Hmmm... Lepas tu anak-anak tuntut janji aku pada malam sebelumnya iaitu untuk tengok Iron Man 3 kat cinema... Mulanya fikir malas gak... yelah dengan anak 4 orang termasuk baby.. hmm.. so aku cuba try tengok kat Astro Best dan Astro First. Agak malang... tak de pula kat situ lagi...

Sampai situ dalam pukul 9:45 pagi... rilek jap tunggu buka.. Buka je Jusco, terus ke TGV cinema dan terus amik seat... lucky sebab pepagi ni tak ramai lagi keluar.. so dapat le kita org pilih seat baik punya... Untuk famili of 6 (2 adults, 3 child, and 1 infants) dan kos cuma RM36... Aku rasa berbaloi untuk sekali sekala hiburkan anak-anak... Siap beli popcorn dan minuman lagi.. ok la tu... semua kos cuma RM50++ sikit :)...

Balik, singgah beli roti.. sampai rumah, kasi makan.. pastu ajak solat... dan rehat kejap... habis separuh hari...... dapat juga habiskan masa bersama keluarga buat something :) ... esok ajak dia org berkebun lak .. dah lama tak bagi baja kat pokok.. :)
