Semua dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan adik saya, Shafinaz Ahmad.
Majlis akan diadakan di No. 45, Lrg Sidam Kiri 3, Tmn Sidam Kiri, Sungai Petani Kedah.
Untuk keterangan lanjut, sila lihat pada kad jemputan seperti dilampirkan.
Kehadiran tuan/puan bersama keluarga adalah amat dialukan bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Klik pada gambar untuk lebih jelas :)
A place to share moment of life with people that I love, know, forgotten, and people whom may hate me. This is my journey of life
Sunday, October 16, 2011
Travelog ke Kaherah @ Cairo (Mesir) - Pengalaman sendiri
Hi... Baru-baru ini, aku pergi ke Kaherah @ Cairo, ibu negara Mesir bagi membentangkan penyelidikan berkaitan 'optimization'. Persidangan yang dihadiri ialah ICMO 2011, bertempat di Ramses Hilton, Kaherah, Mesir. Kertas pembentangan aku boleh dibaca di SPIE (link1 atau link2). Di sepanjang perjalanan, ketika berada disana, dan dalam perjalanan pulang, ada beberapa pengalaman menarik yang aku alami dan harapnya dapat memberi sedikit manfaat pada semua.
Pengalaman aku boleh di baca di sini:
1. Perjalanan ke sana (Dari KL singgah di Dubai)
2. Dari Dubai, terbang ke Kaherah (Penerbangan ditunda)
3. Hari Persidangan
4. Melawat Iskandariah dan Menyusuri Sungai Nil
5. Pulang ke Malaysia
Dan sepanjang perjalanan, aku mendapat beberapa pengalaman dan pengajaran:
1. Perangai bangsa arab yang sombong, angkuh, penipu, 'rasist', pengotor dan samseng (walaupun ada yang baik, tapi kuantitinya cukup sedikit).
2. Pelajari bahasa arab untuk sekurang-kurangnya fahami percakapan mereka.
3. Dimana sahaja mereka solat, hatta di bawah tangga laluan pejalan kaki atau tepi kedai di dalam shopping mall. Tidak seperti kita yang perlu mencari surau atau musollah.
4. Mereka terlalu kuat semangat keBANGSAan. Bangsa mereka dilayani dulu berbanding bangsa lain walaupun sudah berada lama.
5. Mereka tidak menghormati bangsa lain dan memandang rendah bangsa lain.
6. Tukar duit di BANK. Walaupun mahal tukarannya, tapi lebih baik dari dapat duit palsu atau sekurang-kurangnya risiko mendapat duit palsu adalah rendah.
7. Mengapa orang arab perlu memakai purdah atau menutup muka. Debu dan habuk sentiasa kelihatan. Hatta mentari pagi pun sukar dilihat dengan baik.
8. Jangan terlalu rendah diri atau hormati mereka itu kerana makin rendah diri atau terlalu pandang tinggi pada mereka, kelak di permainkan atau di pandang hina oleh mereka itu.
Sekadar perkongsian pengalaman aku...
Pengalaman aku boleh di baca di sini:
1. Perjalanan ke sana (Dari KL singgah di Dubai)
2. Dari Dubai, terbang ke Kaherah (Penerbangan ditunda)
3. Hari Persidangan
4. Melawat Iskandariah dan Menyusuri Sungai Nil
5. Pulang ke Malaysia
Dan sepanjang perjalanan, aku mendapat beberapa pengalaman dan pengajaran:
1. Perangai bangsa arab yang sombong, angkuh, penipu, 'rasist', pengotor dan samseng (walaupun ada yang baik, tapi kuantitinya cukup sedikit).
2. Pelajari bahasa arab untuk sekurang-kurangnya fahami percakapan mereka.
3. Dimana sahaja mereka solat, hatta di bawah tangga laluan pejalan kaki atau tepi kedai di dalam shopping mall. Tidak seperti kita yang perlu mencari surau atau musollah.
