|
anak aku tolong masak untuk berbuka kat rumah mak |
Alhamdulillah, tahun ini seperti beberapa tahun kebelakangan ini, aku akan sambut EidulFitri di rumah mak aku. Yang pasti, perjalanan pergi dan balik kali ini, tiada 'tension' di kalangan anak-anak dan isteri aku walaupun jumlah jam perjalanan pergi dan balik sama ketika aku pulang berhari raya sebelum nya. Ini mungkin kerana kami tidak tempuh kesesakan yang menyebabkan perjalanan terasa lama, tetapi melalui jalan dalam sehingga melalui gerik dan lenggong yang agak mencabar dan memukau mata. Alhamdulillah.
Kami pulang dua hari sebelum raya. Malam tersebut kami bermalam di rumah mak. Kerana perancangan asal, hanya aku dan anak lelaki sahaja yang balik dahulu. Tetiba semua nak ikut. Tak sempat nak tempah hotel. Oh ya. Kenapa aku tidur hotel setiap kali balik kampung bersama keluarga? Senang je. Aku ada anak dara dan isteri yang kena jaga aurat. Malah abang aku ada isteri yang kena jaga aurat juga. Selain itu, ada beberapa sebab lain menyebabkan aku memilih hotel sebagai penginapan jika pulang sekeluarga.
|
Abang aku sediakan rencah untuk masak |
Hari tu abang sulong aku masak nasi minyak berserta ayam masak merah untuk habuan berbuka dengan koay teow goreng juga. Aku beli ayam goreng kat bazar ramadhan sebab anak aku tak boleh makan pedas. Lihat anak aku tak makan sangat ayam masak merah, abang aku beli KFC pula untuk sahur. hehehe.
|
Aku tengah masak rendang dan kuah kacang |
Esoknya, awal pagi aku ke pasar beli ayam dan daging serta bahan2 untuk buat dendeng. Ayam pula aku nak buat rendang untuk raya. Dari pagi hingga tengahari, aku bersama isteri persiapkan untuk memasak dengan isteri aku telah masak rendang berserta kuah kacang yang kosong (kacang tak proses lagi). Aku pula, setelah rebus daging, terus hiris nipis. Memang kepakaran aku la hiris nipis ni. Tak perlu nak tumbuk lagi dah. Seusai persiapan, kami berkemas untuk
check-in hotel. Anak aku dah gedik tak tahan nak mandi
hot shower serta anak kecilku sudah letih nak tidur tanpa diganggu.
Lepas berbuka di hotel, aku seorang bergerak balik ke rumah mak aku untuk lengkapkan memasak lauk pauk hari raya. Aku tak pernah masak dendeng, tapi hari tu aku hentam sahaja. Tapi, alhamdulillah, hentaman aku jadi pula walaupun tidak sesedap mak mertua aku buat, tapi bolehlah melepaskan keinginan mak aku untuk makan dendeng dan masakan air tangan aku yang dah lama dia tak dapat rasa.
Esoknya aku solat raya bersama anak aku di masjid taman ria. Lama juga menunggu. Ingat macam kat selangor solat pukul 8, rupanya solat dia pukul 9... nasib baik sempat sarapan kat hotel.
|
Rendang ayam (bini aku buat, aku tolong sikit je) |
|
Dendeng (bini aku sediakan bahan, aku masak ikut sesedap hati) |
|
Dendeng lepas dah siap |
|
Solat di taman ria, sungai petani |
Lepas solat, kami singgah rumah mak sebelum mulakan perjalanan raya ke rumah saudara. Singgah rumah mak sedara di pantai cicar. Dari 3 buah rumahm hanya satu sahaja kerana yang lain juga pergi beraya. Malah, boleh dikatakan satu kampung tiada kerana sepanjang perjalanan nak ke rumah mak sedara tu, hampir 90% rumah tutup berkunci.
Sebab hari itu hari jumaat, maka kami pendekkan perjalanan dan pulang kembali ke rumah mak aku. Aku pergi solat jumaat bersama anak lelaki sebelum singgah melawat kubur abah.
|
Sedia nak beraya |
Kemudian kami pulang ke hotel kerana aku sudah agak letih. Petang tu pula layan anak aku mandi kolam dan selepas mandi, makan nasi impit berserta dendeng dan rendang, sebelum anak aku terus tidur keletihan.
Esoknya lepas sarapan dan mandi kolam, aku singgah sebentar jumpa mak aku. Ingat nak tunggu sebentar kerana adik2 aku minta tunggu kerana dia orang nak jumpa anak aku. Tapi kedua-dua belum pun bertolak dari rumah mereka. Maka, aku pendekkan masa dan bertolak balik ke KL.
|
Bersama semua juadah yang patut |
|
Lepas penat berjalan raya |
|
Anak aku bosan tunggu khatib lama bebenor nak naik mimbar |
|
Tengah layan pak long yang keletihan |
Kali ini aku ikut jalan lebih jauh, melalui lenggong sebab hajat hati nak makan durian gunung. Seriau juga sebab ada beberapa laluan itu tanah runtuh. Dalam hati, mana JKR dan agensi terbabit kerana keadaan tanah runtuh itu cukup mengerikan dan membahayakan.
Sampai lenggong, aku dapat
message kawan aku cakap dia tiada di rumah. Alang sudah berada di lenggong, aku singgah le
restoran tasik raban yang popular tu. Memang bermacam lauk pauk. Aku makan sedikit nasi sebab nak rasa tempoyaknya berserta masak lemak lala dan daging. Ok la, sekadar untuk makan. Nak kata 'wow' tu, mungkin tidak pada lidah aku, tapi masih sedap berbanding kebanyakkan kedai nasi campur di KL. Yang paling 'wow' di sini ialah kambing
grill nya. Dua pinggan
famili aku makan. Tu pun nak lagi tu.
Lepas makan, kita orang bertolak balik. Sepanjang perjalanan aku lihat sebelah laluan (menuju utara) sesak. Tidak ada tempat yang nampak tiada kesesakan. Laluan aku pula, setiap kali
waze kata ada polis di hadapan (walaupun tiada), terus semua kereta berhenti seperti kena tukar dari gear 5 ke gear 1 untuk pastikan tidak kena saman (apa punya
uneducated punya pemandu daaa).
|
Dah sampai KL. Singgah solat dan makan aiskrim sebelum sampai rumah. |
Apa pun. Kami selamat sampai rumah pada pukul 6.30ptg. Hampir 6 jam perjalanan tetapi satu perjalanan yang berbaloi. Walaupun lama, tapi yang pasti, anak-anak aku tidak bising seperti sebelumnya.
Hmm... tahun depan aku ajak mak aku beraya di KL pula :).