Isteri menangis
Tanggal 29hb Februari 2016 akan menjadi satu sejarah bagi diriku dan keluarga kerana pada tarikh ini, pada pukul 3.30 pagi (lebih kurang), isteriku melahirkan anak dengan dibidankan oleh aku sendiri sambil dipandu oleh isteriku.Bermula pada pukul 3pagi. Aku dikejutkan oleh tangisan isteriku di bilik air. Lantas aku bangun untuk melihat. Terpandang isteriki sedang dalam kesakitan. Aku memaklumkan ingin bawanya ke hospital, tapi tak sempat dan dia pun dah tak larat nak jalan. Aku maklumkan ingin telefon ambulan, juga katanya tak sempat dan minta aku bantu segera.
Panik juga. Ye lah.. memang hajat nak sambut bayi sendiri, tetapi dengan bantuan nurse dan doktor di hospital.. bukan hanya ditemani anak ke-empat aku (yang turut terjaga dari tidurnya). Dan memang hajat untuk dapat bayi pada tarikh unik yang muncul setiap 4 tahun... maka tahap panik aku memang tinggi, tapi terpaksa maintain cool untuk pastikan aku mampu bantu isteriku.
Bayi disambut sendiri
Aku melangkah masuk bilik air dan tanyakan isteriku apa yang perlu aku lakukan. Dia meminta aku mengurut belakang badannya. Lantas aku lakukan dengan perlahan sambil dia menyiram air panas (suam.. tapi bagi aku.. panas la) ke badannya.wajah bayi selepas pertama kali dimandikan |
Bila bayi keluar, tali pusatnya masih bersambung. Bayi terus menangis tanpa perlu ditepuk. Sambil isteriku duduk, dia ambil dan bersihkan badan bayi yang diliputi selaput lemak di seluruh badannya. Aku diminta carikan gunting dan barang yang boleh digunakan untuk mengikat tali pusat. Lantas aku ambil gunting kain yang tajam dan baru berserta benang kain. Guntingnya aku letak pada air panas yang mengalir dari water heater untuk men'steril'kannya.
Potong tali pusat
Setelah tali pusat (2 inci dari badan bayi) diikat menggunakan benang dengan kuat agar darah tak mengalir, isteriku menggunting tali pusat yang bersambung dengan kantung asal. Kemudian, isteriku membersihkan bayi sementara aku menyediakan pakaian bayi. Setelah bayi bersih, aku ambil dan pakaikan pampers berserta baju dan membalutnya dengan kain batik. Kemudian aku tidurkan dia sambil dijaga oleh anak ke-4 aku.Setelah selesai, aku jengok isteriku yang masih terbaring dengan uri yang masih terlekat berserta darah pekat di lantai. Perlahan-lahan aku jirus bahagian darah dan cuba tarik urinya agar keluar. Setelah hampir sejam tidak berhasil, akhirnya aku memaklumkan mertua aku (yang tinggal selang serumah dari rumahku) bahawa aku akan bawa isteriku ke hospital dan meninggalkan 3 orang anak aku yang perlu ke sekolah bersama mereka.
Ke hospital juga akhirnya
Kena masuk anti-biotik |
Pulang dari surau, aku dipanggil oleh doktor yang merawat dan bertanyakan bagaimana peristiwa itu terjadi serta jumlah darah yang keluar kerana menurutnya, isteriku kehilangan banyak darah. Setelah menceritakan hal yang berlaku, dia memaklumkan bahawa isterik perlu berehat dan sedang di masukkan air dan darah ke dalam badannya. Bayi juga telah dibersihkan, namun, kerana dilahirkan dirumah, maka bayi perlu juga dimasukkan anti-biotik untuk mengelak jangkitan kuman.
