapan tinggi sangat. Lagi pun dia dah cakap, dia no. 2 paling sedap... tapi kalau aku, bukan no. 2 la.. aku panggil burger biasa biasa sedap je.





Balik dari tu, aku nak rehat, tapi terdengar pula bunyi kat bilik sebelah. So aku keluar ke bahagian belakang, nampak bulan, bintang utara dan masjid ni tersusun cantik je.

Tapi tempat sekitar macam biasa kat pekan-pekan la. Mungkin nanti bulan puasa dia meriah sikit kut sebab kat depan tu nanti akan bersusun warung peniaga.


That's end of hari ke-2 aku mencari damai di bumi kedah.



Monday, February 3, 2025

Kembari Mencari Damai - Pengembaraan yang mencabar - Hari Pertama

Beberapa hari lepas aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Satu keputusan drastik juga kerana last minute memandangkan dapat cuti percuma pada hari Jumaat tu.

Makanya, lepas solat subuh je, aku terus bergerak. Solo ride dari Rawang ke Penang. Hentian pertama aku ialah di Shell Tanjung Malim untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan tanpa henti. Target nak sampai Penang dalam pukul 10 pagi. Dek kerana menderum sepanjang perjalanan, aku terpaksa berhenti kali ke-2 di Caltex Bukit Gantang untuk mengisi minyak, berehat dan minum air merawat dahaga dan mengelak dari hidrasi.

Isi minyak kat R&R Bukit Gantang


Aku sampai Penang melalui Jambatan Ke-2 dalam pukul 10pagi. Tempat pertama aku tuju ialah Nasi Dalca Kassim Mustafa. Tempat feveret aku sejak arwah abah bawa. Kalau masa belajar kat ITM dulu, aku mesti turun bas kat butterworth. Naik feri dan jalan kaki ke restoran ni sebelum talipon abah untuk ambil aku. Antara lauk feveret aku ialah Kurma Kambing dan Kari Ayam dia. Kurma Kambing memang susah nak dapat kat KL dan kari ayam dia lagi sedap dari kari ayam kat KL.











Kassim Mustafa (bos dia naik skuter je wei)

Kari Ayam... syuurr

Semua sekali dalam RM16 (ada Masala Tea)

Kat Penang je ada sambal nyoq. X jumpa kat KL

Ni kurma kambing dia. Daging lembut bro

Lepas tu aku gi tengok mak aku yang lepak kat homestay nak tunggu masa anak sedara aku akad nikah. Tepat jam 12.30 aku ke Masjid Negeri Pulau Pinang. Dah lama gak tak jejak kaki kat sini.  Tak banyak perubahan. Lepas solat jumaat, aku ke Dewan Madani (tak tau nama ni sebelum atau selepas). Nak kata dewan, tak dak rupa dewan. Lebih kurang macam taman yang ditutup dengan atap kain ja. Ada sebatang pokok mempelam kat tengah. AJK kena letak jaring sebab masa dok tunggu nak akad tu, ada ranting jatuh. Nasib baik tak kena kepala orang dan ranting kecik ja.

Tempat akad pun sempoi habaq hang... alahai. Tapi tok kadi pun sempoi, tak dak dok berletaq panjang. Mungkin dia tak nak panjang cita sebab dia pun mai lambat (kekeke).

Masjid Negeri Pulau Pinang (ni dewan solat. Tak berubah pun)

Ni la dewan nikah dia. Sempoi noo.

Lepas akad nikah, aku gerak ke Padang Kota Lama. Pi pekena pasemboq kat Hussain Pasembor. Aku amik sikit ja sebab nak lepas gian. Tapi sekali dia mai, tu dia penuh. Harga pun mahal. Aku rasa dia ada tambah sebab bila aku kira yang aku ambik, patutnya dalam RM10 ja. Ni aku rasa kena ada orang mai periksa macam mana depa dok kira.
Hussain Pasembor. Aku amik sosej besaq + kentang + cucuq kacang + cucuq nipis + telur rebus (semua 1 ja)


Lepas tu aku naik la katamaran. Memang la, orang penang lagi suka feri lama. Lagi friendly dan berangin best. Feri baru ni dah la sempit, nak tunggu sikit punya lama, lepas tu dia charge nak keluar masuk. Panas sama. 



Malam tu aku pi solat maghrib kat Masjid Sultan Muzaffar Shah. Amik gambar masa sunset, kemah wei. 


Habis solat, aku pi cari makan. Jalan kaki area SP Central. Macam kat kangar pun dok ada. Banyak kedai tutup. Last-last aku pusing ke belakang SP Central tu ada orang meniaga. Pekena mihun goreng dengan ayaq limau ais + teh tarik. Orang Kedah memang suka minum manis la. Dah la Teh C kosong tak dak, Teh C pun tak dak. Teh Tarik kurang manis pun dok manis lagi. 


Balik lepak hotel. Aku dok hotel Zaques. Terasa macam zaman kanak-kanak dulu dok tingkat 4. Block C sama dah. Mengah gak nak naik tingkat 4 tu walaupun tangga dia tak tinggi mana. Sekali naik, aku kena exercise turun naik balik sebab remote aircond aku tak leh adjust. Panas wei sebab bilik tu mengadap matahari turun.