4. Mereka terlalu kuat semangat keBANGSAan. Bangsa mereka dilayani dulu berbanding bangsa lain walaupun sudah berada lama.
5. Mereka tidak menghormati bangsa lain dan memandang rendah bangsa lain.
6. Tukar duit di BANK. Walaupun mahal tukarannya, tapi lebih baik dari dapat duit palsu atau sekurang-kurangnya risiko mendapat duit palsu adalah rendah.
7. Mengapa orang arab perlu memakai purdah atau menutup muka. Debu dan habuk sentiasa kelihatan. Hatta mentari pagi pun sukar dilihat dengan baik.
8. Jangan terlalu rendah diri atau hormati mereka itu kerana makin rendah diri atau terlalu pandang tinggi pada mereka, kelak di permainkan atau di pandang hina oleh mereka itu.
Sekadar perkongsian pengalaman aku...
Attending Conference at Cairo – 5
Pagi sebelum kembali
ke Negara Tercinta
Rasa tak sabar nak menjejakkan kaki di Malaysia. Aku bangun
seawal 5 pagi dan mula susun atur pakaian. Selepas solat subuh, aku chat dengan
keluarga… First time dapat ber’skype’ bersama syasya (anak manja) dengan fitri.
Kakak pula di sekolah. Sekejap sahaja sebab lepas tu internet habis. Kemudian aku sambung
mengemas (pakai beg baru beli.. lebih besar dan murah) dan layan movie
sementara tunggu masa nak breakfast.
Last minute shopping
Aku turun breakfast dan seperti biasa aku layan roti arab bersama inti ubi lenyek dan sayur pedas. Sedap pula yang pedas ni (tak pedas sangat). Pertama kali aku order air dalam bahasa arab walaupun sebutan kurang tepat. Janji dia faham. Lepas sarapan, aku ingat nak beli barang jap, tapi kedai tak buka lagi (kata guard, pukul 11 pagi baru buka). Aku naik dan layan movie lagi.
Dalam pukul 11 pagi, aku check-out, tinggalkan beg pada
bell-boy (Rabe namanya) dan pergi untuk beli apa-apa yang patut. Aku cari
cenderahati.. Dapatlah 6 Al-Quran kecil dan 5 monumen kecil untuk kengkawan.
Semuanya dalam LE 70. Kemudian aku cari jubah yang dipinta anakku. Puas
mencari, tak jumpa saiz mereka. Malah jubah yang aku bayangkan pun tak wujud.
Mungkin salah tempat. Yang pasti, kalau ada masa, aku mungkin boleh pergi ke
pasar Hussin seperti dimaklumkan Hazim dan Affik.
Dalam pukul 12, aku kembali ke hotel, ambil beg, dan naik
teksi ke airport. Dan aku rasa bersalah tak bagi tips pada Rabe dan Ismail
(bell-boy hotel ramses Hilton) di atas tugas mereka yang cukup baik. Dan
seperti biasa, pemandu teksi masih lagi nak menipu. Sampai di airport, dia
minta tambahan LE 20 dari LE 80 yang dipersetujui sebelum ini. Katanya untuk
tiket tol. Kali ini aku bertegas. Dia cuba berunding. Dari LE20 jadi LE10. Aku
bertegas tidak akan beri lagi. Terus ambil beg dan pergi dari situ. Selang 2 –
3 langkah, aku lihat dia pun pandu teksi dan keluar. Dalam hati, dasar penipu.
Di Lapangan Terbang
Cairo
Lapangan terbang Cairo ibarat lapangan terbang Labuan. Sekadar OK sahaja. Aku cuba mencari tempat untuk bertanya memandangkan agak mengelirukan. Orang pertama (arab) meminta aku merujuk pada kaunter Emirates. Aku menjengah kaunter emirates dan hampir 30 minit menanti pak arab ini melayan. Dia punyalah lama cakap dalam phone sampai aku naik bosan. Aku blah dari situ dan duduk disatu tempat dimana aku berjumpa dengan seorang mat salleh yang menjelaskan pada aku.