Hari terakhir - kuning tapi sekejap Alhamdulillah |
Lapor di balai polis
Sebelum tiba, aku terpaksa singgah di balai polis berdekatan rumah untuk buat laporan polis dan mendapatkan salinan laporan. Menjadi satu rules bahawa setiap kelahiran di rumah dan semua perkara termasuk memotong uri/tali pusat dilakukan sendiri (dan bukan bidan dilantik atau doktor), maka laporan polis perlu dibuat. Selain itu, borang kelahiran hanya boleh dikeluarkan oleh JPN dan bukan melalui pihak hospital.Sampai rumah, perkara pertama ialah bersihkan bilik air dan bersihkan pakaian yang terkena darah. Uri dan darah pekat aku bersihkan dan tanam di belakang rumah.
Alhamdulillah, setelah 3 hari di hospital, isteri dan anakku dibenarkan pulang.
Pengajaran untuk sahabat yang ingin menyambut sendiri bayi di rumah:
Pengetahuan dan Pengalaman
- Pastikan anda atau sesiapa dalam keluarga yang tinggal berhampiran ada pengetahuan dan pengalaman. Jika tidak, anda akan panik
- Pastikan anda tidak PANIK
- Pastikan anda bukan jenis mabuk darah (tak boleh tengok atau bau darah) kerana bau darah bersalin agak kuat. Boleh pening jadinya
- Pastikan ada water heater di rumah dan boleh digunakan. Ini untuk memastikan keselesaan isteri kerana dapat membantu membuka ruang dan merenggangkan perut dalam proses bersalin.
- Pastikan keluarga ada berdekatan untuk membantu jika ada kecemasan dan anda perlu hantar isteri ke hospital dan anda mempunyai anak lain juga (kebanyakan hospital melarang anak umur kurang 12 tahun untuk masuk ke wad melainkan hospital swasta)
Peralatan
- Gunting yang bersih dan tajam (bukan gunting kertas atau gunting rambut) dan disterilkan kena ada.
- Benang yang kuat. Benang kain tak boleh pakai sebab tak boleh ikat kejap tali pusat yang kenyal.
- Pakaian bayi yang lengkap
- Sabun anti-bakteria yang sesuai untuk bayi
- Besen kecil untuk bersihkan bayi.
- Beg plastik
Apa yang perlu dilakukan.
- Jika sempat pergi hospital, lebih baik pergi sebab nanti banyak perkara remeh nak buat.
- Jika tak sempat, tapi rasa boleh panggil ambulan, lebih baik panggil.
- Jika tak sempat juga, perkara pertama ialah sediakan barang-barang segera
- Kemudian, berada di samping isteri untuk membantu dia bersalin
- Lepas bersalin, jika tiada kemahiran, jangan potong uri. Terus bawa ke hospital atau panggil ambulan.
- Jika yakin, gunakan gunting yang disteril selepas ikat tali pusat (2 inci dari tubuh bayi) untuk potongkan uri.
- Jika isteri tidak ada komplikasi lain, bersihkan isteri, bersihkan uri dan masukan ke dalam plastik.
- Setelah isteri selesai memakai pakaian, bawa ke hospital bersama bayi untuk urusan selanjutnya.
PERHATIAN
- Jangan lakukannya jika isteri anda ada komplikasi seperti kencing manis, darah tinggi, tekanan darah rendah, ada risiko uri terlekat (berdasarkan kelahiran sebelumnya atau doktor sahkan ketika lawatan di klinik semasa mengandung) dan risiko lain.
- Jangan lakukannya jika anda tiada keluarga atau jiran yang boleh dipercayai berdekatan rumah
- Jangan lakukannya jika anda sendiri tidak berani tengok darah. Kalau sembelih ayam/lembu pun takut, baik tak payah.
- Jangan lakukannya jika ada jenis orang yang cepat gelabah/panik teramat.
- Jangan lakukannya jika anda tidak larat angkat isteri (jika berlaku yang tidak diduga).
- Jangan lakukannya jika anda jenis tak tahan sabar. Baik hantar je ke hospital dan lepas tu tidur sambil tunggu nurse panggil cakap dah selesai.
Itu je pengalaman saya untuk dikongsi bersama. Moga boleh jadi satu ilmu untuk semua.