Ni brother tu di salah sebuah restorannya... Hari terakhir di Malaysia sebelum pencen dan balik India.. |
Tetapi, dengan kesungguhan dan keinginannya untuk mencari nafkah, beliau telah berada di negara ini hampir 30 tahun. Dan bukan setakat mampu bekerja di syarikat gergasi, beliau juga mempunyai 2 rangkaian restoran mamak yang diusahakannya bersama silent-partner (warganegara Malaysia).
Apa yang ingin saya tekankan disini ialah, lihat pada mereka yang tidak dibantu dan diberi kelebihan. Dengan usaha tanpa kenal putus asa dan penat lelah serta tidak memandang pada jawatan tinggi, mereka berjaya tanpa kira zaman meleset atau tidak.
Bukan itu sahaja, malah, jika kita perhatikan, mat bangla, pakistan, indon.. bukan satu kerja dilakukan.. Ada yang setiap hari minggu keliling kawasan perumahan mencari peluang memotong rumput dengan bayaran antara RM30 - RM75 bergantung pada saiz laman. Ada yang malamnya bekerja di gerai makan. Malah, ada yang mampu buka kedai runcit.
Kesimpulannya... Hendak seribu daya.. tak nak, bermacam dalih...
No comments:
Post a Comment