Lepas dapat tahu, aku pergi mengisi perut. Oklah makanan
tersebut. Nasi bersama ayam stail arab (lupa lak nama). Lepas makan, bila lihat
waktu sudah pun tunjukkan hampir pukul 3ptg, aku pergilah tempat yang
sepatutnya aku lalu untuk pemeriksaan kastam. Aku tanyalah pada pegawai disitu.
Punyalah kurang ajar, dia cakap yang dia akan jawap pertanyaan mudah aku dalam
pukul 3 tepat nanti. Huk aloh… Macam ni pun ada.
Lepas pukul 3:45ptg, kaunter check-in dibuka. Terpaksa
beratur lagi. Panjang pula tu. Dan paling best, bila seorang warga arab
(tourist agent) datang bersama sekelompok warga indon, terusnya mendapat satu
lorong istimewa. Celaka punya arab. Lepas check-in (dan sekali lagi tiket
diberi tanpa nombor gate yang menyusahkan aku untuk mencari nombor gate), aku
lalui satu lagi barisan panjang untuk pemeriksaan imigresen (nak check-out dan
stamp-out kat passport). Lepas itu, aku jalan-jalan dan akhirnya aku duduk
menanti di ruang legar. Boleh tengok kapal terbang take-off.
Lepas sejam menanti, panggilan untuk ‘boarding flight’ ke
Dubai pun dibuat. Aku turun ke gate yang dikatakan. Dan satu lagi barisan
panjang. Sempatlah aku pergi buang air kecil. Sampai di kaunter untuk masuk ke
kawasan menanti, ada sekali lagi pemeriksaan passport dan beg. Air botol aku
diambilnyer. Apalah salah dia bagi aku minum air yang sudah hampir habis.
Sudahlah pak arab ni ambil air aku, dipegangnya passport aku tak lepas sambil
berkata ‘Malaysia Good’ dan menunjukkan isyarat tangan seperti meminta ‘fulus @
duit’. Aku cakap tak ada, dan terus tarik passport aku dan cepatkan langkah ke
tempat menunggu.
Setelah menanti hampir satu jam, sekali lagi aku kena
beratur panjang. Hampir 30 minit beratur semata-mata pak arab seorang nak
periksa lagi sekali tiket dan passport. Al-mangkuk Wal-hayun betul pak arab ni.
Dah lah tu, seorang je nak periksa berpuluh penumpang. Jadi lembab. Setelah
diperiksa, aku kena naik bas untuk ke kapal terbang. Dah naik, kami dimaklumkan
ada pak arab yang lambat. Celaka. Hampir 30 minit lagi menanti. Sementara
menanti, aku saksikan ramai juga penumpang yang boleh diklasifikasikan sebagai
bangang. Diangkutnya beg-beg yang bagi aku patut berada di ruang barang sahaja.
Sudahlah besar, kandungannya pun bukan diguna (beg tak buka pun sepanjang
perjalanan). Menyusahkan diri dan orang lain terutamanya masa nak keluar nanti.
Bukan sahaja pak arab, semua orang aku lihat begitu. Yang bawa beg kecil macam
aku hanya beberapa orang sahaja.
Di dalam kapal
terbang ke Dubai
Kapal terbang (Emirates) ‘take-off’ pada pukul 7 malam waktu
Kaherah. Perjalanan dijangka dalam 2jam dan 30 minit. Aku layan cerita Fast
Five (kali ke-2 tengok setelah kali pertama di komputer aku dengan bunyi yang
kurang ummph). Aku makan spaghetti bersama ayam. Oklah untuk alas perut.
Di Dubai Airport
Aku tiba di lapangan terbang Dubai pada pukul 11.30 malam
(waktu dubai). Perkara pertama aku lakukan ialah solat. Setelah solat, aku
lepak di kawasan check-in (gate masuk). Nak makan, kad kredit hanya set untuk
digunakan di mesir. Duit sini aku tak de lak. Berlapar lah aku.
