Tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran anakku yang ketiga. Tinggal lebih kurang sebulan lagi untuk aku lihat anak ketiga aku dilahirkan ke dunia oleh isteriku yang tersayang... hmm kebetulan lak tu.. insyaAllah aku dpt bonus... boleh le bagi dia org selesa sikit.
Anak sulong aku sekarang makin petah bercakap.. kesian mbah-mbah dia tu... dah tak makan saman pun ye gak.. cuma ngan mak bapak dia, dia masih dgr cakap la.. tak berani nak lebih lebih ckp... kelakar pun iye gak tgk dia menjawap bila mbah dia soalkan tindakan dia tu... siap pandai memerintah lagi tu... tersenyum.. tp dlm masa sama sebagai peringatan agar aku tidak sia-siakan kebijaksanaan dia dan juga tidak melampau memberikan kebebasan dia sehingga langgar segala adab sopan serta tingkah laku seorang muslim..
Anak lelaki aku lak.. bijak juga.. dan sudah pandai meminta dan memahami... malah lebih rajin dibandingkan dengan kakaknya.. cuma agak slow sikit dalam hal-hal bercakap ni... mungkin sebab dia ikut aku kut... :)
Apa pun... Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan aku rezeki serta berkat yang tidak terkira ini...