Ramai juga melepak. Dan seperti biasa, aku nampak pak arab
yang sudahlah lambat (gate sudah tutup), tapi masih berjalan ala-ala model ke
tempat masuk dan menyebabkan flight lambat berlepas (lewat hampir 30 minit).
Malas aku tengok telatah arab yang angkuh, aku layan movie ‘Merantau Worrior’.
Ok lah sementara nak menanti flight aku. Lepas habis, aku lihat beberapa wanita
berpurdah (orang Malaysia) dan juga lelaki (mungkin yang mengaji kat Mesir atau
UAE) menanti untuk naik flight yang sama. Yang aku hairan ialah mereka ini
sanggup bawa beg yang agak besar dan pasti tidak berguna ketika di atas flight.
Dalam hati terdetik, ‘tak tahu nak simpan ke? Atau banyak sangat barang
berharga?’. Dan aku yakin bahawa hanya ada pakaian dan barang lain yang tidak
akan digunakan dalam flight. Paling nak guna pun mungkin buku, Al-Quran, kain
dan sejadah, dan kain lap yang boleh dimasukkan dalam beg kecil.
Setelah tiba, semua berpusu-pusu menuju ke tempat duduk. Ada
la satu ‘auntie’ yang berulang kali tanya tempat dan minta air (di setiap pramugara/i
bertugas). Soalan sama lak tu. Sedangkan dibelakangnya dah beratur panjang. Dan
seperti biasa, selepas duduk, aku saksikan betapa mereka yang bawa beg besar
itu akan menyusahkan diri dan orang lain. Seorang sahaja dah penuhkan ¾ ruang
letak beg di atas kepala. Akhirnya, terpaksa letak di merata tempat. Sudah la
berat, risau pula aku dengan cara letak mereka yang main letak je. Rosak kan
gadjet aku. Dan seperti biasa, telahan aku tepat. Daripada semua beg besar itu,
hanya satu sahaja diambil. Itupun tuala kecil yang boleh diletak didalam beg
sandangnya. Malahan, 90% yang bawa beg besar lansung tidak buka beg mereka
sehinggalah tiba di kaunter bagasi di lapangan terbang. Apa punya orang da…
Tiba di KL
Kapal terbang tiba di KL lebih kurang 1:30 petang. Lewat 30
minit. Sebaik turun, aku terus tukar duit. Paling tension apabila salah satu
USD yang aku tukar masa nak pergi tidak diterima dengan alasan tahun 1976 dan
juga mesin tak boleh imbas. Huk aloh. Aku sudah kena tipu lah dengan mangkuk
hayun di KL Sentral. So pesanan… Lepas tukar duit nanti (di KL Sentral), SILA
SEMAK TAHUN DAN DUIT ANDA. Takut ada yang dah tak boleh pakai.
Lepas ambil beg, aku solat dan amik teksi (budget taxi). Kos
dalam RM105 untuk sampai ke rumah aku. OK lah. Pemandu teksi aku seorang melayu
yang mesra dan bagus. Banyak juga bersembang dengan dia. Dia juga berkongsi
pengalaman mengenai orang arab dan afrika yang akhirnya kami dapat simpulkan
bahawa mereka itu kebanyakkannya adalah haram-jadah. Tidak di nafikan ada yang
baik, tetapi majoritinya begitu.
Pukul 4ptg, aku tiba dirumah. Alhamdulillah. Selamat
akhirnya aku tiba di Negara tercinta untuk bertemu keluarga tersayang. Dan
Alhamdulillah, beberapa hari selepas aku kembali, mesir kini bergolak semula
dan kejadian berlaku betul-betul di depan hotel yang aku inap (50 meter
sahaja).
Sekadar ini sahaja perkongsian pengalaman aku pergi ke
Mesir. Moga ada yang boleh dijadikan pedoman dan teladan serta sebagai langkah
berjaga-jaga. Yang penting, pelajarilah bahasa di tempat yang akan ditujui
(atau pakai kamus). Sekurang-kurangnya untuk memenuhi keperluan.
Saturday, October 15, 2011
Attending Conference at Cairo – 4
Hari ini aku ikut serta rombongan UUM yang
di susun atur oleh co-author persidangan ke Alexandria @ Iskandariah. Awal pagi
aku dah sarapan di kedai FallaFillo (kedai makan stail arab).. Beli 2 roti
dengan inti kentang lenyek dan kacang hijau lenyek (setiap satu) dan pekena
‘syer mi laban’ @ teh susu .. semua dlm 5 ghenith.
Perjalanan bermula
Kemudian berkumpul dengan rombongan UUM di
depan hotel. Kami naik van pelancong dan disertai oleh affik dan hazmin (dua
orang student kat sana yang bertindak sebagai translator.. affik anak kepada
salah seorang peserta dari UUM). Perjalanan mengambil masa 3 jam dari hotel ke
Iskandariah melalui pekan Cairo yang sibuk dan terus masuk ke highway. Macam dari
Ipoh ke KL la jarak dia (200++km). Di sepanjang perjalanan, aku lihat beberapa
‘homeless’ yang berada di kaki lima jalan. Ada yang tidur terlalu hampir dengan
jalan raya. Sikap buruk orang arab juga jelas kelihatan di sepanjang perjalanan
tersebut. Yang paling menakutkan ialah cara mereka memandu. Begitu ganas dan
sombong.
Tidak ada apa yang menarik di sepanjang perjalanan tersebut kerana yang ada hanyalah bangunan yang seperti tidak lengkap, rumah atau kawasan rehat yang hanya dibuat dari pelepah kurma sebagai dinding dan atap serta sikap orang arab yang tidak pentingkan kebersihan (tandas kotor, tempat makan terbuka dengan habuk serta pasir yang jelas kelihatan dibawa angin).
Tidak ada apa yang menarik di sepanjang perjalanan tersebut kerana yang ada hanyalah bangunan yang seperti tidak lengkap, rumah atau kawasan rehat yang hanya dibuat dari pelepah kurma sebagai dinding dan atap serta sikap orang arab yang tidak pentingkan kebersihan (tandas kotor, tempat makan terbuka dengan habuk serta pasir yang jelas kelihatan dibawa angin).
Selain itu, perjalanan diselang-seli dengan gurun dan kawasan
kebun sayur serta 2 kawasan elit (ada pasaraya dan rumah yang besar-besar serta
kemas susunannya)
Di
Iskandariah - Pantai
Kawasan pertama dilawati ialah kawasan pantai berhampiran sebuah istana milik pemerintah mesir dahulukala yang hanya boleh diperhatikan dari luar pintu pagar. Keindahan pantai iskandariah tidak dinafikan. Malangnya kami hanya dibenarkan berada diluar kerana pantai tersebut merupakan kawasan ‘private’ (nak masuk kena bayar). Jadi ambil gambar di luar pantai sahaja. Nak masuk tanda di situ dikenakan bayaran 1 ghenith (lebih kurang 50 sen).
Perpustakaan Alexandria dan Universiti Alexandria
Kemudian kami dibawa ke Alexandria University dan Perpustakaan Alexandria yang terbesar di situ. Di sepanjang perjalanan ke situ, kami dihidangkan dengan pemandangan pantai yang cukup menarik. Mungkin kerana ia merupakan kawasan elit, maka tahap kebersihannya agak tinggi.
Kelihatan dari jalan utama merupakan sistem pertahanan laut yang dibina oleh Pemimpin Perang ISLAM terkemuka (Salahuddin Al-Ayubi atau Iskandar Zulkarnain… tak berapa pasti). Hendak masuk ke perpustakaan, kami dikenakan bayaran sebanyak 10 Ghenith seorang. Sementara menanti, aku sempat juga melihat beberapa keindahan makhluk Allah yang juga pelajar universiti tersebut. Cantik bangat.
Didalam universiti, kelihatan susun atur
yang cukup kemas dan menarik. Ada beberapa artifak tinggalan sejarah seperti
pencetak buku, manuskrip lama, etc. dipaparkan. Sempat juga aku berkenalan
dengan beberapa gadis mesir yang memberikan senyuman manis ketika gambar mereka
diambil. Setelah puas, kami beredar ke kubu pertahanan laut mesir.
Di kubu, yang ada hanyalah kawasan pantai
yang tiba berapa menarik. Mungkin kerana ia merupakan kawasan nelayan, maka
agak kurang enak baunya. Namun masih lagi boleh diterima berbanding di Kaherah.
Sempat juga aku beli beberapa cenderahati buat kawan-kawan ofis.
Melawat
perkuburan para ulama’ dan nabi
Setelah itu, kami menuju ke perkuburan para ulama’ dan nabi. Kubur pertama yang dilawati ialah kubur milik seorang imam yang dikatakan paling hebat dikalangan imam di Iskandariah yang juga merupakan salah seorang dari 7 wali Negara mesir. Namanya ialah Sayyid Imam Muhammad Al-Busoiri (harap ejaannya betul). Sempat juga kami tunaikan solat di masjid tersebut.
Kemudian kami tuju sebuah lagi masjid
berhampiran yang juga didalamnya ditempatkan satu kubur milik wali mesir yang
ke-2. Namun, atas sebab-sebab tertentu, kami hanya berada diluar sahaja.
Setelah itu, kami beralih arah ke ruang niaga terletak bersebelahan masjid
seperti di masjid india (Jalan TAR @ KL). Aku sempat juga membeli beberapa
helai baju untuk anak-anak dan juga cenderahati untuk bos (mr. haris). Aku beli
beg pakaian sebagai ganti beg aku yang telah rosak diperlakukan oleh pekerja
airport. Murah juga. Dari 250 LE, aku berjaya paksa dia untuk jual pada 200 LE
(kurang RM100) untuk sesuatu yang bernilai RM200 di Malaysia.
Setelah penat membeli-belah, kami tuju
tempat mengisi perut J. Setelah melalui beberapa kedai, kami memilih sebuah kedai makan di
tengah kawasan pekan dan sibuk dengan penjual tepi jalan yang menjual pelbagai
barangan (seperti di ropewalk @ jln stadium di Penang). Dari perkakas elektrik
hinggalah pada pakaian.
Naik sahaja kedai makan, kami di hidangkan pelbagai jenis roti bersama 3 jenis inti / bahan cicah yang semuanya berunsur sayuran sebagai pembuka selera secara percuma (tradisi peniaga arab yang menjual makanan arab akan hidangkan roti secara percuma). Aku memilih untuk mencuba sejenis nasi arab (tak tahu nama sebab si hazim yang pilih). Ada yang mencuba makarena (macaroni), burger dan hotdog stail arab. Kos makan tengahari aku ialah 20 LE tidak termasuk air.
Naik sahaja kedai makan, kami di hidangkan pelbagai jenis roti bersama 3 jenis inti / bahan cicah yang semuanya berunsur sayuran sebagai pembuka selera secara percuma (tradisi peniaga arab yang menjual makanan arab akan hidangkan roti secara percuma). Aku memilih untuk mencuba sejenis nasi arab (tak tahu nama sebab si hazim yang pilih). Ada yang mencuba makarena (macaroni), burger dan hotdog stail arab. Kos makan tengahari aku ialah 20 LE tidak termasuk air.
Setelah makan, sementara menanti ‘driver’
aku jalan-jalan di sekitar. Adalah beberapa warga arab yang meminta aku ambil
gambar mereka. Siap minta aku print dan hantar tu.
Aku mencuba jus buah arab yang seperti buah naga tetapi berkulit keras dan hitam. Airnya agak wangi dan manis (bukan manis gula). Sedap dan murah, hanya LE1.50. Aku cuba juga nikmati jusnya yang berharga LE 5.
Aku mencuba jus buah arab yang seperti buah naga tetapi berkulit keras dan hitam. Airnya agak wangi dan manis (bukan manis gula). Sedap dan murah, hanya LE1.50. Aku cuba juga nikmati jusnya yang berharga LE 5.
Lokasi seterusnya ialah makam Nabi Danial
dan Luqman Nur Hakim. Apa yang dapat aku katakan ialah, aku rasa teramat rendah
diri dan insaf serta rindu untuk melihat 2 orang manusia yang dikasihi Allah
dan seorang darinya diperihalkan dalam Al-Quran (Surah Luqman). Sungguh hebat
mereka ini. Moga-moga aku akan turuti jalan mereka.
Di luar masjid, ada pelbagai peniaga
jalanan lagi. Aku sempat juga belikan kurma mesir yang bersaiz XXL. Cukup
berbeza dengan kurma yang datang ke Malaysia. Dan rasanya juga jauh berbeza.
Silap aku hanya beli 2 kilo (1kg hitam + 1kg merah yang baru dikait). Rasanya
cukup hebat dan yang merah cukup sesuai untuk orang yang ada kencing manis
(rasa manis kelat). Dan aku terlupa untuk simpan dalam peti ais L bila sampai di hotel.
Hajat kami untuk melihat binaan orang Rom
terpaksa ditunda ke satu tarikh lain (InsyaAllah jika diberi keizinan melawat
lagi).
Pulang ke Cairo
Kami berangkat pulang ke Cairo @ Kaherah
dalam pukul 5 petang dan dijangka tiba dalam pukul 9.30 malam. Ramai yang tidur
sebab dah gelap waktu tu (5.30pm). Seperti biasa, aku tidak boleh tidur atas
kerusi. Dan aku melihat aksi orang arab yang memandu tanpa menyalakan lampu
kereta serta corak pemanduan yang sombong dan ganas.
Menjelajah
sungai Nil
Kami tiba awal dari jangkaan (8.30pm). Lalu
masing-masing bercadang melawat sungai nil. Aku beredar dan tak nak join kerana
keletihan dan perlu berkemas untuk pulang keesokkannya. Lepas naik, mandi, dan
solat, aku turun nak cari makan.. tapi bertemu dengan si hazim. Setelah duduk
lepak bersembang, warga UUM (Kak min dan Kak Ila bersama keluarga
masing-masing) turun, dan aku turut serta dalam aktiviti mereka.
Setelah berbincang dengan pengusaha bot,
kami bersetuju untuk ambil set 30 minit jelajah sungai nil. Kos perjalanan
lebih kurang LE 60. Kami dibawa naiki satu bot yang agak besar dan dihiasi
dengan lampu yang agak menarik serta dihidangkan dengan halwa telinga lagu arab
yang rancak (sedap juga dengar).
Menarik juga sungai nil di waktu malam. Tak
de la Nampak debu dan kotoran. J
Kemudian, kami masuk ke ‘shopping complex’
@ Ramses Center yang masih belum ditutup (pukul 10 malam). Kak min dan Kak Ila
membeli-belah manakala aku hanya memerhatikan sahaja. Aku hanya belikan satu
jubah untuk anak perempuan ku.
Lepas penat, kami tuju kedai makan di luar
hotel. Aku beli bungkus kerana berhasrat makan di bilik akibat kepenatan. Aku
cuba nasi planta + udang goreng dan sebiji kebab yang di isi dengan 3 gulungan
daging yang disaluti lemak dan dibakar kering. Boleh lah dengan kos yang lebih
kurang 40 LE. Untuk minuman, aku beli Jus Oren dan Air mineral (kos ialah LE
10). Semasa menanti, si hazim dan affik belikan kami sejenis makanan arab yang
sejuk; nasi yang di campur susu dan seakan-akan yogurt tetapi manis dan enak.
Setelah kenyang, aku mandi dan terus menuju
ke katil kepenatan. Baring je, aku terus terlelap… sesuatu yang aku tak dapat
lakukan setelah berada disana selama 3 hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)